Panas! Panas! Panas! Huarghhh sakit hati sangat nihhh. Menunggu duit gaji belum masukk. Hantar claim 18 September hari tuhh lagii tapi sampai hari nihh sekupang pon belum dapat...
Dahh la nakk bayar bil berokkkband, duit motor, duit insuran lagi. Itu belum kira hutang piutang keliling lengan lagi. Tension je...
Kata sekurang kurangnya 2 minggu bekerja. Hari nih dah kira 3 minggu bekerja dahh. Apa citer? Nak kena tunggu cukup sebulan gamaknya tuhh...
Atas sebab inilah aku berkobar kobar nak cari kerja lain. Gaji lambat dapat macam mana nak survive kalau bagi gaji tak menentu. Ye dak?
Tadi dah telefon person incharge pasal claim nihh tak berjawab la pulakk. Rasa macam nak meletop je pikir pasal gaji. Dahh la tengah nazakk nih. duit dalam purse tinggal tak sampai soploh hinggit je ;’(
UPDATED!!!
Tadi dahh dapat cakap dengan PI bahagian gaji dan upah. Pehh!!! Menyirap darah dengar 'Ketua baru luluskan hari nihh sebab semalam dia baru masukkk. Hari nih akan di bawakk ke Bendahari. Kalau tak ada apa apa minggu depan dalam hari khamis or jumaat DAHHHH masukk'
Gerrrrrr. Maksud? Isnin sehingga khamis aku belum bergaji lah jawabnya. 15 dahh buat claim baruuu. Memang terbaikk la korang buat kerja...