BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Monday, July 30

Puasa dah masuk hari ke 10. Persiapan raya korang dah siap semua ke? Aku dah siap! Wahhh. Semangat kemain aku kan? hehe. Siap semua dahh sebab semalam dahh mengeluarkan peluhh di Jalan TAR. Pehhhh. kemain ramai umah manusia dekat sana semalam. Walaupun masih awal Ramadan kebanyakan orang dah mula buat persiapan sikit-sikit. Nihh mesti kes tak nak buat kerja last minit. Bagus-bagus...


Kepada kaum hawa, kalau nak melaram tak salah ye. Janji menutup aurat dalam erti kata sebenarnya. Korang jangan pulak pakai baju yang menampakkan susuk tubuh korang pulak. Apa korang ingat dengan pakai baju kurung dahh kira selamat ke? Korang kena pikir jugak la baju tuh jarang ke tidakkk. Kalau jarang pandai-pandai la pakai inner. Zaman sekarang inner dah melimpah ruah dekat kedai. Tak pun bazaar sekarang nihh. Korang nak cari inner baju jangan pulak pergi kedai jual basikal, alamatnya sampai ke tua laaa tak dapat inner idaman tuh. Aku bukan apa, tadi sempat google la design-design baju kurung, tup-tup ternampak pulak baju kurung yang cantikk tapi TAK CANTIK bila tuan punya badan tuh tak tahu nak tutup badan dia...


Nak tahu aku membebel macam mak nenek sebab apa? Korang telekk la sampai ke bawah entri nih





x










x










x









x









x









x









x









x









x









x









x









x









x









x








x










Kalau badan dia selim melim macam aku [opkos tidakkkkkk]  J LO ke macam LO ke ok la jugak, ini badan macam tong dram. ops!!! Terlebih sudah. Dahhh. Kurang pahalan puasa aku! Mau sambung cari kerja yang boleh dibuat :)


J LO = Jeniper LOpeh
LO   = Linda Ongggg BUKAN Jappa Onggg

Hari ni hari ke 10 kita berpuasa. Sepanjang kita berpuasa baru 3 kali aku jejakkan kaki ke bazaar Ramadan. Tempat pilihan aku dekat seksyen7 dan seksyen 32 shah alam. Dekat dengan tempat kerja dan rumah aku. 


Kuat betul dugaan dan godaan makanan dekat bazaar tuh. Menari-nari makanan tuh. Pehhh. Sabar jela. Okey! Hari pertama aku pergi sekyen 7. Aku teringin nak makan laksa, so aku bungkus [takkan nak makan situ kot] 3 bungkus laksa untuk family akak aku sekali.  Lepas tuh beli tau fu fa. [Nampak macam sedap]. Seingat aku itu jela aku beli. Hehe. Yang lain akak aku cakap dia dah beli. Tak apa la. Ak beli yang mana kau teringin nak mamam jela..


Dalam perjalanan balikk tuh tetiba teringat megi goreng dekat bazaar tadi. Nekad next day nak dapatkan megi tuh pulak :P


Untuk kali kedua aku pergi dekat seksyen 7 tuh jugak. Senang. Lepas balikk kerja terus merempit ke situ. Malas nak transit memana dah. Dah seiring sejalan kesitu terus jela singgah kejap. Untuk kali ke dua ni nafsu makan tuh memang tak boleh nak bendung. Hambikk kau, macam-macam aku beli. Air soya [kongsi dengan kawan aku], ayam percik, megi goreng, roti pita dan buger Malaysia. Habis soploh hinggit hari tuh. Makan sampai lebam la aku malam tuh..


