skip to main |
skip to sidebar
Siapa single sila angkat kening macam aku nih ^,^". Siapa yang tak single tapi tetiba nak mengaku single pun bolehh silaa angkat kening gaya di atas! Motif? Senaman kening lepas lunch hour :) Hihihi
Ekceli aku nak share kenyataan barangkali. Yurp kenyataann yang aku dapat dan baca dari satu blog nih. Kenyataan mengenai 'Single'. Single yang dimaksudkan di sini ialah single yang betul-betul single okey! Bukan single but not available kekdah semua tuh. Single? Kenapa ehh sesetengah orang tuhh tersangat addicted untuk jadi single [erkkkk, betul ke ayat tu]. BTW, aku mengaku aku lebih senang single. Aku lagi rasa tenang dan hidup lebihh teratur bila single. Pernah bercinta sekali [koya je kan -,-'] pernah jugak bertunang sekali...tapi semua terputus di tengah jalan. Punca? Jawapan retisss 'Tak ada jodoh & jodoh tak panjang".
Back to the main point okey! Berikut aku copypaste dari blog tuh. Ada sesetengah point tuh memang aku sangattt setuju dengan itu blogger bila dia kemukan point seperti di bawahh! Sila teruskan pembacaan sehingga habis. Tulisan yang aku condongkan tuu aku ulas mengikut pendapat dan citarasa aku...
*pause*
Kenapa saya lebih suka single? It is because:
1) Boleh tumpukan cinta kepada Allah je. Senang je nak beribadah. Ini lah alasan pertama. Fikiran tak lah ke laut mahupun kelangit daripada memikirkan orang yang tak confirm jadi husband or wife, baik fikir kan Allah je, ada jugak faedahnya. Sekurang-kurangnya gugurlah jugak dosa, tenanglah hati yang mengingati Allah kan.Tipu la kalau aku hundred percent cakap point pertama nih aku setuju. Aku nih bukanlah jenis yang warakk sangat. Tapi kalau berdasarkan penilaian aku setuju jugak dengan point nih
2) Tak membazir wang ringgit. Tak payah topup, tak payah gayut-ing. No morning text, wake up call, good nite message. haih, macam leceh je nak text semua benda. -,- Kalau sekarang ni pun selalu topup sebab hal kerja je. Ewah.Bab toup bagai nihhh aku setuju sangat. Bila single nihh tak gadohh nak pening pikir pasal takk ada kredit nak mesej pakwe ke hape kekdahhnya. Tak ada kedit diam-diam jela. Orang lain mesej tak boleh nak reply apa ada hal, kalau benda tuhh penting pandai lahh depa nak tipon ke hape kan? Senang dan kejam kan? Muehehehe
3) Tak de siapa yang boleh membebel marah-marah. Belum sah halal lagi dah mengongkong.Betul-betul [gaya upin ipin]. Nak join apa-apa aktiviti, nak keluar dengan kengkawan perempuan lelaki ke nak mesej sesiapa pun, nak g memana pun tak perlu susah payah inform ke pakwe semua tuhhh. Tak ada orang nak mengongkong pun. Terlewat balikk rumah sikit, terlambat reply mesej sikit ada jekk takk orang nak memarahh bagai...
4) Bebas berkawan dengan sesiapa sahaja. Yes, yang pasti masih dalam batasan ye anak-anak.Betul-betul. Tak gadohh nak pikir dengan orang nih aku tak boleh kawan sebab pakwe aku dia cakap mamat tuhh hensengg nanti aku tergoda. Mamat tuh aku tak boleh kawan sebab pakwe aku cakap dia banyak $$ nanti aku tergoda. Mamat tuhh aku tak boleh kawan sebab pakwe aku cakap dia jambu macam Dafi nanti tido malam aku asikkk termimpi-mimpi. Aku tak boleh join la pakwe aku bla bla bla............Puihhh. Menyampahh aku dengan manusia spesis macam nih. Belum apa-apa lagi pakwe aku cakap tak bolehh itu tak boleh ini. Adoiiii
5) Kurang sakit hati. Bagi saya la, sia-sia je ada rasa sakit hati. Kan kejap-kejap jeles la, lepas tu sakit hati la. lepas tu menangis la. Aduh. Jangan bagi air mata kita ni menangis pada perkara sia-sia, nanti Allah marah.Bila mesej pakwe, lamaaaaaaaaaaa sikit baru dia reply kengkonon sibukk. Masa tunggu dia reply mesej tuh sakit jekk hati menunggu kan? Kicik punya hal nak gadohh. tak matang langsung!
6) Tak buang masa. Kalau masa yang sepatutnya boleh la nak buat solat Dhuha ke, mengaji ke, berzikir ke, tapi bila couple, kena la sibuk jaga hati dia dengan call dia setiap masa, text dia selalu, errr macam-macam lah. Hati manusia sungguh-sungguh kita jaga, Allah? -,- Erkkk. Tak buang masa. yurp Aku setuju. 10 tahun bercinta belum tentu dia tuh jodoh kau!
7) Enjoy the silence. Orang kata sunyi bila tak de orang nak text, tak ade orang kita nak call. But hey, enjoy the silence lah :D How? Dapatkan ketenangan jiwa dengan berzikir kepada-Nya. Nak lagi best senyap-senyap masa malam tu bangun Qiamullail. See, macam mana kita nak enjoy the silence tu depends on kita sebenarnya. -Enjoy the silence-
8) Kurang bosan. Hari-hari menghadap muka sama je tak tahu lah nanti masa kawen nanti dah tak best. Makin banyak diteguk cinta sebelum nikah, makin kuranglah kenikmatan cinta selepas kawen tu. Tapi bagi orang yang syokkk bercinta tak kisahh pun nak menghadap muka pakwe 25jam. Yedak?
9) Kurang dosa. Dosa yang sedia ada ni pun rasa tak terkira dah. Malulah wahai hamba Allah, Allah terlalu banyak memberi tapi kita sendiri melupakan-Nya. Allah mencintai kita dengan nikmat tetapi kita membalasnya dengan maksiat.Orang sekarang bercinta hebakkkk. Tangan siap merayapp je. Jalan mesti nak kena pimpin tangan. kengkonon nak tunjuk dia pakwe kau la kan?Tak rimas ke berjalan sambil pegang tangan. Adoiiii. Rimas aku. Dosa. Tak tahan tuh ada yang siap cium tangan masa nak berpisah. Pehhh. Mithali la sangat. Menyampah aku tengokk. Belum apa-apa lagi nak cium bagai. Belum sahh dia jadi imam kau la nak kena cium tangan bagai tuhhh!!!
10) Boleh fokus dalam matlamat (pelajaran dan sebagainya). Boleh belajar rajin-rajin, boleh dapat pointer tinggi-tinggi, boleh belajar ilmu agama tanpa had, kesimpulannya kehidupan lebih terfokus.Ada yang lebih fokus bila ada supporter disebelah. Itu terpulang kepada diri masing-masing. Aku? Memana pun bolehh. Tapi selesa lagi bila single. For me Single is Simple, Couple is Trouble...
Ini dari pandangan diri sendiri la kenapa single dulu before akad tu lebih indah.
Orang kata bercinta berpada-pada, kalau terputus tak de lah merana sangat. Lagi-lagi usia muda yang memang tak tahu nak kawen bila kan. Maka wajarlah kita menumpahkan seluruh rasa cinta kita buat Allah. Bukan tak boleh, bukan salah. Okay.
Cinta itu FITRAH. Fitrah yang Allah bagi kepada semua hamba-Nya. Tak kan lah berdosa pulak jika kita rasa cinta tu kan. Tapi, FITRAH tu boleh bertukar jadi FITNAH bila dalam sesuatu hubungan tu korang ada buat apa yang Allah tegah. Tak semestinya niat nat kawen dengan dia tapi 24 hours kau berdua-duaan dengan dia. Niat tak menghalalkan cara. :) Ingatlah, even manusia tak boleh nak nilai niat kita apa tapi Allah tahu. Takpe, don't worry, masih punya masa untuk kita bertaubat dan menangisi dosa-dosa lalu. Better kita buru dulu keredhaan Allah.
SUMBER
1 Comment:
Post a Comment