BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Wednesday, May 16






Guru Oh Guru.
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


*pause*


SELAMAT HARI GURU... terutama kpd CHEGU-CHEGU yang pernah mendidik saya di SKKR, SMKJ dan PENSYARAH-PENSYARAH di UiTM Sri Iskandar dan UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Kepada KENGKAWAN yang sudah/bakal bergelar chegu dan KENALAN-KENALAN yang bergelar chegu dan pensyarah serta tidak lupa kepada kenalan blogger..Selamat Hari Guru SEMUA :)



Kak Keen: Selamat Hari Guru Google :)

Tuesday, May 15




Ambik kesempatan update blog. Kali nih nak kongsi info pasal perkahwinan. Jaman sekarang nih kebanyakkan pasangan kahwin atas pilihan sendiri. Senang cakap depa kahwin atas dasar suka sama suka. Yang dah bercinta bertahun tuh berakhir dengan perkahwinan tuh bersyukur la. Bertemu jodoh jugak dengan pakwe-makwe memasing. Mesti bahagia hidup dengan orang sayang diri kita kan?? 



Ekceli jangan terkejut jugak kalau aku cakap jaman sekarang motippppp utama kahwin pun dah banyak sebab. Sebab makwe-pakwe cantikk-kachak macam Fahrin Ahmad, cantik macam Scha bini Awal. Macam-macam lagi la sebab nak kahwin. Yang mana kahwin sebab cinta tuh moga ditetapkan rasa cinta tuh sehingga ke akhir hayat sampai pakwe-makwe tuh tua kerepokk pun masihh cinta lagi..n___n




*pause*




Kalau korang baca yang bawah nih korang kahwin ataupon nak kahwin atas sebab apa??? Cer pikirrrr...


...indahnya aturan Allah swt...


 Jika asas perkahwinan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bercerai jika EKONOMI dalam rumah tangga merudum dan MUFLIS.

 Jika asas perkahwinan adalah kerana KEPUASAN NAFSU, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

 Jika asas perkahwinan kerana KECANTIKAN WAJAH dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

 Jika asas perkahwinan kerana ANAK, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.

 Jika asas perkahwinan kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

 Jika asas perkahwinan kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.

Namun,

 Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.





Kak Keen: Jom kemas barang nak balikk dah :)

Monday, May 14








1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.


5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.


7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.




Kak Keen: Jalan lenggang lenggok tak ada pulak ye :)

Friday, May 11




Semalam lepas try buat bunga dari tisu balikk umah terus aku buat dengan crepe paper. Hasil dia seperti di bawah. Sebab penyebab aku usaha untuk buat bunga ni semua aku dah gitaw dalam bila-tisu-toilet-jadi-bunga.




Aku dah mms contoh ni dekat member aku then, dia dah decide nak patern yang belah kanan tuh. Sekuntum Bunga Merah Kak Keen. HeHe. Tema majlis dia nanti merah silver, so bunga aku buat merah then barang tambahan lain aku nak guna warna silver. Hasil idea aku tuh nanti aku akan update dalam entri lain.


Nak tanya pendapat korang nih. Ok tak bunga yang aku dah buat nih? 



Kak Keen: Esok nak carikk barang-barang lain dekat jalan TAR, Jom :)







Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku jasad siap bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang,


Kenapa aku malas sembahyang,
Kerja dah ‘best’ keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu pun aku tak boleh luang,


Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku otak supaya tak bingung,
Allah bagi aku ilmu boleh fikir susah senang,
Allah bagi nikmat kenapa aku tak kenang,


Kenapa aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup main sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apalah aku ingat boleh suka-suka je masuk syurga,


Kenapa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena seksa sorang-sorang,


Kenapa aku malas sembahyang,
Siksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah SWT akan tertunai tiada siapa boleh halang,


"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan"




Kak Keen: Ai copypaste jekk. sumber tak hingattt ler pulakkk. sama-samalah kita renungakan maksud kata-kata di atas..

