PEMBERITAHUAN: ENTRI INI BANYAKKKKK SANGAT GAMBAR DAN BANYAK PART!!!
Part 1: Raya Haji 1433H
Raya haji lepas balikk umah member dekat Gua Musang. Sesaja nak merasa suasana hari raya haji dekat belah pantai timur pulakkk. Kemeriahan dia biasa biasa je sebab aku rasa tempat aku lagi meriah kot sebab bebudak ada datang jugak makan kuih dan mintak duit raya tapi dekat umah member aku tada sorang pun budak datang. Agaknya bebudak sana dah besar besar kot kan? Tapi dekat sana meriah dekat tempat sembelihh korban jela. Memang happening. Banyak kot lembu di sembelihh di satu tempat tuh. Depa sembelih dan lapah korban dekat padang.
Tempat aku? Entah! Tak pernah jejak kaki pun. HiHihihi. Makanan time raya haji kawasan umah aku pun boleh tahan. Banyak pilihan. Macam raya puasa jugak. Aritu belajar benda baru. Makan lemang dan ketupat cicah dengan susu. Unik kan? Rasa? Boleh tahan!
Sebenarmya nak cerita detik jalan jammed bukan sembelih meriah ke tak meriah semua ni. Hehe. Masa pergi tu dari Seremban gerak ikut LEKAS. Memang lekas sampai. Nak elak Sungai Besi sebab takut jammed. Memang jammed dapat di elakkan. Dari Seremban ikut LEKAS lalu pulak ikut Cheras pastu masuk ikut Tol Gombak. Jalan tak jammed langsung Khamis pagi tuh.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii masa dahh sampai Lipis tuh jalan dahh sedikit jammed dan stuck hampir dua jam rasa dekat situ. Jammed takk gerak gerakk. Erkkkk. Tension! Bila da boleh gerak buat jahat potong ikut kiri. Nak idopppp =p akhirnya selamat sampai pada jam 5.30 macam tu lah….
Masa balikk jalan tak jammed dari gua musang ke Bentong. Taip masa naikk highway dahh jammed. Kereta beribu ribu lemon. Tapi tetap gerak Cuma tak boleh speed jekk. Balikk dah tak buat jahat potong ikut kiri sebab belah pergi aritu kena sound dengan sorang pakcik ni. Dia cakap “orang dah lawa, kereta pun lawa tapi satu je. Menyusahkan!”. Pakcik bengis itu berkata kata. Hahaha
Lepas di sound macam tuh baru tahu selamanya kami ni lawa =p
Masa dalam perjalanan pergi...
Suasana di satu sudut bahagian korban...
Padahal malas nak memotong sebab takut kena saman. Kena sound tarakk hal. Tak jadi kudis tapi kalau saman sampai rasa nak menangis!
*
Part 2: Si Merah, Gula Cinta Hatiku
Minggu lepas Si Merah buat hal. Berpunca daripada aku jugak. Tinggalkan dia tanpa sentuhan dan belaian selama 4 hari gara gara aku pergi Gua Musang tuh. Mahu dia tak merajuk. 4 hari tu. Dari hari khamis sampai ahad. Perghhh! Merajukk yang susah nak pujukkk. Kalau boleh hilangkan rajuk dengan beli eskim baskin robin ke, bagi mp4 ke tak pun DSLR sejibikk kan senang. Ni kena bawak jumpa pakar jugakkk. Hati dah risau semacam ni. Jangan merajukk lelama sudah Si Merah ni. *sigh*
Memandangkan 4 hari dia merajuk campur pulak 4 hari aku tak Berjaya pujuk dia total jadi 8 hari dia tidak disentuh dan dibelai. Bawak pakar jumpa dia dan akhirnya Berjaya dipujuk. Akhirnya dapat jugak aku belai Si Merahh…
Masa Si Merah diberi terapi….
