Kebersihan kuku adalah sangat penting. Melalui kuku juga kita dapat gambarkan perwatakan seseorang itu. Penjagaan kuku adalah sama nilainya seperti menjaga kecantikkan kulit,rambut dan anggota badan lain juga. Akan tettapi masih ramai tidak ketahui bagaimana ingin menjaga kuku supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cantik.
Banyak keburukan yang bakal timbul sekiranya kita tidak menjaga kuku dengan baik. Antara penyakit yang boleh terken apada kuku kita seperti kuku mudah patah, cagu, berwarna kekuningan dan mudah merekah. Ini akan menjejaskan penampilan kita. Sebaliknya mula kan lah dari sekarang menjaga kuku anda. Antara tips tradisional yang dapat membantu anda ialah seperti berikut.
LIMAU NIPIS
Gunakan limau nipis sebagai merawat kuku anda. Gosokkan limau pada kuku dan biarkan selama beberapa minit kemudian cuci dan hasilnya kuku anda akan kelihatan cantik.
BELIMBING BULUH
Bersihkan kotoran dicelah-celahkku anda, kemudian ambil belimbing buluh gosokkan dikuku anda. Pastikan kulit luar belimbing juga digunakan sekali gus untuk menguatkan kuku.
KUNYIT HIDUP
Kunyit hidup dapat membantu menghilangkan bau kurang enak pada kuku. Campur parutan kunyit dengan minyak kelapa dan titiskan pada tempat yang diinginkan kemudian lap dengan tuala yang agak panas. Akhir sekali lap dengan kering dan lihatlah hasilnya.
BAWANG PUTIH
Bawang putih sangat baik untuk kuku yang mudah patah. Caranya gosokkan bawang pada kuku yang rapuh sekerap mungkin. Ia dapat membantu menguatkan struktur kuku anda. Bawang putih juga boleh menggilatkan lagi kuku anda.
GETAH BUAH BETIK
Getah buah betik baik untuk membersihkan kulit di luar kuku agar tidak mudah pecah dan menjadi tidak mudah kering. Ia dapat melindungi kuku anda dengan baik jika dilakukan dengan kerap.
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.."