Untuk kali ke tiga aku pergi dekat seksyen 32. Dekat dengan umah aku [umah akak aku ekceli]. Memandangkan akak aku berbuka dekat dataran dan kemalasan aku untuk keluar memyebabkan aku terpaksa jugak keluar ke bazaar yang terdekat. Semalam. Yes! Semalam aku pergi aku beli air tebu, kuih buah Melaka, sagu merah, jeli kelapa dan kuew teaw sup. Banyakkan? Sikit je tuh. Kalau ikutkan aku banyak lagi yang aku teringin tapi aku tahan je…


Dalam banyak-banyak makanan untuk berbuka aku paling suka


Laksa



Kuih Sagu Merah



Kuih Lopeh



Tau Fu Fah



Dalam banyak-banyak minuman pulak aku lebih suka

Air Tebu


Kesemua gambar di atas aku ambikk dari Google


Wajib untuk aku minum air panas lepas minum ais. Tak kisah la air apa pun. Teh panas boleh, kopi boleh Nescafe pun boleh. Aku ni semua bedal tolak batu kayu je kecuali batang buruk [nak buat lawakk kononya tuh]

Makanan dan minuman lain bukan aku tak makan dan minum. Aku balun je. Tapi yang di atas nih lebih diberi keutamaan kononya laa....:P

Thursday, July 26


HAri nih tak ada kerja nak di buat. Tapi bila ada lect masuk baru aku buat-buat sibukk macam ada banyakkkkkkkkkkkkk sangat kerja. Muahaha. Motif? Aku tak nak lect lain cakap aku tak ada kerja. Memang aku tak ada kerja sebab aku buat kerja awal-awal taid. Siap awal dapat la aku rehat sambil BW and baca novel online.

Tapi kan, selalu time aku bosan sebab tak ada kerja nih la kerja yang aku buat...





x





x





x





x





x





x





x






dengar radio sambil tutup telinga dengan menda alahhh seperti gambar di atas. Nak tahu radio ap?. Baca sampai bawah...





x





x





x





x






x






x






x






x






x






x





hot fm lerrrr

Kalau lunch time opkos aku akan turun makan





x





x





x





x





x






x






x






x






x







tidur gaya sepertoi gambar di atas nih. EH ! 

Tido gaya di bawah nih la....Hehehe



Tapi sopan sikit la. Mulut tertutup dan berselimut dengan shawls. Office nihh sejukkk...

sambungan dari ENTRI INI
 
[6]Kes Rogol dan Bunuh Nurul Huda Abdul Ghani
Nurul Huda Abdul Ghani ialah seorang budak perempuan berusia 10 tahun yang ditemui dalam keadaan bogel dalam pondok kawalan pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad di Tanjung Kupang, Johor pada tahun 2004. Basikalnya ditemui di luar pndok tersebut. Dia dipercayai telah dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki, termasuk seorang pengawal keselamatan.


Pengawal keselamatan berumur 46 tahun yang bertugas di pencawang itu, Mohd Abbas Danus Baksan ditahan selepas bergelut dengan polis kerana enggan membuka pintu pagar pencawang dan sebaliknya menyerang polis yang cuba memasuki kawasan itu.

Nurul Huda ialah anak bongsu Ketua UMNO Cawangan Kampung Pekajang, Ghani Juni yang bekerja sebagai pembantu am rendah di sekolah tempat anaknya belajar. Ghani mempunyai sembilan anak.
Kejadian dikatakan berlaku setelah Nurul Huda keluar untuk membeli barang di kedai runcit berhampiran, manakala pondok tersebut terletak hanya 100 meter dari rumahnya dan Nurul Huda perlu melalui kawasan pencawang tersebut untuk ke kedai runcit yang terletak 500 meter dari rumahnya.


Bagaimanapun, pada tahun 2008 Mohd Abbas telah terlepas dari hukuman mati kerana semua keterangan keadaan yang dikemukakan pihak pendakwaan tidak menunjukkan yang kesalahan itu dilakukan sepenuhnya oleh Mohd Abbas setelah dia mengemukakan rayuan kerana didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Johor kerana membunuh Nurul Huda.

Dia juga dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan oleh Mahkamah Sesyen Johor Baharu pada 26 Jan 2004, selepas dia mengaku bersalah merogol budak perempuan itu.
Peguam yang mewakili Mohd Abbas, Jagdish Kaur, berhujah terdapat orang ketiga terlibat dalam kes itu dan Mohd Abbas dalam keteranganya berkata dirinya dan dua lelaki lain bernama Suyaimi Mohd Zin dan “Jojo” merogol budak perempuan itu.