*
Part 3: Professorial Lecture
1 November lepas jadi usher untuk Professorial Lecture. Tema baju Hitam+Grey. Semua sepakat pakai baju hitam sama tudung grey. Kombinasi yang baikk bagi aku :)
Kalau join memana event memang takk sah kalau tak bergambar di sudut sudut tertentukan? Macam macam gaya dan ragam boleh tengok. Ye dak? Nahhhh. Selit sikit untuk ratapan dan santapan pengikut dan stalker aku =p
|
tag last minit..hasil ok laaaaaaaaaa... |
|
Prof Dr. Normah Hj. Omar Pengarah Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI) UiTM Shah Alam |
*
Part 4: Simfoni Kasih 2012
|
tiket FREE!!!! kau ada? |
Minggu lepas jugak aku ada jom Simfoni Kasih 2012 dekat DATC. Dapat tiket FREE sapa tak nak kan? Walaupun tiket hanya RM20 tapi kalau guna duit sendiri nih berkira jugak rasanya. Nak nak time hujung bulan. Eh, kadang tuh time gaji pun kalau bajet dahh berjela jela berkira jugak. Kan? =p
Semangat join konsert tu sebab nak jumpa Forteen je. Retis lain pun ada jugak like Sharifah Zarina, Noraniza Idris, Naseer Wahab dan Amy Searchhh. Best jugak dengar depa nyanyi live. Tapi aku paling layan Forteen la.. Nak cerita panjang sikit nih. memandangkan dekat floor aku duduk aritu tak ramai orang maka aku duduk paling belakang sekali, maka aksi aku pun luar biasa. Hehe.
Masa layan Forteen nyanyi tuh aku angkat tangan kiri sambil goyang kiri kanan. Konon feel la kekdahnya. Siyes enjoy! Masa tengah hanyun tangan kiri kanan tuh tup tup si One tu notice aku dengan kawan aku dok semangat hayun tangan dia pun sama angkat tangan hayun macam aku jugak. Perhhhh. Makin semangat. Lepas beberapa ketika [chewahh ayat] si Ariz tu pun notice jugakk. Dia pun angkat tangan macam si One tadi..Enjoy habis wa cakap lu malam tu. Habis konsert balikkk. Eh, silappp. Singgah Uptown Shah Alam kejap =p
|
tetamu VVVVVVVVIPPPPP |
|
Adeq Farzana. kenal masa duduk seat sebelah menyebelah. comel =p |
|
Sharifah Zarina |
|
Naseer Wahab... |
|
Forteen meyampaikan 2 buah lagu. Berdua Bersatu dengan Sedetik Lebih :) |
|
Adeq Izue Kachak =p |
*
Part 5: Majlis Aimi Cinta Abu
|
Aimi + Abu |
6 November memenuhi undang majlis perkahwinan kawan sediploma setudio dedulu. Muahaha. Ayat tak boleh blahhh.
Masa majlis tuh dapat jumpa ramai kawan kawan masa study diploma tahun 2004-2007 dekat UiTM Sri Iskandar. Zaman jajahan dulu kala. Ekeke. Ada jugak yang tak sempat nak jumpa sebab depa datang lebih awal. Ada yang jumpa dekat pintu pagar je sebab depa dah nak balikk manakala rombongan kiah propa nih baru sampai. Sampai sampai bergambar dekat photo booth yang telah siap disediakan. Dah bergambar dah peluk cium laga pipi kiri kanan muah sana sini baru terasa perut lapar.
Makanan dia nasi minyak, nasi putih, lauk rendang ayam, ayam masak merah, daging masak apa ntah, jelatah, pencuci mulut dia buah tembikai. Pilihan aku nasi putih, ayam masak merah sedikit jelatah dan dua potong buah tembikai. Kenyang! Lepas makan berborak dan bergambar lagi. Hihihi. Last bergambar dekat pelamin yang pengantin perempuan DIY. Kena bajet sebab dua dua pengantin nih masih student . Biar majlis sederhana sebab yang penting akad nikah. Majlis besar dan gempak tapi membazir. Buat apa ye dak???
|
Ambikk berkat pengantin =p |
THE END - Banyak sangatttt gambar kan?