BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Friday, September 28

  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,
  • Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,
  • 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,
  • Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  • Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  • Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  • Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  • Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
  • Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
  • Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  • Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


bersyukur lah kerana dipilih manjadi seorang wanita


Thursday, September 27

Zaman sekarang dahh ramai golongan artis yang dulunya tak bertudung tapiii laniii dah bertudung. Makin comel pulak tengok depa bertudung. Memang tak dinafikan ada sesetengah tuh bertudung sekejap sekejap jekk. Siapa dia? Lu pikir lahhh sendiri. 


Dalam banyak banyak artis bertudung yang paling aku berkenan dan terkenan adalah Rita Rudaini [RR]. Walaupun dia dalam kategori bertudung sekali sekala [betul ke?] aku tetap nampak dia cun dan melecun. Muka dia nampak manis je bila bertudung. Dan kebanyakan yang aku nampak, tudung RR nih semua sepesenn je. Tapi tetap cantikk. 


Gaya dia pakai pun tak adalahh buat gaya lilitan maut kekdahnya. Hanya bawal je. Sangat aku berkenan sebab aku pun jenis yang suka pakai bawal. Tak mau la lilit bagai nih. Terbelit je rasa. Simple lagiiii senang :) 


Jom layan gambar RR bertudung....


rita rudaini



rita aidil



rita






rita dan aidil






gambar rita rudaini


Cantikkan???

Wednesday, September 26

Tuesday, September 25

Minggu nih datang kerja untuk hunnymoon je gamaknya. Almaklum laaaaaaaaa tukang bagii kerja ada conference dekat Sabah. Seminggu pulak tuh :P Memang syokkk la. Kerja yang di wasiatkan ada yang dah disiapkan dan ada yang kena KIV dulu. Sebab KIV? Biarlahh rahsia...Ecece

Dikesempatan ini aku telah menggodek sehabis baikkkk untuk create singnature baru plus aku tukar sikit sikit template blog aku. Yang aku kekalkan adalah elemen merah putih dah kuning. Nampak sama? Alaaaaaaa, aku tukar type font je kot...hehe. Elemen kekemasan tuhh tetap aku titikberatkan. Still kemas lagi kan? Cuma tangggg font tuhh tak sure okey ke takk. Boleh baca ke takk. Ermmm. Tak apa. Masa masihh panjang lagi untuk godek blog ni esok hari. kihkihkih

Apa planning untuk besokk kalau gaya kerja goyang kaki je macam hari nih? Nak buat bunga telur dekat opiss nih? Macam malas nak menangkut barang bawak maii sini. Kalau naikk tayar empat okey jugakk, ini naikk tayar dua. Memang kena pikir banyak kali laa. Tak dan nak pikir banyak kali pun aku dahhh tahu jawapan aku apa. Tetap tak bawak :)



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Sedang elokk perut lapar tup tup naikk notification dekat fb gambar tiga huruf tuhhh :( 


Huarggghhhhh. Cepat cepat ambik purse kira duit. Homaiiiii. Tak boleh belanja sesuka hati. Gaji paling awal lagi dua minggu. Sabar. KIV makan MCD. Tunggu balikk rumahh makan nasi. Perut pun menurut perintahhh. Now, memandangkan jam dah hampir pukul 5.00 [jam tangan aku dah sharp dah ponggg] terpaksa laaaaa aku hentikan aktiviti aku dekat blog ni. Jumpa lagi lain kali di lain entri :)


Kay Baiiiiiiiii.....



Perasan tak tajuk tuhh tak ada kaitan dengan isi kandungan. Masa nak taip tajuk tuh aku tengah nyanyi lagu tuh. Otomatikk aku taipp. Tindak balas kimia kot. Hahaha. Pangggg kena sedasss dengan cegu sains [nasib aku bukan aliran sains]

Monday, September 24

Cakkk!!! bertemu lagi. Macam mimpi pulak dapat post tiga entri untukk hari nih. Hihihi. Ada info menarikk nak kongsi dengann korang semua. Aku rasa gossip nihh masih baru dan hangat macam pisang panas [pehhh. ada gaya Kiah Propa dahh nihh]


Tengokk mamat di bawahhh. Hensem tak? 




Inilah gerangan tunangAKU Diana Amir. Jom baca sampai lebammmm :)







Kerana tajuk entri tuhh dahh terang lagi bersuluh tak perlulahh akakk ulas lebihhh. Cuma nak share gambar jekk. Alhamdullilah, bertemu jodoh sudah si Diana Amir nih. 

