Bila tiba hari Jumaat layu jek. Dalam kepala dok pikir nak bercuti dahh. Nak nak pulak minggu depan ada 2 kali cuti umum. Heaven jugak la. Tapiii sayang sebab cuti tuh berselang seli. Isnin masuk kerja *:( masam*, Selasa cuti *:) sengih*, Rabu masuk kerja *:(( masam balikk* Khamis cuti balikk *:)) sengih balikk*.
Arghhh! Kan bagus kalau cuti tuh boleh diubah secukup rasa hati aku *ingat office nih paksu tahir punya ke?* Gulrppppp
Masukk kerja hari ni malas sikit sebab esok ada percutian pendek ke Terengganu sebab tu arini mood nak kerja malas. Nak balik awal boleh? Mau packing beg segala bagai! *excited*
Dinamakan percutian pendek sebab hari Sabtu pagi gerak then Ahad dahh kena balikk Shah Alam. Isninkan masuk kerja. Ambikk cuti? Ishhh. Tak boleh pun sebab bebudak office yang lain dah ambikk cuti dah pun. Depa attend wedding salah sorang office-mate dekat Johor. So, kena beralah la sikit. Kang semua ambik cuti sapa pulak nak jaga office. Orang call nanti susah pulak kan? Tak apa la. Bukan selalu dapat lepak dekat office sensorang kan? *ayat sedapkan hati*
Masuk office Isnin nanti nak bawah kek kecik. Nak nanyi lagu happy birthday untuk diri sendiri sensorang, pastu potong kek sensorang. Cantik jugak idea tuh kan??? Hukhukhuk
|
dapat sebijik kek red velvet comel ni cantik jugakkan? |
Last tiup lilin sambut birthday masa dekat KBM dulu dengan bebudak rumah yang lain. Rindu segalanya :((