BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Thursday, June 28



Dah lama rasa tak update blog picisan nih. Alasan sebenar aku adalah kerana Uitm sekarang nih menghadapi  masalah server. Tenet problemm. Dah dekat seminggu jugak tak update facebook dan blog. Ini pun kebetulan abang ipar aku tinggalkan bband dan laptop dia dekat rumah. Siap dia bagi kebenaran untuk guna laptop dia. Apa lagi lelaju je on laptop dia sambil makan ayam kfc. hiihihi


 Ekceli nak luahkan rasa hati aku sekarang nihh.*awan kelabu berarakk*. Saat ini hati aku berat hati nak melalui minggu ni. Kalau ada kuasa nak boleh aku stopkan masa kan? Tak pun kalau ada poket doraemon bolehh aku guna alat penghenti masa...Sobab yang sebonar-bonarnya, seorang kawan/lecturer/kenalan aku nih akan berpindah ke kampus cawangan. Kira minggu ni minggu last dia dekat uitm shah alam nih. Bulan 7 dah start kerja dekat tempat baru tuhhh.... :(

Kosong gilaaa aku rasa sekarang nihh. Lepas nihh sure aku akan kenang masa minum dengan dia dekat kafe menara tuhh. Nak-nak pulak bila tiba hari selasa dan jumaat. Sebakk kott sekarang nihh...:(( Harap aku pun tak lama dekat sini. Mintak-mintak interview minggu depan tuh aku berjaya lahh. Kena campak memana asalkan jauhh dari uitm nihh lagi baguss. Bolehh lupakan kejap kenangan maniss nih. Biar pun hanya duduk bersama untuk makan/minum/berborakk bagi aku itu sudah menjadikan ia sebagai kenangan maniss. Dengan orang yang kita hormat/kagum/suka apa pun akan menjadikan setiap perkara yang berlaku tuh maniss. Kan?

Apa-apa pun harap lepas nihh dia akan bahagia di tempat baru tuhh....

Monday, June 25






Dalam pukul tiga lebih tadi ‘smartphone’ aku memdendangkan lagu dari cerita Sarang Ee Shim Shim Hae Suh. Naikkk pulakk nombor yang aku tak kenal. Aku kesan tuh panggilan dari ofis tuh. Glurppp. Dengan melunakkan suara aku yang sedia lunak tuh [sambil muntah hijau] aku pun cakap jawab stended la. Cakap hello jekk. Pahtu dia pun says hello jugak then terus speaking London dengan aku. Dalam hati aku Company apa la yang tipon aku pulakk nih...


Lepas dia buat confirmation dengan aku baru dia bagitahu dia call dari mana bla bla bla.... Pastuh terus dia bagitahu sebab dan akibat dia call aku tuh. Ok. Aku dengar dengan teliti dia cakap tuh. Maklum lah speaking London. Aku nih pulak terror sangat  bab speaking London nihkan, haruslah dengar betul-betul dia bebel apa. Then, bila dia dah potpet-potpet tuh, bagi butir-butir fasal intebiu tuh aku pun bagi persetujuan nak attend. Then, aku bagi date yang aku nak attend...Kemain semangat aku bagi persetujuan tanpa fikir panjang. Fikir 1 minit je aku rasa. Tu pun sambil belek-belek kalender kengkonon nak pilih date mana yang aku nak pilih...siap boleh pilih nak intebiu bila. Hehehe
 

Peluang aku nak tukar kerja. Manalah tahu rezeki aku sebenarnya dekat situ. Berapa lama aku nak stay keja jadi RA nih kan? Gaji pulak cukup-cukup makan. Nak enjoy sangat pun kena pikir bebanyakk kali. Takut sesak tengah-tengah bulan. 

So, by 6th July aku akan attend interview dekat Wangsa Maju. Alamakkk, aku tak tahu nak ke sana macam mana. Gasakk jela. Aci redahh je nanti. Paling tidakk pun sesat area KL je. Masihh dalam Mesia lagiii kan? Kalau rejeki aku dekat situ agak-agak kemanakah tempat aku akan dicampakkan. Adakah ke Penang or Johor? Seperti yang aku harapkan sekarang nih. Motif aku nak kesana? Erkkk. Gerakk hati kuat sangat nak berada di 2 negeri tuh :P



Siapa single sila angkat kening macam aku nih ^,^". Siapa yang tak single tapi tetiba nak mengaku single pun bolehh silaa angkat kening gaya di atas! Motif? Senaman kening lepas lunch hour :) Hihihi


Ekceli aku nak share kenyataan barangkali. Yurp kenyataann yang aku dapat dan baca dari satu blog nih. Kenyataan mengenai 'Single'. Single yang dimaksudkan di sini ialah single yang betul-betul single okey! Bukan single but not available kekdah semua tuh. Single? Kenapa ehh sesetengah orang tuhh tersangat addicted untuk jadi single [erkkkk, betul ke ayat tu]. BTW, aku mengaku aku lebih senang single. Aku lagi rasa tenang dan hidup lebihh teratur bila single. Pernah bercinta sekali [koya je kan -,-'] pernah jugak bertunang sekali...tapi semua terputus di tengah jalan. Punca? Jawapan retisss 'Tak ada jodoh & jodoh tak panjang". 