Nak tahu lagi pasal tunang Diana nih? Klik SINI pulakkk


Si Syikin Tahir bila lagi? Gerrrrrrrr

Hye korang. Nampak sangat aku tak ada kerja arini kan? Terlepas post entri 2 ketoll arini. Ekceli aku dalam dilemma sekarang nihh. Entri kali nih just nak tanya pendapat kawan kawan pasal sambung belajar. Aku ada niat la untuk sambung belajar untuk intake akan datang. Tapiiiiiii dilemma pulakk bila pikir pasal yuran. Masalah untuk sem pertama jeeeeee. Sebab untuk sem berikutnya harap dapat bayar guna duit pinjaman.

Hah! Bila sebut pinjaman nihh yang buat aku pening nihhh. Mana aku boleh dapat pinjaman untuk sambung belajar nihh ehh? 


Aku bercadang nak sambung dalam MBA by coursework. Nak sambung by research memang takk la kot. Erkkk. Aku ni elergikk sikit dengan thesis. Hehe. Nak nak kena pulakk hadappp journal yang berlambakkk tuhh. Memang takk laaaa...

Aku mungkin ambikk mode PJJ. Ambikk masa paling lama 2 tahun. Kalau fulltime dalam setahun hingga setahun setengah jelaa. Decide nak ambikk partime sebab aku nak ada duit poket jugakk sebab kalau aku ambikk mode fulltime memang akan membebankan family aku lagi. Kalau aku kerja plus aku ambikk master secara partime kira tak ada laa membebankan. Duit poket masukk belajar pun aku boleh. Betul tak? Hari ahad aku pun terisi dengan kehadiran aku ke kuliahh. [ecece dah verangannn tuhhh] Tak ada lah membutaa je dekat rumah. Ye dakk? 

Back to the point. Tadi lepas google PTPTN memang ada pinjaman untuk Master tapiii tak sure berapa boleh dapat. Then, mybrain pun ada. Tapi dengan status pekerjaan aku ni plus mode pengajian partime aku tuh not sure bolehh lepas ke takk. Then, tadi bukak jugak Dermasiswa Perak tapiiii untuk master tak ada peruntukann. so, now aku akan focus untuk dua sumber nih dahulu. Kot kot lepas nih ada sumber lain yang boleh dipertimbangkan akan aku usher usher lagi. 

Memandangkan aku lepasan diploma dan ijazah dari UiTM, so, otomatikk aku akan sambung dengan UiTM jugak. hehe. Kira UiTM dihatiku la.. Mau tak dihatiku kerja pun dengan UiTM jugak..Owhh UiTM Di Hatiku [sambil nyanyi lagi UiTM Di Hatiku].

Kalau korang ada info boleh la sharing dengan aku. Sekarang nihh aku memang sangat sangat memerlukan sumber sumber pinjaman yang layak untuk aku mohon…pelissss, inform aku eh :D macehhhh

Minggu nih sangatttt FREE sampaikan aku boleh habiskan dalam 4 buah novel cuti sabtu ahad lepas. Hahaha. Kalau dekat rumah pegang novel hardcopy dekat opis pulak aku baca novel dan cerpen online. Pehhhh. Sekarang baru aku tahu kenapa power spec aku makin naikk. Mana tak naikknya semedang aku hadap pc sebab siapkan kerja dan baca novel. Time lunch pongg aku dokkk hadap pc. Ambikk kau, azab dia power makin naikk. Itu tak jadi hal bagi aku sebab yang penting hati aku senang bila baca novel dan cerpen :)


Novel yang aku habiskan weekend lepas

1) Suamiku Mr Perfect 10
2) Adam & Hawa
3) Projek Memikat Suami
 4) Teduhan Kasih

Tapi time dekat opis lakk aku dok hadap novel Melur Jelita. Tajuk I Love You Stupid! Pehh karya Melur Jelita ni memang terbaikk. Kalau dulu dia meletopsss dengan Awak Suka Saya Tak, now dia kembali dengan cerita yang lebih hangat. Kihkihkih. Dah gaya nak mempromosi karya Melur Jelita pulakkk... 

Owh Abang Pedas :)




Nak try baca karya karya Melur Jelita? korang klik SINI
Kalau baca dekat penulisan2u depa tak update sangat. So, kepada kaki novel macam aku cepat cepat la baca I Love You Stupid dekat blog Melur Jelita. memang tak rugi la kalau baca. Dah baca nanti nak baca lagi.. hihi


Hero Utama Cerita nihh opkoss la 
Abang Pedas :)


Hero Kedua 
Firman


Hero Ketiga 
Aidan


Hero Keempat 
Matt


Heroin 
Iris


Bukan sesuka hati aku je menempekk gambar nihh ye. Aku copy dari page Melur Jelita taw. Bila ada gambar hero dan heroin nih konon terlebihh feel la nak membacanya. Tengokkk aku memang terlebih feeling dah pongg. kekadang tuh siap berangan lagi aku yang pegang watak Iris tuh. Phuiiiii. [Bukan kena bayar pongg kalau aku berangan pon]
Ekceli novel nihh akan keluar di pasaran hujung bulan nihh. Last week Karya Seni ada bukak order untuk novel nihh. yang sedihnya aku baru tahu hari last untuk buat payment. Mano sompettt den nak bank in duit bagai. So saddd jugakk la. Nak buat macam mana, kena jugak tunggu novel nih keluar hujung bulan nih jugak....

