BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Monday, June 18











Haiii. Memandangkan sekarang musim durian dekat kampong aku, so, minggu lepas ada kiriman buah durian dari kampong untuk anak-anak di perantauan. Terbaaikkkan makk aku? Sayang maksu. Ekeke. Kiriman melalui Pak Ndak aku. Bukan buah durian je mak aku kirim siap dengan buah manggis lagi. Tuh nasib buah dokong belum masakk. Kalau dah masak aku yakin mak aku akan kirimkan sekali buah tuh. Buah rambutan? Tahun nih tak ada rezeki gamaknya kot nak makan rambutan. Pokok abah aku tak menjadi...


Memandangkan dalam lima biji buah durian yang dikirim tuh besar. So, dalam 2 bijik jugak la aku buah bubur aka serawa durian. Ekceli, aku buat bubur nih petang semalam. Dalam kul enam lebih bangun dari tido terus capai periuk belanga masukkan segala bahan untuk buat bubur. Dah siap masakk lepass isyak cenggitu aku hulurkan sikit untuk jiran kiri dan kanan, pengasuh anak buah aku dan sorang lagi jiran. Pulangkan balikkk bekas kosong yang depa bagi, kang pulangkan bekas kosong jekk tak manis pulakk kan? Alang-alang aku buat bubur tuh aku sedekahkan lah untuk depa sama. Sama-sama merasa. Kalau sedap boleh aku buat lagi nanti :P


Memandankan lebihan bubur semalam ada lagi, so  aku bawak la datang opis sikit tadi. Siap bawak roti nak cicah. Sesampai jekk opis terus aku offer bebudak dalam nih. Time depa makan nasib depa puji. Harap pujian ikhlas la tuh. Depa kata sedappp. Lepas depa cakap macam tuh terus spontan aku cakap ‘dah boleh kawen la kan?’ hehe. Tup-tup baru terfikir. Ada hati nak kawin ye. tak sedar ke diri tuh baru putus tunang? Glurppp. Kekadang tuh terlupa kejap status diri nih. 


Kepada hantu durian tuh, cepat-cepatlah dapatkan durian di pasaran dan cepat-cepatlah buat bubur aka serawa durian. Jangan lupa cicah roti sekali. Tak nak roti pon okey korang gantikan dengan pulut. Tapi nak guna pulut leceh sikitt la. Nak kena kukus lagi pulut tuh. Nak tunggu pulut tuh lembut kemain lama. Baikk beli roti jekk. Senang, cepat dan lazat. kekeke  







Inilah bekalan aku pagi tadi. Akibat makan durian banyak sabtu aritu badan aku sejuk panas je sekarang ni. Semalam pulak makan bubur durian. Panas jekkk kepala...HuHuHu. Minum banyakk air insyaAllah tak akan demam. HeHe 




*pause*



Aku nak share macam mana nak buat bubur durian versi Kak Keen buat


bahan-bahan yang aku guna....


Isi durian secukupnya
Gula sehabis tawar
Garam secubit masin
Daun pandan untuk mewangikan jekkk
Santan secukup lelemakk


Korang campur jekk semua bahan-bahan tuh kemudian kacau perlahan-lahan sehingga mendidih. Dah mendidih tuh agak-agak dah naikk bau tuh, ada rasa lelemak sikit pastuh korang masukkan pati santan sikit.  Kacau-kacau tutup api dapur hidangkan bubur tuh.

Itu je resepi rahsia aku. Kalau ada bahan lain yang korang biasa guna untuk masak bubur durian ni boleh la share sama ye. Tak salah aku, aku pernah makan bubur durian yang depa guna gula merah. Itu bubur versi negeri apa eh? Korang tahu tak??

4 Comments:

  1. Rara said...
    Lama x mkn..
    dapnyaaa... ;p
    Nrsyikin Tahir said...
    hehe. tulah. dah lama jgk tak makan. kena tggu musim doyan baru boleh buat. nyum2. keenakkan masih terasa :P
    Sari said...
    walawehhhh....sedapnyaaa..... berkobar nak buat jugak nih....hihi
    Nrsyikin Tahir said...
    aiyang

    sila buat jugak. sedappp tuh...

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...