Thursday, May 10




Tadi sempat drop resume dekat beberapa company. Ambikk kesempatan sempena Cairex dekat UiTM nih. HeHeHe. Sebelum tuh dan lagii aku buat bunga kengkonon teaser untuk wedding nanti. Opss, bukan  wedding aku okeh tapi wedding myBFF. Ambikk masa time lunch tadi. Cam biasa time lunch memang aku tak makan pun. Makan bila laparr jekk.


MyBFF akan bersanding hujung bulan 6 nih. So, nak sponsor benda lain aku belum mampu sebab masalahh kewangan, so decide nak DIY jekk untuk dia. Jimat sikit duit...


Nak tahu jadikk ke tak bunga untuk kawan aku tuh tunggu entri khas pasal nih aku nak updatekan. Kot-kot boleh jadi side income kannn sapa tahu ye dakkk.





Dari tisu toilet nih la aku jadikan bunga dibawahh...





Bunga hijau-hijau tuh aku sesaja warnakan hujung dia dengan highlighter then marker merah conteng-conteng sikitt. Jadilah rupa bunga comot tuh. Pandangan mata aku, dah nampak dah shape bunga tuh. Kira okey lah tuh. Agaknya kalau pakai crepe paper tuh sah-sah cantikk molekk je tuh [puji memuji diri sendiri]. Balikk nanti dah boleh try sebab crepe paper dah beli semalam. Weee. Eksaitedd nih !





Bunga yang kiri tuh aku berkenan sikit. Nampak cantik. Yang sebelah kanan tuh ok la. Tapi agak tebal. Mungkin sebab banyak helai tisu yang aku guna. Tak apa. Ini semua percubaan jekk. Tak mencuba mana tahu kan? Agak-agak kalau aku buat busines bunga telur crepe paper nih ada tak orang nak tempah? Gerrrrr




Kak Keen: Kalau dulu-dulu buat benda ni time tolong makk je sekarang nak rajinkan diri untuk buat business sendiri. hihi














Sesapa yang tengok je gambar nih terus senyum? Memang sah la gambar nih tak tipu.

Wednesday, May 9












Kisah Dari Forum Cari - Eksiden Arwah Ahmad Hakimi



Lebih kurang pukul 6 petang 6-may-12, aku masuk hiway Plus dari kuantan nak ke KL. Aku maintain crusing 180km/j tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tengok Inspira makin dekat dgn keta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow inspira tu, meter dah jadi 200km/j. Wow hati kering driver inspira tu! Keta standard, absober standard, rim dan tayar pun standard kilang.

Memandangkan speed dah 200km/j then aku follow je dalam jarak lebih dari 5 biji kereta demi keselamatan. Enjoy pasal inspira tu rajin hi beam halau kereta ke tepi so aku kat belakang dia just follow je la. Time coner jalan tak rata aku nampak inspira tu body dah goyang tapi dia tetap maintain speed. Ada jugak terdetik nak potong dia tapi memandangkan aku plan nak crusing je so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang dia.

Tetiba kat depan ada sebijik Mitsubishi Lenser 2.0 kat lane kanan dalam kelajuan 140km/j. Lenser tu taknak ketepi tapi terus tekan minyak dan inspira tu terus cucuk. Hmmm kereta yg sama cuma pengilang yg berlainan. Proton Inspira vs Mitsubishi Lenser

aku pun ikut je la dari belakang untuk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200km/j. Kalau ikut darah pahlawan time ni sedap potong kedua-dua tu tapi angin tengah baik lagipun lately tak tau la aku macam gerun sikit nak rembat kaw-kaw, hmmmm mungkin ada hikmah tu. so aku ikut je dari belakang.

Dalam 5 minit aku follow melihat aksi mereka ada pulak sebuah bas di belakang antara beberapa buah kereta yg bawak pada kelajuan biasa kat lane kiri. Inpira masih mencucuk lenser dgn rapat dan aku makin menjarakkan sikit demi keselamatan.

Tetiba aku nampak inspira, lenser, bas dan beberapa kereta kat depan macam ada kacau bilau. Terus aku nampak lenser tu melanggar pagar kiri hiway dan melintas depan keta aku lalu langgar pagar kanan pulak dan melompat sambil berpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sebelah yg menghala ke terengganu.