Katanya pertuduhan asal di Mahkamah Majistret, menyatakan Mohd Abbas melakukan kesalahan itu bersama-sama dua lagi lelaki tetapi selepas kes itu dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, hanya nama Mohd Abbas disebut.

Katanya (Jagdish) hakikat yang Suyaimi atau mana-mana orang lain tidak didakwa bersama-sama dengan Mohd Abbas menunjukkan yang pendakwaan tidak mempunyai bukti terhadap mereka.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria berhujah berdasarkan keterangan, jelas menunjukkan Mohd Abbas telah membunuh Nurul Huda kerana hanya dia seorang yang bekerja di pondok pengawal itu dan keengganannya membenarkan polis dan abang Nurul Huda masuk ke pondok itu untuk menyiasat menunjukkan yang dia menyembunyikan sesuatu.

Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Zaki Tun Azmi berkata terdapat banyak lompang dalam kes pendakwaan dan penyiasatan pihak pendakwaan juga tidak lengkap.
“Adalah menjadi tanggungjawab pendakwaan untuk membuktikan pembunuhan itu. Tugas pihak pembelaan ialah untuk menimbulkan keraguan,” katanya.

Mahkamah, bagaimanapun, mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan yang diputuskan Mahkamah Sesyen Johor Baharu bagi kesalahan merogol budak prempuan itu, yang Mohd Abbas mengaku bersalah. Namun dia terlepas hukuman sebatan kerana pada masa itu berumur 52 tahun.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



[7] Kes Bunuh Warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu
Shaariibuugiin Altantuyaa atau Altantuya Shaariibuu, seorang warga Mongolia, adalah mangsa bunuh yang sama ada dibunuh menggunakan bahan letupan C-4 atau dibunuh dahulu kemudian mayatnya diletupkan menggunakan bahan letupan C-4 pada 18 Oktober 2006 di sebuah kawasan tinggal di Shah Alam.


Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati kepada dua orang tertuduh, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar pada 9 April 2009 yang didapati bersalah membunuh Altantuya selepas perbicaraan selama 159 hari.

Pelbagai kontroversi terpaut dengan kes ini, contohnya dalam satu kenyataan bersumpah semasa perbicaraan tentang kes hasutan pada Jun 2008, seorang penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin berkata yang melalui “sumber yang boleh dipercayai”, Datin Seri Rosmah Mansor kononnya adalah salah seorang individu yang berada di tempat kejadian jenayah semasa Altantuya dibunuh pada 19 Oktober 2006.

Dua orang individu yang turut disebut dalam kenyataan bersumpah tersebut, pasangan suami isteri Leftenan Kolonel Aziz Buyong dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan telah memfailkan saman fitnah kepada Raja Petra. Aziz meminta Raja Petra memohon maaf untuk diterbitkan di laman sesawang dan akhbar, serta kenyataan bersumpah tersebut dipadamkan dari blog beliau serta ganti rugi bernilai RM 1 juta. Kaunsel Raja Petra kemudiannya mendakwa artikel bertajuk ‘Let’s send the Altantuya murderers to hell’ pada 25 April 2008 dimuat naik ke laman blognya tanpa keizinan dan pengetahuan Raja Petra.

Raja Petra seolah-olah menjauhkan diri dari kenyataan bersumpahnya dalam satu temuramah televisyen selepas itu, mendakwa yang tuduhannya yang mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dengan pembunuhan Altantuya adalah informasi berulang yang diberikan padanya oleh pihak pembangkang dan bukannya informasi yang diketahuinya sebagai benar.

