BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Thursday, November 24

entri kali ni aku nak sambung stori mori pasal ENTRI INI. kira ni part2 pulak la. bukan nak cerita banyak pon. nak tunjuk gambar je banyak. gambar yang aku ada tapi angpa tak dak. kihkihkih *riak disitu oke !



puncak ke 2 sebelum tiba ke puncak yang tertinggi...




jeles je tengok mamat atas batu nun. rasa nak jugak bergambar macam depa... 



mungkin pengsan atopon lelap sekejap akibat keletihan...boleh tahan hensem jugak abang tu..kihkih



cewahhh. photographer dia dah berskill eh bergambor



group kami. yang 1 dan 2 dari kanan awal2 depa dah pancit tapi akhirnya sampai jugak. cayalahhhh



cantikkan view nih?????


cakkkk. ecece. macam main cak cak cak plak aku ye..hehehe


salah satu sudut yang sempat di ambil. cantikkan? kau hado? hehehee


setelah selamat mendarat dekat kedai nyonya nyor. nyonya nyor sebab dia ada jual air nyor aka air kelapa....



kami dah sampai atas. angpa bila nak sampai??? 


sekian sahaja gambar-gambar yang aku boleh tunjukkan untuk pembaca tegar dan penyinggah tegar ke blog sesampah aku nih. sebarang kutukan dan kritikan pedas panas dan sejuk aku terima dengan relahati. hehe. chopppp! itu baru gambar naik BB. aktiviti lepas naik BB aku nak tunjuk jugak. *gila camera kan? gagaga

lepas dari naik BB aritu terus ajak member mandi Ulu Bendul. yela, dah nak chawww dari senawang da tapi belum jejak kaki ke situ lagi. so, lepas balik umah, ambik segala bagai keperluan dan persalinan yang akan diguna pakai nanti terus je naik cj7 pinky ke tempat yang di tuju...

so, silakanlah scroll sampai ke bawah untuk menatap gambar-gambar yang aku snap...



pelompat berjaya nih. bukan sekali dua lompat menjadi. boleh kata tiap kali dia lompat je menjadi kalo ambik gambar. jeles plak aku tengok



yang ni pon sama jugak. jeles dowh aku tengok depa lompat comel je gaya...



kan aku dah cakap aku tak teror nak lompat bagai nih. gambar depa ok. aku plak yang tak ok. merosakkan pemandangan ye tak?



air yang tak berapa nak dalam. tapi ok la untuk cuci badan yang dah melekit sebab lepas naik BB..

jengjengjeng..dah habes..hehe. tak boleh letak banyak-banyak gambar lain sebab sensor..kihkikhikih..next time sambung tulis lagi. jari dah naik lenguh. tadaaaaaaaaaaaaaa. lebiu kepada sesapa yang view blog nih. lagi bertambah sayang kalo ada orang sudi klik iklan yang ad kat blog nih..heheheheh :)




Wednesday, November 23

special for you and your wife



khas untuk yang dulu kekasih hatiku yang kini sudah menjadi kawan ku. semoga pernikahan dia dengan pilihan hatinya terus kekal bahagia sehingga hujung nyawa...



di hari persandingan di rumah isterinya 20112011...*sorry TERsave dari fb...huhu




Sunday, November 20

aku pernah buat entri pasal nak naik BB kan? belom baca lagi? tak pe. klik kat SINI je. tapi rugi la sapa yang baru baca. aku saip offer kot sapa yang nak join. hehe. tak pa. next time kita naik lain :) <--ayat memujuk

perghhhh. kali pertama bersua muka, dapat 'sentuh' terus rasa jatuh hati. ko pernah? ngehgehgeh. serius wehhhh. bukan indah khabar dari rupa. tapi indah khabar memang indah dengan rupa. tak percaya? 'jumpa' la sendiri. nanti baru percaya. Bukit Broga. i miss u la :P

haha. sebenarnya aku sudah jatuh hati dengan BB nih. tergedik-gedik nak naik akhirnya berjaya ku tawan jam 7.00am tadi. awat? ingat badan kecik macam aku tak daya nak buat aktiviti cenggini ke? woi, see the leg la wehhh. ecece. tetiba nak emo an? *emosi tak stabil mengenangkan hal tunang nih *sigh