Sewaktu lenser tu diudara sebuah kereta di laluan sebelah betul2 berada dibawah lenser tu. Nasib kereta tu memang baik tapi bila lenser tu dah terempas ke laluan sebelah ada sebuah kereta lain terlanggar serpihan lenser tu lalu terbabas dan langgar pagar.

Kereta Inspira tu aku perasan slow sekejap pastu terus menghilangkan diri. Masa aku pelahankan kereta untuk berenti aku perasan penumpang lenser yg duduk di depan dah kaku.
Sebaik je aku berenti aku terus berlari ke lenser tu untuk membantu. Aku antara org terawal sampai dan masa aku tengah melintas pagar kat tengah hiway untuk ke laluan sebelah ada sorang brother yg berlari lebih awal bagi tau ada baby kat tengah jalan.

Ya Allah!!!!! menggigil kepala lutut aku dan rasa sebak cam nak nangis nampak baby yg aku rasa baru beberapa bulan dah tercampak keluar dan ada kat tengah-tengah jalan. Aku terus jerit kat brother tu suruh angkat je baby yg tengah menangis tu. Brother tu pun macam panik tapi aku jerit je suruh dia angkat baby tu.

Syukur kereta di laluan tu suma terus berenti. Aku terus pergi kat ke lenser tu dan ada orang suruh mangsa mengucap. Bila aku tengok kedua-dua penumpang dah diam.

Aku nampak penumpang depan perempuan, masih dalam ber'seatbelt' dan air bag dah kempis. Kepala penumpang tu dah tunduk kedepan tapi aku yakin tengkok patah pasal nampak tulang tengkok macam nak terkeluar. Dia dah tak bernyawa.
Aku periksa pemandu, lelaki, masih memakai seatbelt dan airbag dah kempis. Pemandu tu pun terlentok kaku. Ada kesan lebam di leher. Aku yakin dia pun dah tak bernyawa.

Aku terus pesan pada dua tiga orang yg ada kat situ supaya jgn sentuh mangsa yg dah tak bernyawa. Apa-apa hal tunggu polis. Pastu ada brother terus jaga lalu lintas dan aku pun bersihkan serpihan lenser tu untuk bukak jalan. Aku ternampak beberapa document peribadi mangsa atas jalan terus aku kutip dan kumpulkan satu tempat.

Aku periksa baby tu pulak, dahi dia luka kena jalan. Nampak isi warna putih dan berdarah. Aku terus kumpulkan beg-beg yg tercampak keluar dan untuk carik beg baby lalu aku kumpulkan setempat. Alhamdulilah ada sorang pakcik dan anak perempuan dia datang bantu tolong pegangkan baby tu. Aku keluarkan tuala dari beg baby tu untuk tutup kepala dia. Aku carik susu tapi dah takde dalam beg.

Aku selongkar beg mangsa untuk cek document yg mungkin boleh membantu aku menghubungi ahli keluarga mangsa tapi semuanya cuma document peribadi mangsa je dan takde no ahli keluarga mangsa.

Dalam masa 20 minit lepas kejadian tetiba ada pakcik tu ambih phone mangsa dan call ahli keluarga mangsa. Rupa-rupanya ada ahli keluarga mangsa ada convoi bersama mangsa hampir sampai ke tempat kejadian. Bila hali keluarga mangsa sampai terus kitorang suruh ambik baby tu dulu dan hantar ke hospital.

Aku rasa macam nak ambik gambar mangsa tapi tak sampai hati. So aku ambik gambar kereta mangsa je dari depan.

Pastu dalam beberapa minit polis, bomba, ambulan pun sampai.

Aku kat tempat kejadian ada la dalam sejam dan berulang2 kali aku terpaksa bercerita dari awal hingga habis. Sempat jugak aku bercerita pada ahli keluarga mangsa yg datang ambik baby tu.

Aku tinggalkan tempat tu dgn kaki yg mengigil. Live depan mata excident 200km/j. Dalam masa beberapa saat je 2 nyawa melayang, baby terpelanting keluar kereta dan baby yg tak tau apa-apa kehilangan ibubapa selamanya.

