Minggu depan [Isnin, 12 November 2012] ulangtahun kelahiran aku yang ke 26 tahun. Baru nak masuk 26 tahun ok. Untung lahir hujung tahun ni =p. Sentiasa muda dari kawan kawan yang lahir dalam tahun yang sama. Orang lain dan 26 tahun 9 bulan la, aku baru 26 tahun. Tak ke muda namanya tuh? :p
Tapi kan kenapa ehhh, minggu ni aku dah terasa sayu sangat. Tak tahu kenapa. Pelikk jugak. Kalau tahun tahun lepas tak ada rasa apa apa pun. Kosong! Macam Najwa Latif cakap tuh. Kosong, kosong, kosong! Mungkin arus perubahan dan penambahan angka umur tuh gamaknya ye dak?
Untuk hari lahir aku akan datang, aku berazam untuk dapatkan hadiah MP4 untuk diri aku sendiri. Harap harap tercapai la. Aminnnnnn. Tunggu hadiah? Tak pernah mengharap sebarang hadiah dari sesiapa pun. Kawan kawan dah doakan dan wish tuh pun dah buat aku tersenyum taw =p
Yang tak boleh blahh tiap wishes tuh mesti kengkawan akan cakap “cepat cepat kawin” tak pun akan tanya “bila nak kawin?” Sentap ai taw bila dapat soalan soalan macam tuh. Nak nak pulak dengan situasi aku yang sekarang nih.
Kosong! Kosong! Kosong! Huarghhhhhh! Alangkah senangnya kalau nak cari pasangan hidup ni macam pilih ikan dekat pasar kan? *sigh*
*
Weekend ni aku akan ke Terengganu. Hadirkan diri untuk majlis pertunangan kawan aku masa sediploma dan sestudio delulu. Kira aku boleh cuti pendek dekat Terengganu la weekend ni. Yahoooo! Mau celop kaki dalam pantai dekat Terengganu. Warghhhh. Nih tak sabar ni. Last pergi Terengganu masa turun Pulau Kapas dulu. Aku ada cerita dekat entri
percutian-di-pulau-kapas dulu....
EH! Baru aku perasan, tahun nih aku banyak jalan belah pantai timur. Bulan 6 turun
Pulau Kapas,
Raya Haji lepas turun Gua Musang. !0 November ni turun Kuala Terengganu lagi. Muehehe. Ntah ntah lepas ni rezeki dapat kerja dekat Terengganu tak????. Aminnnn.
Hari hari boleh dapat celop kaki dekat pantai Terengganu. Mandi pantai? Nakkkkkkkkkkk sangat tapi masa belum mengizikan :((
EH! Hari nih 7 November 2012 kan?.Ooooo dah setahun
majlis itu berlalu dan kini....
Aku okey ke tak okey ke aku kena jugak buat buat okey :) Siapa lagi nak menceriakan hidup kita selain diri sendiri. Pilihan di tangan kita sendiri untuk mencari kebahagian :)