Kes bunuh Altantuya kini juga sedang disiasat oleh pihak berkuasa Perancis.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



[8] Kes Bunuh Nurin Jazlin
Nurin Jazlin Jazimin merupakan anak kedua pasangan Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman daripada 3 orang adik beradik. Beliau merupakan pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, Setapak, Kuala Lumpur. Beliau dilaporkan hilang selepas keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Pelbagai usaha dilakukan melalui media dan orang ramai termasuklah Polis Diraja Malaysia dan Badan Bukan Kerajaan (BBK) untuk mengesan Nurin yang dipercayai diculik.

 

Misteri kehilangan akhirnya terjawab apabila mayat tanpa pakaian dipercayai mangsa deraan seks, ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada 17 September 2007 dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin Jazlin.

Bedah siasat mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan kanak-kanak itu, menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria dan ini antara faktor yang menyumbang kepada kematiannya.

Fizikal kanak-kanak itu yang ditemui mati dengan keadaan “kurus kering” selain dengan pelbagai kesan lebam pada badannya menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengenalinya semasa membuat pengecaman pertama kali.

Jenazah Nurin Jazlin dituntut dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum disembahyangkan di Madrasah Assa’Adah, Seksyen 1, Wangsa Maju yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tanah perkuburan itu. Akhirnya beliau disemadikan kira-kira pukul 2.45 petang selepas solat Jumaat pada 20 September 2007 di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak. Ibubapa beliau beserta tiga adik-beradik Nurin Jazlin tidak dapat menahan tangisan mereka ketika jenazah itu diturunkan ke liang lahad.


Kes ini masih dibuka, tiada pendakwaan dilakukan kerana petunjuk yang sangat sedikit. Terdapat satu rakaman kamera litar tertutup di tempat mayat dijumpai yang menunjukkan seorang lelaki yang menaiki motor meletakkan beg berisi mayat Nurin, tetapi ia terlalu kabur. Namun perbuatan jenayah ini disyaki dilakukan oleh penjenayah yang beroperasi dari van putih, dan besar kemungkinan terdapat lebih dari seorang penjenayah yang terlibat.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



[9] Kes Bunuh Datuk Sosilawati Lawiya
Berita kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, mula tersebar di laman sosial Twitter semasa pertengahan bulan Ramadhan 2010. Pada 12 Sep 2010, Polis Diraja Malaysia mengesahkan Datuk Sosilawati dan tiga orang yang mengiringinya ke Banting, Selangor untuk satu urusan pembelian tanah telah mati dibunuh. Menurut Utusan, keempat-empat mayat dan salah satu daripadanya mayat Datuk Sosilawati ditemui di pantai Morib. Kesemua mereka dibunuh kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

 

Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong. Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut ialah di mana suspek membuang abu mayat selepas dibakar di ladang ternakan ayam (Ladang Gadong, Tanjung Sepat) tersebut dan pasukan penyelam Polis Marin manjalankan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga lelaki lain. Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Sepat.

Jam tangan mewah milik Sosilawati yang diambil salah seorang penjenayah sebagai ‘kenang-kenangan’ selepas mangsa dibunuh menjadi petunjuk paling penting berhubung kes tersebut.


Kes ini masih dalam perbicaraan dengan empat orang suspek sudah mengaku bersalah manakala empat suspek lagi temasuk suspek perancang utama, bekas peguam N. Padmanabhan masih dibicarakan kerana tidak mengaku bersalah.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



[10] Kes Bunuh Nurul Nadirah @ Dirang
Nurul Nadirah @ Dirang dilaporkan hilang pada 1 Mac lepas oleh ibunya, Roselyn Alan, 25. Roselyn memberikan RM 4 kepada Dirang untuk membeli telur ayam dan dua bungkus mi segera di kedai runcit yang terletak di tingkat bawah blok di sebelah rumahnya. Rumah mereka terletak di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor.


Berikutan kehilangan Dirang, gerakan mencari beliau dilaksanakan selama beberapa hari oleh pihak berkuasa dan penduduk tempatan. Kehilangan Dirang juga mendapat liputan meluas pihak media.
Pada 8 Mac 2012, mayat kanak-kanak yang rentung telah dijumpai di sebuah kawasan tanaman kelapa sawit di Nusa Damai, Masai, 20 KM dari Flat Seri Delima. Pada 12 Mac 2012, mayat rentung itu disahkan oleh pihak polis sebagai Dirang melalui ujian DNA.