Friday, September 14

Lebih sekurun yang lampau tapak mercu tanda ini adalah sebuah terusan laluan diantara Durian Sebatang (tebing Sungai Bidor) ke Sungai Perak (berhampiran Balai Polis lama) yang dibina oleh Mak Intan dengan para pengikutnya, tapak Menara Condong ini dibina pada bekas terusan tersebut setelah ianya dikambus.

 
Mak Intan adalah seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.

Keunikan Menara Condong.


Bangunan tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Jika dilihat dari luar bangunan, ianya seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.
 

Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan tepinya pula menggunakan genting.
 

Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina pada 1885 untuk menjadi tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu “Time Keeper” penduduk bandar Teluk Intan, Perak. Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.


Menara ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara.

 
Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.


Selain itu, faktor yang menyebabkan Menara Condong Teluk Intan ini condong adalah kerana ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut...


SUMBER

Apabila menyebut tentang manusia, sudah tentu ia berkait rapat di antara hubungan roh dan jasad. Seperti diri kita, badan kita adalah jasad, dan roh merupakan diri kita sendiri. Berbalik kepada kisah ini, ia merupakan sebuah kisah seram yang sebenarnya diambil dari Majalah Seri Dewi & Keluarga Mac keluaran 2000. Untuk mengetahui lebih lanjut, jom kita baca kisah seram ini di bawah.


Sudah 15 hari Hashim dikebumikan selepas maut dalam satu kemalangan di simpang 3. Namun kesedihan Zaoyah masih belum reda. Kematian suami tersayang membuatkan Zaoyah bagaikan helang kepatahan sayap. Tempat bergantung juga sudah tiada, tempat bermanja jauh sekali.

Zaoyah masih ingat ketika pagi kejadian, dia masih di dapur apabila Hashim memberitahu dia terpaksa ke tempat kerja lebih awal pagi ini. Zaoyah hanya sempat membancuh milo, tetapi sarapan masih terjerang di atas dapur.

“Tunggu sambal tumis masak sekejap bang,” ujar Zaoyah sambil menghidangkan nasi lemak yang masih berasap.

“Tak apalah Yah, tengahari nanti abang balik, abang makanlah nasi lemak tu,” ujar Hashim. Dia kelihatan begitu tergesa-gesa. Topi keledar dicapainya dan terus disarung ke kepala. Stokin dan kasut dipakai secepat kilat dan Hashim terus menuju ke tempat letak motorsikalnya.

Sebaik sahaja Hashim pergi, Zaoyah menutup semula makanan di atas meja. Rengekan Azril, anak bongsunya segera menarik perhatiannya. Zaoyah mematikan api dapur dan terus ke bilik. Azril sudahpun bangun tetapi tangisannya sangat luar biasa dari hari-hari sebelumnya.

Zaoyah hairan. Dia merasa seluruh tubuh Azril. Tidak pula panas kalau nak dikatakan demam. Zaoyah memujuk Azril sambil menggantikan lampin. Kemudian mendukung anaknya ke dapur. Zaoyah menyuapkan telur rebus ke mulut Azril tetapi anak kecil itu menolak. Zaoyah hairan. Anaknya tidak pernah begitu sebelum ini. Jam sebelas pagi baharulah Azril berhenti menangis. Selepas menyusu Zaoyah menidurkan Azril di dalam biliknya.

Sedang Zaoyah memanaskan lauk di dapur, tiba-tiba perasaannya menjadi tidak enak. Apabila terpandang nasi lemak Hashim di meja, perasaannya menjadi semakin tidak menentu. Deringan telefon membuatkan Zaoyah tersentak. Dia segera menjawab panggilan di ruang tamu.

“Ya Allah…abang..,” tiba-tiba Zaoyah menjerit sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan. Hashim terbunuh dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Pandangan Zaoyah kelam, dia rebah tanpa meletakkan gagang telefon di tempatnya. Mujurlah jeritannya di dengar Pak Busu yang sedang mengayuh basikal melintasi halaman rumah Zaoyah. Pak Busu segera memanggil jiran-jiran wanita untuk membantu Zaoyah. Zaoyah hanya tersedar apabila jenazah Hashim sampai selepas Zuhur di rumahnya.

“Yah, kalau nak tengok muka Hashim buat kali terakhir, tengoklah. Tok dah buka kapan di mukanya,” ujar Tok Imam. Zaoyah merenung mayat Hashim yang sudah dimandi dan dikapankan oleh pihak hospital. Bagai tidak terdaya Zaoyah hendak menatap wajah suami tercinta. Terkilan hatinya kerana Hashim tidak sempat menjamah nasi lemak kegemarannya pagi tadi.

