BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Monday, October 29



25 Oktober 2012

8.00 malam…. 
Mesej dengan husband-to-be [HTB] macam biasa. Tanya khabar walaupun petang tadi baru lepas jumpa...

11.00 malam…
bukak fb adik-ipar-to-be [AITB] tetiba berdessuppppp darah naikk kepala sebab ada gambar HTB bergambar dengan sorang wanita nih. Berbaju sedondon biru. Persis pasangan yang baru bertunang... 

Pejam celik pejam celik nak pastikan betul ke tidak gambar tuh. 

Sahhh. Lelaki disisi wanita anggun bergaya tuh adalah husband-to-be aku!!!

MasyaAllah, ishtifar panjang sambil air mata berjujuran.

Cepat cepat ambikk hanpon snap gambar dari pc then send to HTB sambil mintakkk penjelesan pasal gambar tuh. Mesej punya mesej HTB tak reply. Cekalkan hati call pulak HTB. Terus dia off phone. Dah start meraung dah. Mengharapkan semua itu bagaikan mimpi...

Bagai mimpi je bila nampak gambar orang yang kita sayangi sepenuh hati. Bercinta selama 7 tahun tanpa ada perasaan ragu ragu dengan kejujuran HTB. 

Akhirnya ini balasan yang aku terima. Terima kasih lelaki itu kerana Berjaya menghancur lumat dan membunuh aku!!!



*



First time korang baca mesti korang ingat aku  ctrl c + ctrl v dari mana mana novel atau cerpen kan???

Seriously aku cakap ini bukan hasil ctrl c + ctrl v dari memana novel. Aku sampaikan mengikut cara penyampaian aku. Aku tahu penyampaian aku tak sehebat penulis novel Rehan Makhtar dan tidak romantikk seperti Melur Jelita. Tapi apa yang aku nakk bagitahu dekat sini adalah kes ni berlaku pada kawan baikk aku sendiri. Dimana dia bercinta dengan HTB dia selama 7 tahun dari zaman belajar di sebuah IPTA di utara semenanjung. 7 tahun ye! Bukan 7 hari mencintaimu atau pon 7 bulan mencintaimu. 7 tahun depa bercinta!!! Pehhh...

Tapi sayang, ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari buta!

Titik tolakk bermula seperti yang aku khabarkan di atas. Lepas dia tengokk gambar husband-to-be-tak-jadi [HTBTJ] tuh terus dia call aku. 

“keen, p**** DAH bertunang!". Sambil teresak esak menangis. 

Aku yang tengah mamun dengar “keen, p**** AJAK bertunang." 

Setelah sekian lama depa berkawan aku pun happy dengar HTBTJ ajak kawan aku tuh bertunang. Perancangan sekian lama untuk bertunang akhirnya akan nampak titik noktahnya. Happy untuk kawan aku tuhh. Ucap tahniah sambil mata masih terpejam. Mengantukk campur penat sebab siangnya tuh perjalanan dari Seremban ke Gua Musang. Dengan jalan sesak ya ampun. Dapat bantal memang lelap terus!

Tetiba kawan aku makin teresakk sambil cakap "bukan la keen. P**** dah bertunang". 

Terus mata aku terbuka. Dari tengah baring terus terduduk. Terkejut ya ampun. Makin kuat esakan kawan aku. Bertubi tubi soalan aku tanya dekat kawan aku. Dalam hati dengar panas je dengan HTBTJ dia tuh. Ada rasa nak lempang laju laju sampai jadi teleng. Ada rasa nak sound tepekk je. Ntah! Rasa kosonng pun ada sebab benda yang sangat tak terjangka boleh berlaku. Ingat kisah macam nih berlaku dalam novel je tak pun dalam drama tv. Tapi nih betul betul reality punya hal. Serius sangat kejam.

Dalam kepala aku masa tuh dok pikir..

“kau senang senang je bertunang dengan orang lain tanpa bagitahu dengan gf kau kan? Sanggup kau tipu dia hidup hidup sedangkan kau dah bergelar tunangan orang. Kau memang celaka la jantan. Kau tak pikir ke selama 7 tahun kau bercinta dengan dia tup tup kau boleh bagi alasan kau tak serasi dengan dengan kawan aku. Kemon la wei, 7 tahun baru tahu tak serasi? Pergi mampus dengan serasi kau tuh. Boleh pulakk kau layan dia kemain baikk sampai kawan aku tak sedar dia di tipu dah di curang selama nih. kalau ye pun kau tak sayang dah dekat kawan aku tuh, tak boleh ke kau berterus terang bagitahu yang kau nak bertunang dengan some1 else. Birthday kau 16 Oktober lepas boleh pulak kau bergembira dengan kawan aku kan? Sedangkan time tu kau akan bergelar tunangan orang pada 21 Oktober 2012 nanti. Erkkk, hadiah yang kawan aku bagi tu kau boleh pulak terima kan? Pelikk la aku dengan jantan spesis kau nih. *KIV makian* Hello bro, bukan dengan cara diam tanpa kau bagi penjelasan. Hei jantan. Kau tahu tak kawan aku tu sayang kau separuh mati. Sampai dia tak boleh nak hadapi hari mendatang tanpa kehadiran kau. Kau seksa dia. Kau bunuh diri dia. Apa, kau ingat senang senang je kawan aku tuh boleh lupakan kau setelah 7 tahun korang bercinta? Memang kau jantan dayus sebab kau tak reti nak berterus terang. Sini kau layan sana kau agungkan! Bila aku dengar kesengsaraan kawan aku tuh, aku bersumpah, kau takkan bahagia dan takkan tenang seumur hidup kau sebab apa yang kau dah buat dekat kawan aku”

Agak emosi dekat situ. Itulah yang aku nak luahkan dekat HTBTJ kawan aku tuh. Tapi bila kawan aku mintak aku jangan marah and dendam dengan HTBTJ dia, aku akur dengan permintaan kawan baikk aku tuh. Niat nak jugak tempek gambar dia dengan tunang dia tuh tapi bila kawan aku suruh delete semua pasal HTBTJ dia aku akurkan jugak.

Yang tak bolehh blah, baju masa HTBTJ pakai masa dia bertunang tuh adalah pemberian kawan aku masa raya 2 tahun yang lepas. Pehhh bapakkk kejam kau!

Dah tak mau tambah dosa kutuk maki orang. Dosa dah banyak ni..

Apa apa pun kepada kawan aku tuh, tabahkan hati ye!  lelaki memang macam tuh. Dah ada yang setia nak jugak cari yang lain. Jangan percaya lelaki 100%. 



*



Moral of the story hope korang jangan terlalu sayangkan HTB korang selagi belum ijab dan qabul. Macam macam boleh jadi. Kes kawan aku di tipu hidup hidup tuh setelah bercinta 7 tahun pun berlaku. Kecurangan dan penipuan ada di mana mana.

Dari cerita kawan kawan dan kenalan sekiling membuatkan aku gerun dan fobia untuk serius dengan memana lelaki. Ntah! Lelaki yang boleh di percayai sekarang sangat sikit. Lelaki sekarang lebih manis menabur janji but the end habukk pun tarakkk.


Mohon ampun & maaf atas bahasa kesat dan kasar di atas. AKU TULIS APA YANG AKU RASA, AKU KONGSI APA YANG AKU SUKA. TAPI BILA ADA YANG TAK SUKA AKU PEDULI APA =D

Sekian

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...