Aku teruskan perjalanan ke KL dgn kelajuan yg tak sampai 160km/j. isteri aku kat sebelah troma dan ketakutan. Dalam kereta sunyi sepi tak berborak, radio pun tak on. Sampai tol gombak baru aku bukak radio dan cuba bercakap dgn wife aku untuk tenangkan dia.



Kak Keen cakap: Jgn bwk kereta melebihi kelajuan yg sepatotnya.:( 




Pepagi sampai opis terus check email. Dah dua hari tak check. Lepas check cam besa bukak blogspot.com lerrr. Pahtu baru bukak fb. Sekarang nih fb dah jadi medium kedua disebabkan perihal keselamatan. Dekat fb kena hati-hati sikit nak cerita or update apa-apa pun. Ada ramai mata-mata mengusha. Nak approve orang pun dah kena tapiss betul-betul. Yang betul-betul kenal dan agak-agak kenal baru boleh approve. Takut ada stalker diantara mereka. 



Blogspot aku nih tak ramai pun kawan-kawan fb aku tahu so, lebih selamat dan privacy ler kott. Tapi kalau depa jadi silent readers tuh tak tahu la. Masa bukak blogspot tadi terus baca entri baru blogger lain. Yang selalu terupdate tuh memang kemain semangat nak membaca. HeHeHe. Yang menarik perhatian aku bila baca entri cegu Zamani84 tuh. 



Erkkkk. Agak tersentap sikit. Situasi antara aku dengan bekas tunang [bekas tunang adalah KAWANBAIK sy]. Tapi lepas putus tunang nih aku tak rasa aku dengan dia boleh jadi kawan baik macam dulu-dulu. Selalu watching-watching, lepaking   segala bagai. 



Raya tahun nih mungkin tiada lagi kunjungan aku kerumah dia. Tapi kalau dia nak berkunjung kerumah aku sila kan. Aku lempar dia dengan lemang plus rendang mak aku. Aku gurau jekkk. Gilerrr kau nak lempar lemang mak aku yang sedap sesuka hati. Ingat senang ke nak masak lemang? Kalau betul-betul dia datang aku akan hidangkan air kosong plus biskut Hup Seng pepagi raya untuk dia. Spesel tau!!! Tapi aku rasa dia takkan datang sebab dia ada cakap lepas nih [bila putus tunang] kalau aku terserempak dengan dia , dia mintakk aku buat-buat tak kenal. Errrr. Boleh ke macam tuh? Dah itu permintaan dia aku ikut je. Janji dia selesa. Kalau aku yang Nampak dia dulu aku akan tegur macam biasa. Tapi kalau dia Nampak aku dulu tapi dia melarikan diri itu aku tak boleh nak tolong. Kalau dia selesa macam tuh aku ikut kehendak dia.



Lepas kes putus tunang nih aku Nampak diri aku makin protective and prejudice. Gerrr. Aku pon tak tahu kenapa.  Tapi aku rasa sebab aku tak nak kengkawan dan family aku jadi macam aku kott.



*pause*



Tengok aku dahj merepekk pepanjang gilerrr. Ekceli nak share je apa yang cegu tuh update dekat entri dia semalam…




Disetiap kata dalam tuh dia pernah cakap dekat aku tapi tanpa pengetahuan aku dia dah ada kekasih hati yang lagi umpphhh dari aku. Aku bukan wanita yang tegar merampas kekasih orang lain hanya untuk kepentingan diri dan keluarga. Kalau ye pun pilihan keluarga perlu ke sampai kau nak menipu segala. Kengkonon kau nak tunjuk dekat family kau yang kau tuh baikkkkkkk sangat lah ye? Tapi bila semua dah terbongkar mulalah kau gelabah. Kelakar pulak pikir bila kau yang dalam kategori kasanova tuh gelabah bila aku dapat tahu semuanya. Takk adanya aku nak rogol kau kalau kau gtau awal-awal sebelum bertunang. Cakap terus terang kau dah dah calon bini kan lebih baikk lebih senang. Paling kuat pun aku bomm je kau dengan kereta kau tuh tak pun kerat . Puas hati aku! HaHaHaHa

Tuesday, May 8





Zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “DUIT”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya. Inilah realitinya yang kita kena terima.



Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.


1. MASA


Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.



2. KEBAHAGIAAN


Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.



3. KEBAHAGIAAN ANAK


Untuk membeli makanan dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.



4. CINTA


Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.



5. PERSAHABATAN


Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.



6. KESIHATAN


Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tetapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang telah hilang. Itu sebabnya wujudnya pepatah 'Lebih baik mencegah daripada mengubati' .



7. KEJAYAAN


Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.



8. BAKAT


Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.



9. SIKAP YANG BAIK


Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.



10. KEDAMAIAN


Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.




SUMBER




"ada masa nanti pulangkan balik tanda tunang kita dulu" gerrrr


Bagi sesiapa yang sedang kecewa, telah kecewa ataupun pernah dikecewakan [macam aku] ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk mengubati kesan luka dikecewakan...



1. Ingat Allah masih ada untuk kita

Bila kita ditinggalkan, usahlah merasa dunia ini berakhir kerana dunia ini tidak akan berakhir sebelum tibanya kiamat. Allah maha mendengar rintihan orang yang teraniaya.. Allah maha mengetahui betapa hambanya dalam kesedihan. Percayalah Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan mereka. Bila kita mengadu dan menceritakan kesedihan pada yang Esa, Insyaallah Allah akan suntikkan semangat untuk kita teruskan hidup seperti biasa tanpa orang yg kita sayang. Cepat atau lambat untuk pulih dari kekecewaan, itu urusan DIA.

Perbanyakkan doa agar diceriakan hari-hari yang mendatang, perbanyakkan menyebut kalimah Allah. Ikhlaskan diri mohon pertolongan dr Allah, menangislah sekuatnya kerana Dia Maha mengetahui dan memahami rahsia hati kita. Dekatkan diri dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat dan juga membaca al-quran.InsyAllah hati akan jadi lebih tenang.

InsyaAllah, Dia mengetahui. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, Dia yang menentukan. Apabila reda, semuanya dipermudahkan Allah. InsyaAllah



2. Sibukkan diri dengan aktiviti yang digemari

Elakkan bersendirian termenung dengan melakukan perkara-perkara yang digemari atau apa saja benda yang boleh membantu kita untuk tidak memikirkan si dia yang telah meninggalkan kita. Antaranya, keluar bersama rakan-rakan perempuan, memasak, bersukan, ‘window shopping’ dan sewaktu dengannya. Ceriakan diri anda bila melakukan aktiviti dengan sahabat handai dan elakkan melakukankannya seorang diri. Kerana persekitaran yang meriah dan riuh rendah boleh membantu untuk mengurangkan rasa kecewa di dasar hati.

Macam aku buat baru-baru nih, naik Bukit Broga pepagi buta lepas subuh. Bila diri sibuk dapat lupakan sekejap segala masalah. Plus dapat kenal ramai kawan baru time buat aktiviti macam tuh. Kalau dulu aku suka baca novel tapi lepas dia mengomen dia tak berapa gemor aku baca novel aku jadi naik fobia. Asal baca novel aku teringat komplain dia pasal hobi aku. Apa celop kau nak hentikan hobi aku. APTB!



3. Menulis Blog

Menulis blog kini sudah menjadi satu ‘trend’ dikalangan belia dan penggemar internet. Ramai di antara penulis blog yang lebih telus ketika menulis entri di blog mereka. Mungkin juga kebanyakan penulis blog yang lebih suka untuk merahsiakan identiti diri yang menjadi faktor utama untuk menjadi lebih ‘transparent’ semasa menulis. Cara ini sangat berkesan untuk kita meluahkan perasaan kita kepada orang lain secara tidak langsung. Mungkin sesetengah orang berasa malu atau lebih suka untuk memendam rasa daripada bercerita pada rakan terdekat mereka. Jika perasaan itu ada, menulis blog adalah cara yang paling baik untuk anda mengurangkan perasaan yang terpendam di dalam hati. Percayalah..perasaan akan menjadi lega bila kita meluahkan apa yang di rasa.