Walaupun sudah 2 minggu berlalu, Zaoyah masih menangisi kematian Hashim. Adik-beradik dan sanak saudara sudah pulang ke rumah masing seorang demi seorang. Seperti malam-malam yang lalu, Zaoyah gagal melelapkan matanya. Kenangan dan ingatannya hanya kepada Hashim. Setiap kali rindunya memuncak dia akan membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas, lalu dihadiahkan kepada allahyarham. Hanya itulah ubat yang mampu menenangkan jiwanya. Kalau dia tidur pun, hanya tidur-tidur ayam. Sering dia terjaga di tengah malam dan pasti tidak mampu terlena lagi hingga ke pagi.

Malam itu Zaoyah gagal melelapkan matanya lagi. Walaupun kokok ayam yang pertama sudah kedengaran, matanya tidak mengantuk sedikitpun. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi tapak kaki menapak di lantai rumahnya. Zaoyah terkejut. Tak mungkin anak sulungnya Shahril bangun tengah-tengah malam. Shahril tak pernah bangun tengah malam sebelum ini. Zaoyah dapat mendengar bunyi tapak kaki yang mundar mandir ke hulu ke hilir. Tetapi kedengarannya seperti bukan berjalan, tetapi melompat setapak-setapak.

“Kucing agaknya,” bisik hati Zaoyah. Dia membiarkan bunyi tapak kaki itu menghilang. Ketika azan Subuh berkumandang. Zaoyah segera bangun dan menunaikan solat Subuh. Ketika remang Subuh mendatang, Zaoyah segera menjerang air dan mengejutkan Shahril untuk ke sekolah. Zaoyah segera mengenepikan perasaan sedihnya jauh-jauh apabila berdepan dengan anak-anak.

“Sekolah pandai-pandai Ril, abah kau dah tak ada. Kaulah ganti abah nak jaga mak bila tua nanti, nak tolong mak besarkan adik,” pesan Zaoyah kepada Shahril yang sedang menikmati minum paginya. Shahril segera mengambil beg sekolahnya dan keluar memakai kasut. Belumpun Shahril duduk, dia terpandang bekas tapak kaki di atas papan tangga menuju ke rumah. Kemudian di atas lantai menghala ke dapur dan ke bilik Zaoyah.

“Mak! tapak kaki siapa ni mak?” jerit Shahril. Zaoyah bergegas mendapatkan anaknya. Dia juga hairan melihat bekas tapak kaki berlumpur di atas lantai. Zaoyah segera teringat apa yang didengarnya malam tadi. Mungkinkah ada orang naik ke rumahnya malam tadi. Tapi siapa?

Perasaan Zaoyah jadi tidak menentu. Ini mesti ada orang yang berniat tidak baik terhadapnya. Baru tiga minggu dia menjanda,sudah adakah lelaki yang menaruh hati kepadanya?

Zaoyah segera membersihkan kesan tapak kaki di atas lantai tersebut. Sambil hatinya berdoa, janganlah ada apa-apa musibah yang menimpa dia dengan anak-anak. Malam itu Zaoyah memastikan semua pintu dan tingkap rumahnya berkunci dan bermangga. Kalau ada orang yang nak buat jahat pun, mereka tentu akan mengambil masa untuk membuka pintu dan tingkap rumahnya.

Tetapi malam itu sekali lagi Zaoyah dikejutkan oleh bunyi yang sama. Zaoyah sengaja mengajak Shahril tidur bersama di biliknya. Shahril dan Azril tidur di atas katil sedang Zaoyah tidur di atas tilam yang terhampar di atas lantai. Zaoyah bingkas bangun sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kaki tersebut. Dia mengintai dari pintu biliknya, siapa agaknya yang berani naik ke rumahnya. Tetapi alangkah terkejutnya Zaoyah apabila melihat sekerat kaki dari betis ke bawah sedang menapak di atas lantai rumahnya. Zaoyah mengamati kaki tersebut. Dia terkaku melihat kaki tersebut terlompat-lompat mundar mandir di ruang tamu rumah. Tiba-tiba Zaoyah teringat sesuatu.

“Ya Allah, abang Hashim…” bisik Zaoyah apabila mengenali kaki itu adalah milik suaminya. Serentak dengan itu kaki tersebut hilang dari pandangan. Zaoyah bagai bari tersedar dari mimpi. Serentak itu juga tubuh Zaoyah disimbahi peluh dingin dan sejuk. Zaoyah tidak berani hendak keluar dari biliknya. Malah keesokan paginya, dia menunggu sekeliling cerah lebih dahulu baharu dia mengejutkan Shahril. Shahril tidak diberitahu apa yang berlaku. Malah ketika Shahril mengadu tentang tapak kaki tersebut, Zaoyah cuma meminta Shahril supaya tidak mempedulikannya.

