BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Wednesday, November 14

pomander ball DIY

Tadi sampai office check email. Pahtu bukak blog lakk. Mana blog yang aku follow ada update entri baru aku memang akan jengah kejap. Kaki membaca memang macam ni. Kenapa bukan ulat buku? Kenapa perlu kaki membaca? Kaki membaca sesuai sikit kot sebab aku memang suka membaca. Ulat buku tuh sesuai untuk mereka yang lain *versi Nabil cakap dalam filem Bujang Terlajak*

Masa tekan link www.neenaanuar.blogspot.com tuh tak boleh bukak pulak dahhhhh. Dia tulis Malware Detected!!! Terus aku inbox Kak Keena thru email dia... 



Lupakanlahh kejap nak baca entri blog Kak Neena tuh....:(



Pahtu pulokkk ada follower baru yang follow tuh, www.siezuka.com nak la aku follow  dia balikk. Then, masa tekan link dia tuh Malware Detected jugak!!! Hari nih agaknya hari Malware Detected kot…



Masa korang klik link www.anakabah86.blogspot.com ni ada jadi macam depa nih takkk? Hope Malware tak serang blog bilis aku nihh. Syoohhhhhhhhhhhh Malware dari sini....

Monday, November 12


Nak buat satu pengumuman kepada semua pembaca, dan pengikut blog aku nih. Kan dalam entri dekat SINI aku ada cerita aktiviti aku minggu lepas. So, aku dengan relahati nak berkongsi detik detik majlis pertunangan yang kawan aku tuh...

Bukan tuh je la... Yang paling menarik aku nak kongsi dengan korang semua gambar gambar eksklusif yang aku snap kejadian ‘awan pelangi’ yang misteri dan gambar gambar lain yang sepanjang percutian pendek ke pantai timur kelmarin. Muehehe. Awan pelangi? Macam mana rupa awan pelangi tuh? Hah, tunggu la aku expose nanti ye! Kalau korang tak sabar nak tahu, korang Google je. 

Tahu korang malas. Nahhhh! Aku tempek hasil dari Google kejap tadi. Siapa pernah tengok kejadian nih? Cer komen sikit dalam entri ni...








*









*









*









*









*









*










*









*









*









*









 Nanti aku tunjuk versi yang aku tengok pulakk ye!!!


Pastu nak story sikit pasal insiden kereta yang aku naiki bergesel dengan trailer panjang bernombor pendaftaran WXH 460* di highway Karak. Masa jadi tuh terus teringat filem seram Karak. OMG! Mengerikan.

Aku rasa Karak kena tukar kepada Kerak la. Kerak kan keras sikit. Sesuai dengan jalan dekat situ yang diperbuat dari tar yang keras bak kerak. Hahaha...Eh!

Nak tahu lebih lanjut pasal insiden tuh? Tunggu entri akan datang ye. Jangan muak sudahlah ye =p


Lastly, aku nak ucapkan terima kasih kepada blogger Mama Maszull kerana buatkan ENTRI KHAS sempena Birthday aku hari nih. Jengokk la entri tuh pastu follow la Mama Maszull terus ye :) TQVM Mama =p


Happy Birthday Candles

12.11.12…Menyambut hari lahir tahun nih pada date hari ni yang sangat cantikk dan penuh bermakna! 

Ulang tahun kelahiran yang ke 26 dah pun. Erk! Cepatnya dah umur 26 =p


Kepada kengkawan yang wish birthday dekat timeline fb, inbox fb, inbox  cellphone dan yang terus call siap nyanyi tuh jutaan terima kasih. Diharapkan segala ucapan dan doa ikhlas dari korang akan dimakbulkan amin…

Kepada mereka yang turut menyambut ulang tahun kelahiran pada hari ini “selamat hari lahir untuk anda"...

Friday, November 9

1. Pandai Berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik.

2. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri.

3. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

4. Simpati dan Prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.




*




Wahai kaum lelaki, 

Betul ke sikap-sikap tuh korang lebih tertarik untuk mendekati seseorang wanita?

rasa nak penyet2 je baby nih sebab gerammmmmmm dengan kecomelan dia =p


Bila tiba hari Jumaat layu jek. Dalam kepala dok pikir nak bercuti dahh. Nak nak pulak minggu depan ada 2 kali cuti umum. Heaven jugak la. Tapiii sayang sebab cuti tuh berselang seli. Isnin masuk kerja *:( masam*, Selasa cuti *:) sengih*, Rabu masuk kerja *:(( masam balikk* Khamis cuti balikk *:)) sengih balikk*

Arghhh! Kan bagus kalau cuti tuh boleh diubah secukup rasa hati aku *ingat office nih paksu tahir punya ke?* Gulrppppp

Masukk kerja hari ni malas sikit sebab esok ada percutian pendek ke Terengganu sebab tu arini mood nak kerja malas. Nak balik awal boleh? Mau packing beg segala bagai! *excited*

Dinamakan percutian pendek sebab hari Sabtu pagi gerak then Ahad dahh kena balikk Shah Alam. Isninkan masuk kerja. Ambikk cuti? Ishhh. Tak boleh pun sebab bebudak office yang lain dah ambikk cuti dah pun. Depa attend wedding salah sorang office-mate dekat Johor. So, kena beralah la sikit. Kang semua ambik cuti sapa pulak nak jaga office. Orang call nanti susah pulak kan? Tak apa la. Bukan selalu dapat lepak dekat office sensorang kan? *ayat sedapkan hati*

Masuk office Isnin nanti nak bawah kek kecik. Nak nanyi lagu happy birthday untuk diri sendiri sensorang, pastu potong kek sensorang. Cantik jugak idea tuh kan??? Hukhukhuk

dapat sebijik kek red velvet comel ni cantik jugakkan? 

Last tiup lilin sambut birthday masa dekat KBM dulu dengan bebudak rumah yang lain. Rindu segalanya :((


Wednesday, November 7


Minggu depan [Isnin, 12 November 2012] ulangtahun kelahiran aku yang ke 26 tahun. Baru nak masuk 26 tahun ok. Untung lahir hujung tahun ni =p. Sentiasa muda dari kawan kawan yang lahir dalam tahun yang sama. Orang lain dan 26 tahun 9 bulan la, aku baru 26 tahun. Tak ke muda namanya tuh? :p 

Tapi kan kenapa ehhh, minggu ni aku dah terasa sayu sangat. Tak tahu kenapa. Pelikk jugak. Kalau tahun tahun lepas tak ada rasa apa apa pun. Kosong! Macam Najwa Latif cakap tuh. Kosong, kosong, kosong! Mungkin arus perubahan dan penambahan angka umur tuh gamaknya ye dak? 

Untuk hari lahir aku akan datang, aku berazam untuk dapatkan hadiah MP4 untuk diri aku sendiri. Harap  harap tercapai la. Aminnnnnn.  Tunggu hadiah? Tak pernah mengharap sebarang hadiah dari sesiapa pun. Kawan kawan dah doakan dan wish tuh pun dah buat aku tersenyum taw =p


Yang tak boleh blahh tiap wishes tuh mesti kengkawan akan cakap “cepat cepat kawin” tak pun akan tanya “bila nak kawin?” Sentap ai taw bila dapat soalan soalan macam tuh. Nak nak pulak dengan situasi aku yang sekarang nih. 

Kosong! Kosong! Kosong! Huarghhhhhh! Alangkah senangnya kalau nak cari pasangan hidup ni macam pilih ikan dekat pasar kan? *sigh*



*



Weekend ni aku akan ke Terengganu. Hadirkan diri untuk majlis pertunangan kawan aku masa sediploma dan sestudio delulu. Kira aku boleh cuti pendek dekat Terengganu la weekend ni. Yahoooo! Mau celop kaki dalam pantai dekat Terengganu. Warghhhh. Nih tak sabar ni. Last pergi Terengganu masa turun Pulau Kapas dulu. Aku ada cerita dekat entri percutian-di-pulau-kapas dulu....

EH! Baru aku perasan, tahun nih aku banyak jalan belah pantai timur. Bulan 6 turun Pulau Kapas, Raya Haji lepas turun Gua Musang. !0 November ni turun Kuala Terengganu lagi. Muehehe. Ntah ntah lepas ni rezeki dapat kerja dekat Terengganu tak????. Aminnnn. 

