BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Wednesday, October 24


Masa aku buat bunga pahar guna crepe paper tuh, ada la sorang dua budak opis aku berkenan. Depa request aku buat kelas. Chewahh, feeling jadi cegu sat. depa nak buat sendiri kononnya. Ak upun dengan ikhlas hati sponser semua barang dan keperluan kecuali gunting sebab depa cilokk dari opis je. Aku ada 2 orang anak murid berdaftar. 

Walaubagaimanapun masa hari kejadian seorang lagi menyusup masuk. Dia berminat nak belajar. Aku ok je. Crepe paper lebihan pun aku bawak banyakk. Aku pun share la ilmu yang aku ada. Jom intai hasil tangan depa…


Saiz sebenar crepe paper



Setelah di lipat dua...


Setelah di potong empat...


Actual size. Dapat lapan helai...


Melipat kertas untuk dapatkan actual size...


Si Eton membuat potongan bentuk U pada ke dua dua hujung lipatan...


Memula buat si Eton ni lipat kemain besar, Aku kejam suruh dia lipat sekecil yang dia boleh buat...



Merah tuh tempahan dari orang. Aku siapkan tempahan sambil ngajar depa buat...hihi



Hasil lipatan Cik Eton...


 
Hasil lipatan Cik Farah..


..
Hasil lipatan aku, Eton & Farah. Berlainan saiz lipatan menghasilkan berlainan saiz kelopak bunga. Tak percaya? Tengokkk bawah ni...



See, semua berlainan saiz. Lagi kecil lipatan lagi kemas. Makin besar lipatan erkkkk **lu pikirlahh sendiri


Paling kiri tuh hasil kerja tangan aku. Tengah tuh Si Eton dan kanan sekali si Farah. Kira ni hasil kerja depa untuk kali pertama. Nampak compang camping untuk kali pertama tapi lepas depa buat untuk kali ke dua ke tiga more better. Practice make perfect kan?




Hasil kerja depa. Pupel tuh kali ke dua si Eton buat. Pink kanan tuh si Farah buat kali ke dua jugak. Dan yang oren tu si Husna buat untuk kali pertama..


Bagi aku, kalau kali pertama buat lumrah la senget benget kan. Janji usaha untuk tingkatkan kualiti tuh ada. Betul x? Lagi satu bila hasil tangan kita sendiri siap tak kisah la buat bunga ke crumble beads ke apa apa jela. Mesti kita puas hati bila dah siap.


Memandangkan depa dah tahu step nak buat ni so, aku harap untuk hari bahagia depa nanti dapat la depa pamerkan bunga hasil tangan mereka sendiri. Tetiba pulak aku eksaited nak tengok hasil tangan depa nanti :)

Dah baca entri satu lagi? Jom terjah entri pasal tutorial crepe paper dekat sini pulak...

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...