Petang itu Tok Imam datang ke rumah Zaoyah. Dia hendak melihat sendiri bekas tapak kaki yang dikatakan oleh Zaoyah. Zaoyah ke rumah Pak Imam untuk meminta pandangan mengenai tapak kaki dan kaki Hashim yang dilihatnya.

“Memang saya nampak kaki dia Tok,” ujar Zaoyah sedih. “Apa alamatnya tu Tok?” soalnya lagi. Tok Imam memikir-mikir sebentar.

“Ada yang tak kena ni Yah”, ujar Tok Imam. Zaoyah tidak faham apa yang dikatakan oleh Tok Imam. Keesokan harinya, Tok Imam mengajak beberapa orang kampung ke tempat Hashim di tempat kemalangan. Tok Imam sendiri mencari di kawasan kemalangan sambil diperhatikan oleh orang-orang kampung yang lain.

“Subhanallah,” tiba-tiba Tok Imam bersuara lantang. Orang-orang kampung segera menghampiri Tok Imam. Mereka terkejut apabila melihat sebelah kaki Hashim terlindung di sebalik daun-daun keladi di dalam selut.

“Kau ambik benda ni, bawa ke masjid. Kaki ni kita kena mandikan dan kapankan. Lepas tu kita kena kebumikan,” ujar Tok Imam. Zaoyah terkejut apabila diberitahu penemuan kaki Hashim di dalam semak di tempat kemalangan.

“Mungkin yang datang tu roh dia, minta disempurnakan. Itu sahaja yang Tok boleh katakan. Wallahualam,” ujar Tok Imam ketika Zaoyah bertanya mengapa dia melihat kaki Hashim berjalan di dalam rumah.

Selepas kaki Hashim dikebumikan, Zaoyah tidak mendengar lagi bunyi orang berjalan di dalam rumahnya.

SUMBER

Thursday, September 13

Kalau time duit tengah berkepokkk dalam purse dah tak pikir either keperluan atau kemahuan. Semua nakk main rembat jekk. Tapi time jadi hajjah bakhil tuhh duit berkepokk ke hape kekdahnya tak kira mesti kedekutt jugak nak membeli. Haha. Tapikan, kalau time kita dalam inflasi tuh aku rasa memang sangat sesuai mengamalkan system pertanyaan. 

Mesti korang cakap apa kekdahnya nak kena amalkan system pertanyaan bagai kann? Hah! System ni sangat berkesan ke atas diri aku dikala aku dalam dilemma untuk membeli atau membuat pilihan ketika membeli dan membelah. Opkos system pertanyaan nih tak melibatkan sebarang kos pon. Korang just ask urself. 

Sebagai contoh, aku dengan kawan kawan aku dah planning nak pergi Sunway Lagoon. At the same time, aku plan nak ambikk lessen kereta dan dah siap daftar nama dahh. So, dalam situasi nihh aku kesempitan duit dalam nakk membahagikan duit gaji aku yang secipukkk tuhh. [tak termasukk hutangg bulanan] dalam sebulan dua nihh. Its okey. Aku pikir Sunway Lagoon tuhh anytime boleh pergi. Tapi lessen tuh lagi lambat aku ambikk lagi susah. Aku jugak membezakan dengan membandingkan dua hal tuh dengan mengenalpasti either itu kemahuan atau keperluan


Sunway Lagoon = Kemahuan
Lesen = Keperluan

So, dari situ aku mengutamakan keperluan dahulu. Ambikk lesen dulu. Kemahuan tuh aku boleh KIV dulu sebab takkan mendatangkan masalah. Pening?  Tak faham? 

Aku simplekan lagikkkk. Kalau korang masukk mall. Korang mesti dah pikir nak beli apakan? Then bila barang yang korang tak listkan, tup tup korang berkenan dan nak beli tapi korang tak cukup ongkos. Apa yang korang boleh buat ialah dengan membandingkan setiap barang yang korang nakkk beli tu. Tengok senarai bawah niihh…

Liptikk = kemahuan [jarang tempekkk liptikkkk]
Eyeliner = keperluan [wajibbbb lukis mata]
Baju kurung [pakai kerja] = keperluan
Handbag [tambah koleksi]  = kemahuan
Gelang tangan [tambah koleksi] = kemahuan
  
Contoh dari senarai di atas, keutamaan aku berikan kepada keperluan aku. Kemahuan tuh aku boleh KIV dulu. Dengan cara tuhh, aku boleh bajet untuk  kewangan aku. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kekadang terbabas jugak. Ekekekeke. Apa apa pun terpulang kepada individu untuk membezakan antara kemahuan hidup dan keperluan hidup…