Hari hari boleh dapat celop kaki dekat pantai Terengganu. Mandi pantai? Nakkkkkkkkkkk sangat tapi masa belum mengizikan :((

EH! Hari nih 7 November 2012 kan?.Ooooo dah setahun majlis itu berlalu dan kini....




Aku okey ke tak okey ke aku kena jugak buat buat okey :) Siapa lagi nak menceriakan hidup kita selain diri sendiri. Pilihan di tangan kita sendiri untuk mencari kebahagian :)


PEMBERITAHUAN: ENTRI INI BANYAKKKKK SANGAT GAMBAR DAN BANYAK PART!!!


Part 1: Raya Haji 1433H

Raya haji lepas balikk umah member dekat Gua Musang. Sesaja nak merasa suasana hari raya haji dekat belah pantai timur pulakkk. Kemeriahan dia biasa biasa je sebab aku rasa tempat aku lagi meriah kot sebab bebudak ada datang jugak makan kuih dan mintak duit raya tapi dekat umah member aku tada sorang pun budak datang. Agaknya bebudak sana dah besar besar kot kan? Tapi dekat sana meriah dekat tempat sembelihh korban jela. Memang happening. Banyak kot lembu di sembelihh di satu tempat tuh. Depa sembelih dan lapah korban dekat padang. 

Tempat aku? Entah! Tak pernah jejak kaki pun. HiHihihi. Makanan time raya haji kawasan umah aku pun boleh tahan. Banyak pilihan. Macam raya puasa jugak. Aritu belajar benda baru. Makan lemang dan ketupat cicah dengan susu. Unik kan? Rasa? Boleh tahan! 

Sebenarmya nak cerita detik jalan jammed bukan sembelih meriah ke tak meriah semua ni. Hehe. Masa pergi tu dari Seremban gerak ikut LEKAS. Memang lekas sampai. Nak elak Sungai Besi sebab takut jammed. Memang jammed dapat di elakkan. Dari Seremban ikut LEKAS lalu pulak ikut Cheras pastu masuk ikut Tol Gombak. Jalan tak jammed langsung Khamis pagi tuh. 

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii masa dahh sampai Lipis tuh jalan dahh sedikit jammed dan stuck hampir dua jam rasa dekat situ. Jammed takk gerak gerakk. Erkkkk. Tension! Bila da boleh gerak buat jahat potong ikut kiri. Nak idopppp =p akhirnya selamat sampai pada jam 5.30 macam tu lah….

Masa balikk jalan tak jammed dari gua musang ke Bentong. Taip masa naikk highway dahh jammed. Kereta beribu ribu lemon. Tapi tetap gerak Cuma tak boleh speed jekk. Balikk dah tak buat jahat potong ikut kiri sebab belah pergi aritu kena sound dengan sorang pakcik ni. Dia cakap “orang dah lawa, kereta pun lawa tapi satu je. Menyusahkan!”. Pakcik bengis itu berkata kata. Hahaha

Lepas di sound macam tuh baru tahu selamanya kami ni lawa =p


Masa dalam perjalanan pergi...












 Suasana di satu sudut bahagian korban...
















 Perjalanan balikkkk...












Padahal malas nak memotong sebab takut kena saman. Kena sound tarakk hal. Tak jadi kudis tapi kalau saman sampai rasa nak menangis!



*


Part 2: Si Merah, Gula Cinta Hatiku

Minggu lepas Si Merah buat hal. Berpunca daripada aku jugak. Tinggalkan dia tanpa sentuhan dan belaian selama 4 hari gara gara aku pergi Gua Musang tuh. Mahu dia tak merajuk. 4 hari tu. Dari hari khamis sampai ahad. Perghhh! Merajukk yang susah nak pujukkk. Kalau boleh hilangkan rajuk dengan beli eskim baskin robin ke, bagi mp4 ke tak pun DSLR sejibikk kan senang. Ni kena bawak jumpa pakar jugakkk.  Hati dah risau semacam ni.  Jangan merajukk lelama sudah Si Merah ni. *sigh*

Memandangkan 4 hari dia merajuk campur pulak 4 hari aku tak Berjaya pujuk dia total jadi 8 hari dia tidak disentuh dan dibelai. Bawak pakar jumpa dia dan akhirnya Berjaya dipujuk. Akhirnya dapat jugak aku belai Si Merahh…

Masa Si Merah diberi terapi….