Bapa kandung Dirang, Handri Yongot, 35 pada mulanya disyaki sebagai suspek, tetapi kemudiannya dibebaskan dari tuduhan dan dihantar ke Filipina, dari mana dia datang sebelum memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah.

Seramai tiga orang suspek termasuk seorang wanita direman untuk siasatan kes pembunuhan Dirang.
Bagaimanapun, pada 27 Mac 2012, Muidin Maidin, 24, jiran Roselyn, telah didakwa melakukan perbuatan kejam itu terhadap Dirang di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai antara pukul 11 pagi dan 7 malam, 1 Mac lepas.

Lelaki bermisai nipis itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati di tali gantung jika disabitkan kesalahan.


*pause*


Kesimpulan dari 10 kes tergempar yang berlaku tuh, aku boleh cakap yang hampir kesemua mangsa adalah dari golongan kaum hawa. Yakni, kaum yang dianggap lemah dan perlu dilindungi oleh kaum Adam. Tapi apa jadi? Bukan dilindungi malah dibunuh dan diperlakukan dengan kejam, zalim seolah-olah mereka tiada hati dan perasaan...

Memang bodoh la manusia yang tergamak merogol dan membunuh nih. Apa yang depa dapat bila buat benda nih? Apa depa ingat nyawa manusia nih boleh ditukar ganti ke? "Kau bunuh si polan nih aku bayar kau RM  juta-juta" Agaknya mungkin sebab rasuah di kalangan manusia menuntut seseorang itu berkehendak melakukan sesuatu jenayah. 

Mungkin jugak kes cemburu, skandal, dan yang pasti kes tak boleh kawal nafsu! Asal tengok pempuan atau budak comel sikit dah tak boleh tahann. Ayoooo. Susah la manusia jenis nih. Kekadang muka macam penyagak [maaf kepada sesiapa yang terasa] tapi hati baikkkkkkkkkkk punya [gaya dafi], kekadang tuh pulak muka kemain suci macam imam muda [maaf kepada sesiapa yang terasa] tapi perangai nauzubillah minzalikkk, jahat sebarisss dengan ketua malaun...

Kalau korang ingat ada satu kes culik budak yang masihh belum terjawab sehingga sekarang. Kes culik Adik Sharlinie...Di Mana Sharlinie? Kalau korang nak tahu kes adik sharlinie klik SINI...




al-fatihah untuk semua...

Wednesday, July 25





 
[1] Pembunuhan Datuk Mazlan Idris
Kes pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris hampir 20 tahun lalu disifatkan jenayah paling ngeri dalam sejarah negara dan memeranjatkan ramai pihak.



Penemuan mayat Mazlan yang dikerat kepada 18 bahagian dan ditanam di dalam sebuah lubang sebelum disimen membawa kepada penahanan pasangan bomoh, Maznah Ismail atau Mona Fandey dan suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman serta pembantu mereka, Juraimi Husin.




Mazlan dibunuh pada 2 Julai 1993 di bilik air sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, Pahang dengan kapak selepas mengadakan pertemuan dengan pasangan bomoh itu.


Mona Fandey




xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx





[2] Kes Bunuh Along Spoon @ Sabi’ul Malik
Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafiee, ialah penyanyi kumpulan Pop Rock, Spoon. Beliau yang ketika itu berusia 19 tahun, telah ditemui mati dalam sebuah guni di sebuah gaung, bertempat di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 6 Januari 2000.



Sebelum itu, Along dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999, Along dipercayai telah dibunuh di sebuah tempat lain sebelum mayatnya dibuang di dalam gaung tersebut.

Ibu dan bapa Along, bagaimanapun enggan menerima keputusan DNA yang mengesahkan mayat tersebut sebagai Along, dan masih berharap Along akan ditemui semula dalam keadaan hidup.