Ada sekali dua jugak aku luahkan dalam blog. Tapi tak ada lah terang benderang aku maksudkan. Hanya korang yang faham ayat tunggang langgang aku nih je yang akan faham apa yang aku tulis. Karang aku tulis bebanyak kang, depa cakap aku nak raih simpati pulak. Oh No! Bukan nak raih simpati ataupun undi tapi sekadar nak luahkan rasa hati. Kira satu terapi gitu :)



4. Hentikan sebarang hubungan dengan si dia

Kenapa perlu berhubung lagi setelah dikecewakan??Jadi hentikan dari terus menghubungi dia. Mungkin agak berat tapi itulah yang terbaik untuk mengembalikan semangat kita yang telah ditinggalkan. Jangan sesekali rendahkan maruah kita dengan menghubungi dia..so please kuatkan hati dan kawal perasaan.

Bila part nih, awal-awal aku dah block segala bagai connection yang ada antara aku dengan dia. FB, Phone number semua aku da remove and block. Enough antara aku dengan dia. Malas dan tak nak ambikk tahu apa  semua pasal dia. Lebih tenang macam nih. Tak caya? Korang try la...



5. Berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan jantina

Cara ini mungkin agak negative bagi sesetengah orang, tapi secara tidak langsung ia akan membantu kita untuk tidak terus mengingati si dia yang telah mengecewakan kita. Siapa tahu jika ada antara mereka itu jodoh yang dijanjikan Allah. Namun, haruslah menjaga batasan hubungan yer.


Dimaklumkan. Kawan-kawan aku yang berada disekeliling aku nih semua jenis yang memahami [kawan pempuan kawan lelaki]. Diakui, ada seorang dua jugak yang tak memahami tapi pejam sebelah mata je. Kalau nak pikir pasal sorang dua yang tak memahami tuh memang naikk gandaaa serabut kepala nak kena pikir. Buat apa nak serabutkan hanya kerana seorang dua tuh? Ye dak?




Ingatlah bahawa Allah sentiasa menjanjikan yang terbaik untuk umatnya yang sentiasa mengingatinya di kala suka mahupun duka.





notatampal: mengadu pada ibubapa kekadang melegakan kita :) thanks for my family

Monday, May 7




Semalam hari lahir abah aku yang ke 53 tahun. So, aku just toupkan untuk abah aku je sebagai hadiah. Kira toup tuh hadiah sampingan je sebab akak aku dah plan nak hadiahkan Al-Quran Digital untuk abah aku. Aku kira itu hadiah terbaikk kot. Yelah, abah aku tak pandai membaca. Boleh abah aku belajar dari Al-Quran Digital tuh je. Abah aku tahu kira-kira je. Korang bagilah darab ke bahagi ke semua abah aku boleh setelkan. Congak pon abah aku pandai [dulu abah aku berniaga] tapi masukk bab ABC nih memang abah aku tak pandai. Abah aku tahu tulis nama dia je TAHIR. Hehe. 


kepada sesiapa yang menyambut hari lahir selamat diucapkan :)


Aku suka tengok abah aku tulis nama dia sebab tuh je yang abah aku pandai tulis. Walaupun abah aku tak pandai membaca dan menulis tapi dialah HERO kami sekeluarga. Disebabkan kekurangan yang ada pada abah aku dia agak tegas mendidik anak-anak dia. Dia tak nak anak dia jadi macam dia. Alhamdulillah, berkat didikan abah dan mak aku akhirnya kami enam beradik berjaya dalam hidup. Aminnnn. Mesti abah aku hepii dan rasa berbaloi-baloi dengan usaha dia selamanya. Tak rugi dia tegas dan garang-garang dulu. Sampai aku terikut tegas cam abah aku. HeHeHe



Kalau korang nak tahu, abah aku kongsi birthday dia dengan cucu yang ke 4 dia. Anak sulong akak kedua aku. Kira dekat family aku semalam ada dua orang sambut bday dihari yang sama. 



Kalau 6/5 abah aku share bday dengan cucu dia. Sehari sebelum tuh 5/5 adik lelaki aku pulak yang sambut bday dia. Tapi sensorang dia jela. HiHiHi. Tersusun je.



