BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Tuesday, November 27

Musim cuti sekolah sekarang ni ada je jemputan kenduri kahwin sini sana kan? Opkos masa pergi kenduri kita akan eksaited nak tengok pengantin. Lawa ke comel ke hudoh ke. Semua berkaitan dengan pengantin mesti nak ambikk tahuu. Pengantin lawa puji, pengantin tak lawa keji…lumrahhhh =p

Bila dah cerita pasal pengantin nih mesti dahh sinonim dengan inai. Aku pun suka inai sebab jari akan nampakk meriah dengan warna merah. Wow! Mengancam wehh! Dannnnnnnnnn, ada info mengatakan inai mampu menbangkitkan nafsu suami. Betul ke? Patut la pengantin dokkk tempekkk inai meriah kemainnnn. Ada makna…..:D

Ok! Tadi review beberapa design inai ukir yang menjadi trend pengantin zaman sekarang. 

Eh, ada orang kata inai ukir nih haram? Betul ke? Hah! Korang silappppp. Menurut e-fatwa *silalah baca sampai habissss*

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah...

2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang...

3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan…




So, jangan ragu ragu untuk ukir inai dijari anda pada hari bersejarah nanti. Design harus menepati citarasa anda!!!!!

Dari hasil review aku dekat Google tadi, aku teberkenan dengan design yang aku lampirkan di bawah niii. Cantik dan simple kan?









Akan aku pilih untuk ukirkan di jariku masa jadi pengapit nanti. Uishhhh, eksaited nak lukis inai nih =p

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...