Pada 19 Januari 2000, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, Mohamed Ya’cob Demyati dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dihadapkan ke mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh Along.

Mohamed Ya’cob kemudiannya pada 10 April 2002 didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh Along dengan sengaja pada pukul 1 pagi, 26 Disember 2000.
Pada 2 November 2010 Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap Mohamed Ya’cob.




xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx




[3] Kes Rogol dan Bunuh Noor Suzaily Mokhtar
Pada 7 Oktober 2000, Noor Suzaily Mokhtar, seorang jurutera komputer telah menaiki sebuah bas awam ke tempat kerjanya. Namun sesuatu yang tidak dijangkakan telah berlaku, di mana Suzaily telah dirogol, liwat dan dibunuh oleh pemandu bas tersebut.


Pemandu bas dikatakan telah menurunkan kesemua penumpang bas kecuali Suzaily, sebelum mengambil laluan jalan yang berbeza dan melakukan jenayah tersebut di sebuah tempat. Pemandu bas kemudian bergerak semula di atas jalan raya di mana Noor Suzaily dilihat mengetuk pintu bas dan meminta tolong oleh seorang saksi utama yang merupakan seorang remaja lelaki. Itulah kali terakhir dia dilihat masih hidup.


Pesalah, seorang lelaki yang telah berkahwin dan mempunyai anak, Hanafi Mat Hassan didapati bersalah dan dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 April 2002 kerana membunuh Noor Suzaily, 24, di antara Lorong Pegaga, Taman Chi Liung dan tapak pembinaan projek perumahan di Taman Bukit Tinggi, Klang di antara jam 8.50 pagi hingga 9.15 pagi pada 7 Oktober 2000.

Tertuduh yang pernah berkahwin empat kali, juga dipenjara 20 tahun dan 12 sebatan atas tuduhan merogol mangsa.

Hukuman penjara yang dikenakan itu adalah maksimum mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Hanafi telah menjalani hukuman gantung sampai mati pada tahun 2008.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


[4] Kes Rogol dan Bunuh Canny Ong
Canny Ong diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003. Plot tragis pembunuhan itu bermula apabila Canny yang ditemani ibunya, Pearly Visvanathan dan adik perempuannya menghadiri majlis makan malam di Restoran Monte di Pusat Beli-belah Bangsar (BSC), tempat di mana Ahmad Najib melihat beliau. Dia kemudiannya hilang dipercayai diculik bersama kereta Proton Tiara bernombor pendaftaran WFN 6871.




Mayat Canny kemudiannya dijumpai dalam keadaan hangus di dalam sebuah lubang pembetungan seluas 1x1x1 meter dengan kedua-dua tangannya bersilang di atas dada dan kakinya terjuntai keluar dari lubang itu. Mayatnya tertanam di bawah dua tayar berisi simen dalam lubang pembetungan itu empat hari selepas dia diculik dari tempat meletak kereta BSC. 


Suspek yang juga seorang pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan merogol Canny.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx




[5] Kes Bunuh Noritta Samsudin
Norrita Samsudin, seorang eksekutif pemasaran dan model sambilan ditemui mati di unit No. D71, Kondominum Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur oleh rakan serumahnya, Nor Azora Hamid pada pukul 4.00 pagi Jumaat, 5 Disember 2003. Dia dipercayai dibunuh di antara pukul 12.30 tengahari hari sebelumnya hingga 4.00 pagi dia ditemui.


Jenazahnya di bawa ke rumah keluarganya di Kampung Surau, Utan Aji, Perlis. Pada 7 Disember 2003.

Polis kemudiannya menahan Nor Azora Hamid, 25 dan teman lelakinya Kenneth Michael Yap Teik Huat, 38, untuk membantu siasatan.

Seramai lapan suspek termasuk dua yang dipercayai bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu telah ditangkap. Hasil ujian Asid Deoksiribonukliek (DNA) mendapati salah seorang suspek tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu.
22 Disember 2003, Hanif Basree Abdul Rahman di hadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh dan kes itu kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Kes perbicaraan Hanif Basree bermula pada 5 Mei 2004 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati.