Dalam family aku ada 3 pasang yang share hari lahir yang sama.



Abah, Mimi [anakbuah] = 6hb 5
Mastura [adik], Adib [anakbuah] = 27hb 10
Adam [anakbuah], Aydil [anakbuah] = 1hb 4



Untuk pengetahuan korang jugak, dalam family aku AKU lah orang yang paling last sambut bday sebab aku lahir hujung tahun [bulan 11]….



notatampal: Semoga Abah dilanjutkan umur lagi, dikurniakan kesihatan yang baik-baik & sihat-sihat selalu

Friday, May 4








Bila kita sayang orang tuh,
Kita tunggu dia lama pun tak apa,
Tapi bila dia tunggu kita sekejap je, dia marah-marah...
Hati kata ala, adatlah ada yang menunggu & di tunggu...

Bila kita sayang orang tuh,
Kita tak tido pun tak apa layan dia yang tengah bosan,
Tapi bila kita bosan, ada dia layan kita?
Hati kata tak apa. Dia busy kott!!!

Bila kita sayang orang tuh,
Kita gaduh dengan dia, kita diam je...
Tapi dia hebohhh 1 dunia...
Hati kata  tak apa, dia tension tuh...

Bila kita sayang org tuh...
Kita call nak ckp ngan dia...
Tapi dia bagi phone kat orang lain atau matikan...
Bila jadi macam tuh tak apa...
Hati kata, tak apa...layan je kawan dia kawan kita jugak...

Bila kita sayang orang tuh...
Kita bcerita dengan dia, ermmm bercerita dengan
tunggul lagiiiiii baik...
Tapi bila dia bercerita dengan kita?
Kita dengar, sepatah-sepatah kita kena ingat...
Kalau  tak ingat kita yang akan kena marah
Hati kata tak apa sayang katakan…

Bila kita sayang orang tuh..
Kita dan dia lapar
Tapi kita bagi semua makanan kita kat dia...
Hati kata, ala jagalah hati dia, sian dia…

Bila kita sayang orang tuh,
Kita sanggup bagi dia rest bila dia letih,
Tp bila kita letih, dia suruh jugak kita layan dia bila dia bosan...
Adil ker??? 
Hati kata, ala bukan selalu pun...

Bila kita sayang orang tuh,
Kita jadi like orang gila bila dengar dia sakit,
Tapi bila kita sakit,
Dia siap keluar dengan kawan-kawan dia meraikan hari kesakitan kita,
Hati kata ala  tak apa,  tak kan dia nak berkepit dengan kita 25 jam...

Bila kita sayang orang tuh..
Kita  tak  pernah pentingkan diri sendri,
Tapi dia hipokrit tahap gaban nak bertelur..
Hati kata tak apa, dia memang macam tuh kena lah terima...

Bila kita sayang orang tuh..
Kita sayang nak tinggalkn dia selama-lamanya,
Tapa dia  tak  tahu kita bdepan dengan maut,
Walaupun kita sakit, dia kata kat kita sakit biasa-biasa jer jgn nk mengarut..
Hati kata, macam manalah dia bila kitar  tak ada, mesti dia heppy...

Bila kita sayang orang tuh...
Kita tak sanggup tengok dia derita,
Tapi dia tak pernah hargai diri kita,
Hati kata, tau tak betapa kita sayangkan dia?

Bila kita sayang orang tuh,
Kita sanggup tinggalkn dia selama-lamanya untuk dia bahagia...
Tapi adakah dia tahu pengorbanan kita?
Hati kata tak apa, janji dia bahagia....

Dan...
Bila kita dah tinggalkan dia selama-lamanya...
Dia datang ziarah pusara kita...
Dia kata Dia mintak maaf sebab pernah mengata kita...
Dia mintak maaf sebab pernah buat kiter tunggu dia...
Dia mintak maaf sebab pernah paksa kita layan dia time bosan...
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dunia salah kita...
Dia mintak maaf sebab pernah tak hiraukan call kita...
Dia mintak maaf sebab pernah  tak dengar luahan hati kita...
Dia mintak maaf sebab pernah buat kita kelaparan sebab dia...
Dia mintak maaf sebab pernah ganggu waktu rehat kita...
Dia mintak maaf sebab tak pernah hiraukan sakit kita...
Dia mintak maaf sebab pernah pentingkn diri dia sendiri...
Dia mintak maaf sebabtak pernah tengok penderitaan kita...