Wednesday, September 12

Tengahari tadi pergi daftar untuk ambikk lessen kereta. Waaaa. Malu nak mengaku kalau orang Tanya dah ada lessen kereta belum. Umur dah banyak tapi lessen tak ada. Dulu aku dok pikir ala, apa susah, nanti suami aku la yang akan jadi driver aku’. Itu dulu. Sekarang pemikiran aku pun dah berubah mengikut umur aku. Ececece. Konon aku nak cakap dulu tak pikir panjang boleh la aku jawab macam tuh. Sekarang no more alasan skol tuh…[berdiri atas kaki sendiri lagi selamat dan terjamin]


Ekceli dah lama aku nak ambikk tapi masih teragak-agak lagi. Tapi semalam masa otw datang keja terjeling banner pasal harga lessen kereta. Lessen motor aku dah ada sebab tuh tinggal nak ambik lessen kereta je. Lepas ni nak ambik lessen bas pulak boleh? Pastu lessen lori. Hahaha


Bila aku pikir balik ambik jela lessen walaupun gaji cukup-cukup makan dengan segala hutang piutang setakat nih. dari aku dok tangguh je kang umur dah makin banyak lagi aku malas. Ye dak? Lagi pun aku pikir DSLR aku sanggup beli takkan lessen aku tak sanggup kot. Yela. Kena berjimat cermat tahap dewa semata-mata nak dapatkan DSLR tuh. Lesen tuh pun untuk kesenangan aku untuk masa depan. Apa salahnya susahpayah dulu sekarang ni. Nanti dah habis ambik lessen dah tak perlu nak berjimat bagai kan? Lessen dah ada hati pon senang :) 


Lepas daftar aku pun call la mak aku gitahu aku dah register nama untuk lessen. Sebelum ni pun mak aku yang dok kecoh suruh ambikk lessen kereta. Agaknya dia tengok kawan-kawan aku semua dah ada kereta dia pun nak jugak anak dia nih beli kereta kot. Nak beli kereta kena ada lessen kereta dulu. Mak aku pun bising jugak time dia tahu aku beli DSLR tuh. Bila dia tahu price aku beli mula la dia ungkit lessen kereta takk boleh ambik kamera tuh boleh pulak beli. Aku dengar jela mak aku potpetpotpet. 


Before aku register dengan sekolah memandu nih puas jugak aku google sekolah memandu lain. Ada jugak aku risik-risik dengan kawan-kawan aku dah baru ambikk lessen. Nak comparekan rate la weiii. Nak jimat punya pasal. Haha. Selepa compare bagai sekolah memandu pilihan aku ni memang murah la. Semua kos atas tuh. Bagi yang dah ada lessen motor macam aku just tambah RM650 je untuk dapatkan lessen P kereta. Bagi yang zero lessen tuh RM 796.00. murah la kan? Tengah Bandar kalau itu rate dia tersangat la murah. Bagi aku la. Ada satu sekolah tuh zero lesen depa ambikk RM 1373. Bapak mahallll. Erkkkk. Bagi aku la citarasa korang tuh tak tahu la aku :)


So, hope mak aku dah berpuas hati bila aku dah register untuk ambik lessen.


Minggu depan aku dah masuk kelas L. ceramah 3 jam tuh. Supposely this Saturday aku dah boleh masuk kelas tapi bila aku ingat balikk yang akak aku ada hal sabtu tuh seharian dan tak boleh bawak anak-anak dia so, aku lah yang kena tengok-tengokkan budak bertuah tuh.


Now, aku dah habis merepekk. Nak sambung baca novel Teduhan Kasih. Koleksi baru aku :)



Ini la sekolah memandu pilihan poket purse aku. IMC aka Institut Manducekap :P

Monday, September 10



Hahaha. Sakit usus perut aku baca alasan-alasan depa tuh. Hahahahaha. Hadoiii. Ada ke orang yang guna alasan tuh untuk mintak putus???

Aku sekadar nak kosongkan otak rehatkan minda jek. Malas nak pikir benda-benda yang boleh buat otak aku serabut. Sikit sebanyak tajuk dia memang ada kaitan dengan situasi aku pon. Wuaaawuaaaa. Sakit kepala pikir :'(

Sunday, September 9

Rahsia Pemikiran Seorang Lelaki..? Ni patut kaum wanita tahu dan ambil berat..nak tahu apa..? Jom layan..


