BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Tuesday, February 19



Assalamualaikum Wbt , Salam 1 Malaysia Dan Salam 1 Kastam . Ecece , tetiba ko nak salam 1 Kastam ye keen !
 
Aku akui telah lama aku tidak mengupdate entri dalam blog aku nih . Punca ? Tiada idea , kering idea , malas , tiada kemudahan internet , atau apakah ? Hah ? Yang sebenar-benarnya , internet dekat tempat kerja lama aku bermasalah . Hadoiiii ! Masalah saja kau keen kan ?

Tempat kerja lama ? Means ? Sekarang dah berpindah tempat kerja baru la ni ye ? Ecece … Ye ! Sekarang aku dah tak kerja dekat UiTM dahhh ... ishishhishhh , bukan aku kena buang kerja lah , jauh sekali kena fired .
 
Aku berhenti sebab dapat offer jadi Pegawai Kontrak dekat kastam . bahagian audit syarikat . Korang tak percaya ? Silalah percaya kerana aku dah kerja dekat kastam nih almost 3 week sudahhh . Kalau korang tak percaya aku sendiri pun macam tak percaya . yelaaaaaa , student HR kerja dekat bahagian Audit . Betul ke ? that’s why masa depa call suruh datang interview aku siap boleh cakap ‘saya nih layak ke Tuan . Saya bukan student accounting pun ‘ . Berbekalkan dengan keyakinan dan prinsip ‘ kalau dah jodoh tak kemana .Ehhhh , salah peribahasa pulak . Kalau dah rezeki tuh terima jela . Yes ! Itu baru betul peribahasa dengan kerja aku sekarang .
 
Macam mana dengan kerja aku ? Ok ! Sekarang aku di arahkan untuk menambahkan ilmu pengetahuan aku dengan membaca buku Akta Cukai Jualan 1972 T__T , buku Akta Perkhidmatan 1975 dan buku yang paling tebal Perintah Tetap Kastam . Arghhhh . tersangat enjoy membaca buku buku akta nih sehinggakan aku balikk umah never ever bukak buku buku tuh semua . hakhakhak . Aku bukak buku novel jugak . muahaha.
 
Dekat office baru berkeupayaan untuk membaca buku akta bagai nih *sigh*
Agaknya betullah apa orang kata, jangan terlalu membenci seseorang kelak kita akan jatuh sayang . Eh , tersalah peribahasa lagi . hihi. Chopppp ! Apa yang aku nak cakap ialah , mungkin sesuatu perkara yang kita tak suka tuh adalah yang terbaikk untuk diri kita. Sebab ?
 
Okey , dalam kes aku nih kalau dulu aku cukup tak suka dengan matematik dan akaun ni tapi kini dan sekarang itulah bidang tugas aku . Huhs !
 
Zaman sekolah , matematik tak pernah lulus . Asal time test atau ujian akulah , calon calon yang selalu kena cubit perut sebab fail matematik tuh  :P
 
Masa diploma ada jugak pengiraan tapi bolehhh la. Kandas jugak untuk subjek tuh . repeat paperr *sigh*
 
Zaman degree ada belajar basic accounting . Dah yakin akan fail dan terbukti benar bila sangkut paper tu . Satu satunya paper yang aku sangkut time belajar degree *sigh again*
Bermulanya episode itu maka aku dengan nombor ni memang tak ngam . Fine !
 
Tetapi….
 
Pekerjaan yang aku dapat masa tunggu konvo adalah menjadi pembantu penyelidik dia Accounting Research Institute (ARI) . Tengok ! Ada je kait account dalam flow hidup aku nih . Kalau berjodoh dengan akauntan okey jugak kan ? Nak jugak tuh ? kekeke .
 
Rentetan dengan jodohan aku sangat kuat dengan bidang numbering nih , maka aku terimanya sebagai dugaan dan rezeki . Suka atau tidak kena jugakla menghadap number dan formula bagai ni .
Mengharapkan agar aku dapat bertahan dengan kerja ni sehingga habis kontrak . Amin .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...