NAMUN SEMUANYA TELAH TERLAMBAT....




Hargailah Orang yang KITA sayang sebelum Dia berlalu pergi meninggalkan Kita....






Kepada sesiapa yang mengenali jejaka dan gadis dalam gambar ini silalah bantulah pihak berkuasa untuk menangkap mereka. Ops agak kasar dan tidak sopan disitu. Ok-ok. Tukar silalah bantu pihak berkuasa memberikan maklumat mengenai mereka semua even polis dah ada maklumat lengkap pasal depa. Kot-kot ada muka sepupu, sepapat, abang, kekakak or adik-adik pepakcik korang dalam ni silalah nasihat dekat depa suruh tampil bagi maklumat pasal Besih 3.0 yang tak berapa nakl bersih tuh. Bukan nak suruh depa masuk lokap pon..

Thursday, May 3






Mungkin ramai antara kita menganggap zaman serba moden dan canggih ni takde yang guna unsur-unsur syirik dalam kehidupan seharian. Jangan terkejut jika ada kedai yang berani menggunakan khidmat jin untuk melariskan perniagaan.


Jadi bagaimana cara untuk mengesan jin-jin tersebut?


Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas [macam ustaz Ismail Kamus ajar]


Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.


Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari.


Ia berdasarkan hadith :

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.



Sumber http://edisikini.com/cara-untuk-kesan-kedai-makan-yang-guna-pelaris/#ixzz1mVsVGVtl






1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.


2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.


3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.


4)TABAH DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.


5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.


6)MENGASIHI TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.


7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI
dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.


Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang.Cantik itu subjektif!

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

 





 
Pasangan hidup boleh juga diibaratkan seperti sebuah beg sandang yang sarat dengan barang-barang. Beg sandang, iaitu beg yang kita bawa di belakang kita, yang kita sangkutkan kedua-dua talinya di atas bahu kita, lalu terbeban la beg tu di atas belakang badan kita...


[tak nak beg sandang pon takpa, nak tolak ke, tarik ke, seret ke, mana-mana pon boleh, yang pasti kau yang kena bawak]


Kalo bawak macam-macam barang, berat tak???
Berat,kan??


kau ingat senang nak galas beban/tanggungjawab kalau tak cukup bersedia



And, when you have to walk and carry that bag lama-lama, agak memenatkan diri kita. Kekadang sampai berpeluh ketiak. Ye dak???


Macam tu la pasangan kita, memula mungkin terasa ok, tapi bila terlalu lama, beban tu akan terasa jugak. Penat la bawak berat-beratkan?


Tapi, kalau kita bawa beg yang berisi barang-barang yang berguna, contohnya seperti air, makanan, tikar dan keperluan lain, jadi dapat la kita gunakan untuk menghilangkan segala kepenatan membawa beg [beban] itu tadi. Terasa la berbaloi-baloiiiiiiiii membawa beg tersebut...


Tapi, if you carry the unnecessary things, you just burden yourself..
Get wat i mean??


Maka, if kita membawa beg yang sarat, make sure ianya memberi kebaikkan pada diri kita..


Pilih pasangan yang sama-sama dapat kebaikkan dan manfaat darinya. Kalo takda beg, tak dapat pulak nak bawak macam-macam barang. Jadi pilih la beg yang sesuai yang boleh bawak barang berguna secukupnya...


Ada beg tapi kosong pon tak guna, baik lempar je tak pun tinggalkan aje beg tu...


atau,


Boleh jugak bawak beg tu, pastu dalam perjalanan buang barang yang tak perlu, kutip barang yang lebih perlu...


Maksudnya, yang buruk seerti dengan yang kurang elok kita cuba ubah. Yang baik kita ambik...






notatampal: hari-hari akan bawak beg. beg duit, beg tangan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...