Perihal Lelaki #1
“Sebenarnya kebanyakan lelaki lebih menyukai wanita yang bijak daripada wanita yang seksi.”
Ramai juga lelaki selalu memandang tinggi kepada wanita genius. Paling tidak, wanita yang mempunyai pendirian tetap dan bijak membuat keputusan. Dalam erti kata lain, selalu percaya kepada pemikiran sendiri.
Bagi mereka, memakai jeans yang ketat, t-shirt pendek sehingga ternampak belakangnya, pusatnya atau wanita bersinglet di pusat membeli-belah adalah Too Cheap!
Perempuan-perempuan yang seksi dan seksa ini hanya dilihat sebagai satu objek seks. Namun…jika berpelajaran, bijak dan seksi, ianya satu kelebihan besar! It’s big bonus!
Sekiranya seorang wanita itu pandai mengimbangkan cara berpakaian, penampilan diri, berilmu dan bijak membuat keputusan pastinya dia adalah pilihan lelaki yang paling utama.
Maksud berilmu di sini, anda boleh memilikinya dari berbagai cara bukan hanya dari kelulusan akademik yang tinggi. Anda boleh menimba ilmu dari kursus-kursus ataupun workshop apa-apa di mana-mana sahaja dan anda boleh memiliki ilmu dalam bidang memasak, menjahit, percetakan, rekacipta dan sebagainya.
Apabila anda mempunyai ilmu dan kepakaran di dalam sesuatu bidang, anda sudah susah untuk diperlekehkan atau dipandang rendah oleh sesiapa sahaja. Ini kerana, apabila seseorang yang mempunyai ilmu dan kepakaran, keperibadian anda dilihat dari sudut perspektif yang berbeza serta dihormati ramai dan bukan calang-calang orang yang mudah untuk dipermainkan. Now you see what is important, right?!



Perihal Lelaki #2
“Lelaki benci dengan wanita yang suka bercerita tentang bekas kekasihnya.”
Ianya amat memualkan mereka apabila wanita mula bercerita tentang itu dan ini, kisah lampau dan kenangan manis serta pengalaman mereka semasa bersama dengan bekas kekasih.
Ianya adalah satu kesalahan besar bagi mereka. Mereka juga menganggap, jika wanita masih berperangai begitu, ianya seolah-olah wanita itu masih cinta dan mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya, walaupun ianya hanyalah satu kenangan silam.
Yang nak pergi cerita kisah-kisah lama tu buat apa? Pening dengan sesetengah wanita ni. Suka sangat nak bercerita kisah lama. Seolah-olah nak menunjuk yang dia pernah mempunyai kehidupan yang menarik, lepas tu nak banding-banding pulak tu hehehe…
“adoi, apa yang awak nak mengajar boyfriend awak sekarang ni?… bertahan? sabar? Tak payahla… buat sakit hati dia je beb!”
Tak usah lah sayamg… buat sakit hati boyfriend you je. Apa yang paling penting ialah kebahagiaan masa depan anda berdua. Bukan kisah yang lepas, pengalaman lalu…boring la beb.
MASA SEKARANG, bina kebahagiaan sekarang..create new experience untuk anda berdua kenang segala kemanisannya. Alami segala pengalaman baru bersama walaupun di tempat yang pernah anda kunjungi bersama exboyfriend. You know, itu lagi bagus…Lalui bersama boyfriend sekarang, sesuatu yang pernah dilalui bersama exboyfriend untuk jadikan kenangan silam sudah tidak bermakna lagi. Perrgh…ini tip aaaa…”manyak mahal wo!”


Perihal Lelaki #3
“Lelaki sangat mengagung-agungkan wanita yang disukainya atau yang baru diminatinya walaupun wanita itu tidak cantik!”
So, jangan cepat perasan! Hehehe…Kalau nak tahu anda betul-betul cantik atau hebat, jumpa lelaki yang membenci anda, sesungguhnya walau dia membenci anda sekalipun lelaki itu tidak akan mengata anda hodoh jika anda cantik.
Amacam??… sebenarnya ini memang benar. Dah banyak jumpa lelaki-lelaki begini. Walau dia benci atau geram dengan sikap wanita itu…dia tetap akui yang wanita itu benar-benar cantik.
Tapi kalau yang tak cantik tu…tetap tak cantik laaa..hehe. Namun selalunya nasib menyebelahi mereka. Walau tak cantik pun, kalau si lelaki sudah sayang, anda tetap kelihatan cun melecun walau pun anda selekeh dan tembam. Begitulah juga sebaliknya. Hehehe…cool tak?!