Bagaimanapun, Jurutera Hanif Basree Abdul Rahman yang dituduh membunuh eksekutif pembangunan perniagaan Noritta Samsudin dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini 1 Julai 2005.

Hakim Datuk Abdull Hamid Embong berkata, pendakwaan telah gagal mengemukakan bukti yang cukup untuk mewujudkan kes prima facie terhadap jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam itu.
Mahkamah Persekutuan pada 28 Mac 2008 kemudiannya mengekalkan keputusan yang melepas dan membebaskan Haniff Basree.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi yang mengetuai panel lima hakim memutuskan demikian dengan sebulat suara semasa menolak rayuan pihak pendakwaan bagi mengetepikan keputusan mahkamah rayuan yang mengekalkan keputusan membebaskan Hanif Basree yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sebuah akhbar melaporkan bapa Noritta sebagai berkata:
Saya lebih suka membaca laporan akhbar mengenai kes Norrita di kebun saya kerana suasana di sana sunyi dan menyegarkan. Yang penting, di situ saya boleh menangis sepuas-puasnya.
Menurut satu sumber, ibu dan bapa Allahyarham Noritta telah bercerai selepas kejadian itu, dan bapa Noritta telah meninggal dunia beberapa tahun selepas kes itu berlaku manakala ibunya telah berkahwin semula.



akan bersambung...al-fatihah kepada arwah..

Tuesday, July 24


 
Alhamdulillah. Hari ni hari ke4 umat Islam mengerjakan ibadah puasa. Jangan ada yang dah ponteng puasa ye. Bila bulan puasa nihh badan lemau dan lesu jekk. Kan?
 
Nak-nak pulak time tak ada kerja nak buat mesti ngantuk tuh datang dengan tiba-tiba. Ececece. Betul tak? Jom hilangkan ngantuk anda tuh dengan membaca entri nih sampai habis. Moga kurang laaaa sikit ngantuk tuh. Tak banyak sikit pun ok :)
 
 
 
Sila mula gelak sekarang....
 
 
 
 
 
 
 
 
x
 
 
 
 
 
 
 
 
 
x
 
 
 
 
 
 
 
 
 
x
 
 
 
 
 
 
 
 
 
x
 
 
 
 
 
 
 
 
 
x
 
 
 
 
 
 
 
 
 
x
 
 
 
 
 
 
 
 
 
x
 
 
 
 
 
 
 
 
 
x
 
 
 
 
 
 
 
 
 
x
 
 
 
 
 
 
 
 
 
x
 
 
 
 
 
 
 
 
 
x
 
 
 
 
 
 
 
 
 
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Cakkkk!!!
 
 
Photobucket
 
1. Rasa macam terbalik je gambar di bawah ni. Bukankah patutnya askar itu di atas keldai? Hehe
 
 
 
 
Photobucket 
 
2. Keldai pun boleh jadi medium promosi yang bagus. Genius betul promosi buku guna keldai di kampung-kampung.
 
 
 
 
Photobucket
 
3. Keldai berjenama Mercedes Benz?
 
 
 
 
Photobucket
 
4. Ini keldai canggih ni. Keldai celik IT..
 
 
 
 
Photobucket
 
5. Tempat parkir keldai?
 
 
 
 
Photobucket
 
6. Sekali-sekala tuan yang bawak keldai pulak, apa salahnya kan...
 
 
 
 
Photobucket
 
7. Ini hanya berlaku bila harga petrol naik. LOL
 
 
 
 
Photobucket
 
8. Keldai yang dilengkapi stereo tercanggih...
 
 
 
 
Photobucket
 
9. Pelancar roket keldai...
 
 
 
 
Photobucket
 
10. Terlebih muatan sudah...
 
 
 
 
Photobucket
 
11. Motivasi yang bagus untuk keldai?
 
 
 
 
Photobucket
 
12. RON 97 dua liter, bro...
 
 
 
 
Dah habisss. Hilang ngantuk tak? Hehehe. Sambung BW pulak :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...