BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Monday, October 8


Ya Allah
Jika dia baikk untukku, baikk untukk keluargaku, jadikanlah dia imamku…

Ya Allah
Jika dia yang mampu membahagiakanku dunia dan akhirat, janganlah jauhkan dia dariku…

Ya Allah
Jika dialah yang dapat membawa aku ke jalanMu, satukanlah hati kami sampai akhirat…

Ya Allah
Jika dia yang telah Kau ciptakan untukku, tutuplah hati ini untuk mencintai sesiapa selainnya…

Ya Allah
Jika aku adalah rusuk kirinya, jadikanlah aku pelengkap dirinya, pendamping paling setia, wanita yang dia cinta, bakal isteri yang dia bangga dan bakal ibu terbaikk untuk bakal zuriat zuriat kami…

Ya Allah
HambaMu yang jahil ini meminta Ya Allah. Berikanlah dia kebahagian, kesihatan, kejayaan serta kasih sayangMu. Andai telah tertulis dia bukan untukku, kurniakanlah dia dengan seseorang yang baik untuknya. Dan bahagiakanlahh mereka Ya Allah…

Ya Allah
Kerana kelemahan dan kekuranganku, aku serahkan semuanya padaMu. Jika mencintai inilah yang terbaik untukku, redhailah, semoga cinta ini adalah keranaMu Ya Allah. Semoga cintaa ini membawa dekat denganMu. Dan semoga cinta sesame insan ini menyedarkan aku untuk selalu mengisi hati dengan cinta terdalam padaMu dan kekasihMu…

Amin Ya Rabbal Alamin

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...