Back to the main point okey! Berikut aku copypaste dari blog tuh. Ada sesetengah point tuh memang aku sangattt setuju dengan itu blogger bila dia kemukan point seperti di bawahh! Sila teruskan pembacaan sehingga habis. Tulisan yang aku condongkan tuu aku ulas mengikut pendapat dan citarasa aku... 



*pause*



Kenapa saya lebih suka single? It is because:

1) Boleh tumpukan cinta kepada Allah je. Senang je nak beribadah. Ini lah alasan pertama. Fikiran tak lah ke laut mahupun kelangit daripada memikirkan orang yang tak confirm jadi husband or wife, baik fikir kan Allah je, ada jugak faedahnya. Sekurang-kurangnya gugurlah jugak dosa, tenanglah hati yang mengingati Allah kan.
Tipu la kalau aku hundred percent cakap point pertama nih aku setuju. Aku nih bukanlah jenis yang warakk sangat. Tapi kalau berdasarkan penilaian aku setuju jugak dengan point nih


2) Tak membazir wang ringgit. Tak payah topup, tak payah gayut-ing. No morning text, wake up call, good nite message. haih, macam leceh je nak text semua benda. -,- Kalau sekarang ni pun selalu topup sebab hal kerja je. Ewah.
Bab toup bagai nihhh aku setuju sangat. Bila single nihh tak gadohh nak pening pikir pasal takk ada kredit nak mesej pakwe ke hape kekdahhnya. Tak ada kedit diam-diam jela. Orang lain mesej tak boleh nak reply apa ada hal, kalau benda tuhh penting pandai lahh depa nak tipon ke hape kan? Senang dan kejam kan? Muehehehe


3) Tak de siapa yang boleh membebel marah-marah. Belum sah halal lagi dah mengongkong.
Betul-betul [gaya upin ipin]. Nak join apa-apa aktiviti, nak keluar dengan kengkawan perempuan lelaki ke nak mesej sesiapa pun, nak g memana pun  tak perlu susah payah inform ke pakwe semua tuhhh. Tak ada orang nak mengongkong pun. Terlewat balikk rumah sikit, terlambat reply mesej  sikit ada jekk takk orang nak memarahh bagai...


4) Bebas berkawan dengan sesiapa sahaja. Yes, yang pasti masih dalam batasan ye anak-anak.
Betul-betul. Tak gadohh nak pikir dengan orang nih aku tak boleh kawan sebab pakwe aku dia cakap mamat tuhh hensengg nanti aku tergoda. Mamat tuh aku tak boleh kawan sebab pakwe aku cakap dia banyak $$ nanti aku tergoda. Mamat tuhh aku tak boleh kawan sebab pakwe aku cakap dia jambu macam Dafi nanti tido malam aku asikkk termimpi-mimpi. Aku tak boleh join la pakwe aku bla bla bla............Puihhh. Menyampahh aku dengan manusia spesis macam nih. Belum apa-apa lagi  pakwe aku cakap tak bolehh itu tak boleh ini. Adoiiii


5) Kurang sakit hati. Bagi saya la, sia-sia je ada rasa sakit hati. Kan kejap-kejap jeles la, lepas tu sakit hati la. lepas tu menangis la. Aduh. Jangan bagi air mata kita ni menangis pada perkara sia-sia, nanti Allah marah.
Bila mesej pakwe, lamaaaaaaaaaaa sikit baru dia reply kengkonon sibukk. Masa tunggu dia reply mesej tuh sakit jekk hati menunggu kan? Kicik punya hal nak gadohh. tak matang langsung! 


6) Tak buang masa. Kalau masa yang sepatutnya boleh la nak buat solat Dhuha ke, mengaji ke, berzikir ke, tapi bila couple, kena la sibuk jaga hati dia dengan call dia setiap masa, text dia selalu, errr macam-macam lah. Hati manusia sungguh-sungguh kita jaga, Allah? -,-  
Erkkk. Tak buang masa. yurp Aku setuju. 10 tahun bercinta belum tentu dia tuh jodoh kau!


7) Enjoy the silence. Orang kata sunyi bila tak de orang nak text, tak ade orang kita nak call. But hey, enjoy the silence lah :D How? Dapatkan ketenangan jiwa dengan berzikir kepada-Nya. Nak lagi best senyap-senyap masa malam tu bangun Qiamullail. See, macam mana kita nak enjoy the silence tu depends on kita sebenarnya. 
-Enjoy the silence-


8) Kurang bosan. Hari-hari menghadap muka sama je tak tahu lah nanti masa kawen nanti dah tak best. Makin banyak diteguk cinta sebelum nikah, makin kuranglah kenikmatan cinta selepas kawen tu.  
Tapi bagi orang yang syokkk bercinta tak kisahh pun nak menghadap muka pakwe 25jam. Yedak?


9) Kurang dosa. Dosa yang sedia ada ni pun rasa tak terkira dah. Malulah wahai hamba Allah, Allah terlalu banyak memberi tapi kita sendiri melupakan-Nya. Allah mencintai kita dengan nikmat tetapi kita membalasnya dengan maksiat.
Orang sekarang bercinta hebakkkk. Tangan siap merayapp je. Jalan mesti nak kena pimpin tangan. kengkonon nak tunjuk dia pakwe kau la kan?Tak rimas ke berjalan sambil pegang tangan. Adoiiii. Rimas aku. