BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Saturday, June 23



Tentang Wanita...

Silapnya seorang wanita ialah,
Bila dia percaya, maka dia terlalu percaya.
Bila dia menyayangi, maka dia menyayangi sepenuh hati.
Bila dia memberi, maka dia berikan segala-galanya.

Kerana itulah,
Bila berhadapan dengan seorang lelaki,
Wanita perlu lebih berhati-hati.

Janji manis dibibir itu,
Mungkin menjadi sembilu yang akan menghiris hati bertahun lamanya.
Impian dan harapan indah itu,
Mungkin menjadi selumbar yang melukakan.

Makanya,
Selagi belum pasti, jangan memberi sepenuh hati.
Selagi belum memiliki dan dimiliki secara halal dan sah,
Jangan memberi segala-galanya.

Bila kita terlalu mudah memberi,
Maka kelak nanti kita akan sangat sukar melepas pergi.” 

2 Comments:

  1. Rara said...
    kak keen nak amik yg nie..
    letak lam blog jugak..bole ? :P
    Nrsyikin Tahir said...
    ambikk la. nih pon kak keen copy dari VC Uitm jekk nih. tp blog akak xboleh copy la. hehe. iera try view fb Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar...

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...