  

























*


Part 3: Professorial Lecture

1 November lepas jadi usher untuk Professorial Lecture. Tema baju Hitam+Grey. Semua sepakat pakai baju hitam sama tudung grey. Kombinasi yang baikk bagi aku :)

Kalau join memana event memang takk sah kalau tak bergambar di sudut sudut tertentukan? Macam macam gaya dan ragam boleh tengok. Ye dak? Nahhhh. Selit sikit untuk ratapan dan santapan pengikut dan stalker aku =p


tag last minit..hasil ok laaaaaaaaaa...

















Prof Dr. Normah Hj. Omar Pengarah Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI) UiTM Shah Alam





*


Part 4: Simfoni Kasih 2012

tiket FREE!!!! kau ada?

Minggu lepas jugak aku ada jom Simfoni Kasih 2012 dekat DATC. Dapat tiket FREE sapa tak nak kan? Walaupun tiket hanya RM20 tapi kalau guna duit sendiri nih berkira jugak rasanya. Nak nak time hujung bulan. Eh, kadang tuh time gaji pun kalau bajet dahh berjela jela berkira jugak. Kan? =p

Semangat join konsert tu sebab nak jumpa Forteen je. Retis lain pun ada jugak like Sharifah Zarina, Noraniza Idris, Naseer Wahab dan Amy Searchhh. Best jugak dengar depa nyanyi live. Tapi aku paling layan Forteen la.. Nak cerita panjang sikit nih. memandangkan dekat floor aku duduk aritu tak ramai orang maka aku duduk paling belakang sekali, maka aksi aku pun luar biasa. Hehe. 

Masa layan Forteen nyanyi tuh aku angkat tangan kiri sambil goyang kiri kanan. Konon feel la kekdahnya. Siyes enjoy! Masa tengah hanyun tangan kiri kanan tuh tup tup si One tu notice aku dengan kawan aku dok semangat hayun tangan dia pun sama angkat tangan hayun macam aku jugak. Perhhhh. Makin semangat. Lepas beberapa ketika [chewahh ayat] si Ariz tu pun notice jugakk. Dia pun angkat tangan macam si One tadi..Enjoy habis wa cakap lu malam tu. Habis konsert balikkk. Eh, silappp. Singgah Uptown Shah Alam kejap =p

tetamu VVVVVVVVIPPPPP


Adeq Farzana. kenal masa duduk seat sebelah menyebelah. comel =p


Sharifah Zarina


Naseer Wahab...


Forteen meyampaikan 2 buah lagu. Berdua Bersatu dengan Sedetik Lebih :) 








Adeq Izue Kachak =p

Jom terjah dan follow ForteenOfficialBlog punya blog. hehehe

*


Part 5: Majlis Aimi Cinta Abu

Aimi + Abu

6 November memenuhi undang majlis perkahwinan kawan sediploma setudio dedulu. Muahaha. Ayat tak boleh blahhh.  

Masa majlis tuh dapat jumpa ramai kawan kawan masa study diploma tahun 2004-2007 dekat UiTM Sri Iskandar. Zaman jajahan dulu kala. Ekeke. Ada jugak yang tak sempat nak jumpa sebab depa datang lebih awal. Ada yang jumpa dekat pintu pagar je sebab depa dah nak balikk manakala rombongan kiah propa nih baru sampai. Sampai sampai bergambar dekat photo booth yang telah siap disediakan. Dah bergambar dah peluk cium laga pipi kiri kanan muah sana sini baru terasa perut lapar. 

Makanan dia nasi minyak, nasi putih, lauk rendang ayam, ayam masak merah, daging masak apa ntah, jelatah, pencuci mulut dia buah tembikai. Pilihan aku nasi putih, ayam masak merah sedikit jelatah dan dua potong buah tembikai. Kenyang! Lepas makan berborak dan bergambar lagi. Hihihi. Last bergambar dekat pelamin yang pengantin perempuan DIY. Kena bajet sebab dua dua pengantin nih masih student . Biar majlis sederhana sebab yang penting akad nikah. Majlis besar dan gempak tapi membazir. Buat apa ye dak???








Ambikk berkat pengantin =p
















THE END - Banyak sangatttt gambar kan?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...