Perihal Lelaki #4
“Mengapa masih cinta dengan lelaki yang pernah curang? Kerana lelaki curang akan berlaku curang lagi dan lagi… ”
Lelaki curang??…jangan bagi peluang kedua kepadanya. Sekali dia curang, dia akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi. Sekali lelaki curang, itu bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain. Curang pertama kali itu yang susah untuk dilakukan, tetapi apabila dia sudah buat sekali…well, yang kedua dan seterusnya is easy!
So, jangan buang masa! Buang dia! Tidak ada gunanya untuk anda memaafkan lantas memberi peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka akan kembali berlaku curang lagi. Sorry kawan-kawan wanita semua…this is reality!
Kecuali, dia terikat dengan perkahwinan yang terpaksa atau perhubungan yang sudah tiada cinta namun kerana anak-anak atau kerana keluarga dan maruah, lalu dia tidak dapat putuskan. Lalu, dia terpaksa jatuh cinta pada yang lain…
Beratus-ratus email masalah cinta yang mana ramai masih menunggu boyfriend mereka yang hilang entah ke mana. Dan apabila tersedar yang lelaki mereka curang, wanita-wanita ini terus menerus bersedih dan seolah-olah tidak mahu meneruskan hidup normal mereka…
Please faham ya…lelaki kalau dia masih mahukan anda, dia masih ingin bersama anda, dia akan sentiasa ‘mengayat’ anda. Dia akan sentiasa call setiap masa, sms selalu, selalu mahu berjumpa dan berbual mesra, dia akan lakukan apa sahaja demi untuk bersama anda. Percayalah!
Kalau masih sayang dan cinta, takkan dia hilang dan senyap je beb, handphone mesti jawab. Kalau dah tak cinta tu, berborak pun sekadar bertanya khabar je, dah tak ada kemesraan, dah tak romantik, sms pun balas sikit-sikit, kadang-kadang tak balas…hmmm, ada wanita lain lah tu. Kalau tak pun dia dah bosan dengan anda.
So, kerja anda sekarang ialah…bertekad untuk keluar dari kemelut itu dan memulakan hidup baru, kemudian membuka hati anda kepada yang baru…


Perihal Lelaki #5
“Lelaki teramat benci dengan wanita-wanita yang suka berlebih-lebih dalam segala hal.”
Ramai lelaki memang tak suka dengan wanita yang suka bercakap lebih, berpakaian lebih-lebih, cara berkawan pun lebih-lebih. Lelaki mana pun akan mudah rimas dengan wanita sebegini. Disarankan yang lebih-lebih tu, bersederhanalah. Dalam islam pun menyarankan agar kita mengamalkan kesederhanaan.
Hmm..ingat kami kaum lelaki ni boleh tahan ke tengok awak semua bersosial, berkawan rapat dengan lelaki lain, keluar berjalan, minum-minum, makan-makan,
“wa jeles bangat tau!!…ingat tak terseksa batin ke?!!… cuba lelaki buat kat wanita tengok. Tahan ke??”
Hahahaha…kelakar memang kelakar, tapi itulah hakikatnya. Fikirlah dulu sebelum anda nak bersosial lebih-lebih. Ingat cam ni…kalaulah boyfriend anda buat sama seperti apa yang anda buat…okey ke tak? Kalau anda boleh terima then…too bad lah pada boyfriend itu. Kesianlah kat boyfriend you…kena ngap sayot! wakakaka…
Meranalah dia sorang-sorang hehehe…salah satu sebab utama perpisahan banyak terjadi pun adalah kerana perhubungan yang terlalu sosial sehingga menimbulkan syak wasangka dan cemburu…

SUMBER

Friday, September 7

Laman sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan anak muda masa kini. Namun, setiap di antara kita harus berwaspada terutama apabila kita berkongsi maklumat kepada umum menerusi apa-apa sahaja laman sosial. Facebook sebagai contoh semakin pesat menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan, ‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran mengenai seseorang. Penggodam juga mencari maklumat melalui perkongsian peribadi sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit penipuan identiti. 

Kali ini kita ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diaplikasikan menerusi Facebook anda.


1. Tarikh lahir anda.
Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan anda kepada kecurian identiti.


2. Nama ibu anda.
Anda perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.


3. Alamat rumah anda.
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.”


4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda, sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.


5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.


6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.


7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan.


8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana anda berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda.


9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.


10. Gambar di dalam rumah.
Anda mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi. Penulis hanya ingin berkongsi maklumat tersebut berdasarkan pengalaman serta pemerhatian penulis terhadap beberapa situasi yang pernah berlaku. 

Thursday, September 6


TANDA 100 HARI SEBELUM KEMATIAN
Tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran tau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.  

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.  Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.  Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri  dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah   mati. 
   

TANDA 40 HARI SEBELUM KEMATIAN
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.   Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


TANDA 7 HARI SEBELUM KEMATIAN
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit  yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 


TANDA 3 HARI SEBELUM KEMATIAN
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi Kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya   perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 


TANDA 1 HARI SEBELUM KEMATIAN
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.. 


TANDA AKHIR SEBELUM KEMATIAN
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Imam Al Ghazali bertanya kepada pelajarnya: “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”. Murid-muridnya memberikan jawapan seperti orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali kemudiannya menjelaskan yang semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah ‘MATI’ kerana Allah SWT telah berfirman bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati... 
(Ali Imran ;185)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...