dari Senawang pukul 5.30 pagi. terlambat 15min dari perancangan sebab sibuk dok buat bekal nak naik BB. agaga. sebenarnya kami berempat ni tak tahu satu habuk pon jalan ke sana. main redah je. lagi pun apa guna pergi sekolah kalau tak reti nak ikut signboard kan? perjalanan yang bergantung harap pada signboard jela tadi. cuak jugak sepanjang jalan nak kesana pepagi tadi. SERAM bak kata kawan aku. mahu tak seram. kiri kanan pokok tinggi-tinggi. mahu kepala hotak ni tak memikir macam-macam. aku pulak asik tengok jam je. pukul bapa nak sampai nih. sempat ke nak tengok matahari terbit nih? betul ke jalan yang kami ikut nih? tak apa la. jalan je lagi. bila dah nampak nama-nama Broga tu baru yakin sikit. ada sekali tu kami stop tanya dekat uncle apek dengan untie nyonya nih arah mana nak ke BB. nasib dia cakap depan tu je. excited ! excited dan excited lagi aku..hehe  

dalam pukul 6.30 pagi dah sampai dekat kawasan bawah. boleh cakap kawasan kaki bukit BB la. memandangkan time tu golap lagi, mata yang rabun ni ganda-ganda rabun jadiknya sebab tak ada bantuan pencahayaan. so, decide beli torch light yang tak sebesar tapi rege dia sebesar RM10 jugak. ayoyo. keperluan punya pasal tak po la. seploh hinggit pon seploh hinggit la melayang. janji aku nampak jalan..*1st time buat aktiviti macam ni. zero pengalaman. sebab tu tak taw apa keperluan dan kemahuan yang perlu disediakan.. 

dah lepas kawasan ladang kelapa sawit tu. excited tu ganda-ganda sebab time tu dah ramai  orang. misi depa pon sama macam aku dan kawan-kawan aku. nak tawan BB. hehe. depa pon mungkin firstime naik BB sama cam aku dengan kengkawan aku agaknya. mungkin jugak kedua kali, ketiga kali mungkin berkali-kali dah naik BB ni :)

dengan lafaz bismillah aku pon mendaki BB. perghhh. best dia jangan cakap lerrrr. so, aku hidangkan dekat angpa gambar-gambar aku kat sana. sila la usha dengan perasaan kagum dengan kencantikan & keindahan orang dalam gambar pemandangan yang terhidang depan mata aku tadi...


masa jejak kaki terus snap gambar ni. dalam pukul 7 macam tu la.  cantik kan? jeles x? hehe


berpeluh wa cakap sama lu. semput sekejap. tapi dah sampai atas terus hilang semput segala bagai nih :)


haha. muka penat tapi nak jugak bergambar tu!


kebesaran Tuhan..


memasing muka penat. check point pertama kami. ..


macam-macam manusia usaha nak tawan BB ni..


peace yo ! baru aku pasan. setiap gambar aku ada je  peace tu kan? haha

kan aku cakap. peace lagi..hahahaha


credit to photographer kami..ngehngeh


elele. hepi ler gamaknya tu...


sama senget macam lalang..huhu


terus mendaki...


pendaki termuda tadi. Iskandar Zulkarnain umur 5 tahun. energy kalah liza dengan zam yang pancit bapa kali..hehe.


steady je abang nih. siap bancuh air teh tuh. bawak payung bagai...



tetiba je ada gambar Dato' SM kan?....




tengok buaian depa naik tuh?


usha pokok, tempat & buaian tu k..
  

SEBABNYA...
-




-




-




-




-




-





-





-




-





-





-





hehe. ni la tempat depa shoot utk pre-wed depa dulu....

kan? tempat sama tu. excited bila jumpa buaian yang Dato' SM guna utk pre-wed dia :)


motif depa lempar kasut kat sini tak tahu la. maybe sebagai kenangan depa kot. kot aku lempar jugak  aku  nak turun tak pakai kasut? gerrrr

tak puas tengok eh? huhu. next time aku upload lagi dakisakibaki gambar yang cantik untuk tatapan angpa na. hehe. kalau angpa memang dah plan nak naik aku usulkan sila teruskan planning anda sebab anda akan berpuas hati bila dah sampai kat atas..hehe

next time insyaAllah dapat join aktiviti dari group abang baju merah ni. aktiviti & group yang aku tunggu-tunggu sekian lama. yeeehaaa.




lebiu  semua dari

Saturday, November 19

sapa matluthfi nih? tunang aku ke? kekasih gelapcerah aku ke? sapa dia wehhh?

jeng jeng jennnngggggg..hahahaha

b4 angpa terus tertanya-tanya sehingga boleh timbul gosip suam-suam kukukakiku, sila la tengok video kat bawah ni dulu. tengok sambil hayati dia punya maksud sekali...


