I Penghuni Tegar I
Wednesday, May 9

Labels: 100thousands of love
1 Comment:
-
- Anonymous said...
22 July 2012 at 01:34Salam, saya pun penah terkena macam awak, cuma bezanya saya dengan dia belum bertunang. Saya dengan dia ada masalah restu mak ayah saya, jadi kami usaha nak dapatkan restu mak ayah saya. Lepas puas berusaha, akhirnya mak ayah saya merestui hubungan saya dengan dia, kononnya nak terus bertunanglah, tapi bila saya beritahu dia yang mak ayah saya dah merestui, dia cakap dekat saya dia taknak pula restu mak ayah saya.. bila saya tanya kenapa, dia taknak jawab, frust menggila saya masa tu sampai jatuh sakit tapi masih cuba berbaik sangka pada dia. Akhirnya nak jadi cerita, 2 minggu selepas kejadian tu, waktu tu saya baru nak drive keluar dari pintu masjid lepas solat maghrib, saya terserempak kereta dia dan saya ekori dia sampai ke satu kawasan perumahan, rupanya dia tengah ambil gf dia nak pergi dating.. barulah terbongkar rahsia dia selama ni. Bila saya call dia, dia taknak jawab (yelah tengah dating kan), tapi 2 jam lepas tu, dia call saya.. saya cakap semua yang saya nampak. Dia mulanya macam kaget jugak, tapi kemudian dia gelak2 tanpa rasa berdosa buat saya macam tu.. Masa tu, saya rasa nak menyumpah2 dia, tapi nasib baik saya tak tersampai nak mencarut dekat dia, cuma saya kata sinis dekat dia suruh dia kahwin cepat2 jangan buat dosa mempermainkan hati orang lagi. Sejak dari tu, saya tak pernah angkat dia call walaupun ada beberapa kali dia cuba call. Saya ignore dia dalam facebook dan tunjuk macam saya tak sedih pun kalau dia takde walaupun dia 'like' semua post yang saya letak dalam facebook tu (walaupun takde kaitan dengan dia). Sekarang ni, dia mungkin tengah bahagia kot tapi saya pun bahagia jugak sebab dilamar oleh orang yang lebih berpelajaran dan lebih beragama dari dia. Mungkin Allah sayang saya, sebab tu Allah tunjukkan pada saya.. Semua kejadian tu ada hikmah disebaliknya, nasib baiklah saya dipisahkan dari dia, kalau tak, makan hati berulam jantunglah hidup dengan orang yang tak setia.. :)