video


woittt. tersentap hati nurani aku tengok video dari mamat kecik nih. angpa tersentap jugak ke? bagus la. hati kita belum buta untuk menilai perlian daripada orang lain.hehehe. kepada sesapa yang tak dapat apa-apa  hidayah & petunjuk lepas tengok video ni, sila bersihkan jiwa & hati anda ye. *peace yo !   

apa-apa pon ingat la petikan dari dalam video nih....

kepercayaan TANPA rasional = BUTA
rasional TANPA kepercayaan = KONTANG


dah tahu ke matlutfhi ni sapa? bukan tunang aku kan? bukan kekasih gelap mahupon cerah aku kan? dia kira artis utube yang setanding dengan inianwarhadi la jugakkkk..


nanti sambung merepek hal lain pulakkk ye !


lebiu  dari

Friday, November 18

ada sesapa yang pernah naik Bukit Broga tak. kecantikan dari atas tu sama tak dengan gambar dua ketul dekat bawah nih? 

wehhh, aku dah mengidam nak naik Bukit Broga nih. camno? dah baik punya planning dengan kengkawan yang lain nih. lampu hijau pon dah dapat dari Incik Tunang ni. hope menjadi la aktiviti hujung minggu nih. al-maklom la, minggu ni minggu last aku dekat N9. bila lagi aku nak ushar view dari BB ni kan? alang-alang dah duduk dekat dengan BB ambik kesempatan teruslah terokai kecantikan & keayuan BB ni. hehehehe


aku nak bergambar dari view ni jugak :(

tengok dari gambar kat atas tu pon aku dah eksaited bukan main. kalau dah sampai nanti agaknya dah tak nak turun bawah dah. ayoyoyoyo.


tapi masalah yang aku hadapi sekarang nih, kami minah-minah cun yang nak naik BB nanti belum ada guidance lelaki yang macho2 la. camno nak naik pepagi bebuta kalo tak ada seorang pun lelaki yang join. keselamatan nak kena fikir jugak nih. kalau ada yang nak join tapi tak macho pon kami terima janji dia lelaki sejati oke. tak mau lelaki half-half ni. takut nanti kami pulak yang kena guide depa nih...

ada sesapa kat sini yang nak naik BB tak Ahad nih? jom naik sesama nak? hehe  

cantikkan? sapa cakap tak cantik aku libas sembilanplohsmbilan kali..

jom-jom kita jelajah BB Ahad nih... 


Tuesday, November 15


hari terakhir aku praktikal menjadikan hidup aku sebagai pelajar ijazah sarjana muda pengurusan sumber manusia yang telah selamat mengikut salah satu syarat wajib untuk graduate..hehe. sangat hepi & sangat sedih.

tadi dekat opis aku diraikan dengan jamuan kecil oleh warga kpsm. itu petang punya hal la. tengahari pulak aku dengan akak-akak opis g makan kfc dekat tasik jaya. baru aku tahu tasik jaya pon ada kfc sebab kedudukan kfc tu tersembunyi sikit dari pandangan luar...hehehe

angpa layan la gambar yang sempat aku snap dengan handphone cap ayam di kaki lima..hehehe


monster senior aka mumu ;) *muka aku yang agak terbakar sebab mandi pd sabtu aritu...

monster junior aka nuyull ;)

memasing dah tunjuk muka lapar..hahaha..semua hantu 'atuk' nih..

lapa bebenor kak sham tu ye ;)

dah dapat makan kiri kanan tak pandang. dok nampak ayam depan tuh je ;P

sekian sahaja gambar aku dan mereka tengahari semalam semasa kuar makan. last day lunch dengan depa ;( so, sekarang aku nak tunjuk barangan yang aku dapat dari JKDM yang akan aku jadikan kenangan dari depa. aku tnagak menda alah semua tu aku akan ingat depa semua la. huhu


kau hado sijil cop kastam cenggini. siap PKNns sain lagi tu..tak de kan??????????

dapat tudung owning  tu. kaler merah taw.im lovin it ;p

key chain Kastam & Sabah Borneo ;)

towel kicik. sangat sesuai untuk lap hingus lepas tu lap muka..kihkihkih. tapi tidak sesuai untuk towel mandi taw. tak cukup nak tutup tempat yang sepatutnya..hahahaha


mug yang bermulut besar. sekali bancuh untuk sekali minum..hehehe

himpunan ksemua cenderahati dari Kastam untuk aku semalam ;) tqvm jkdmns...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...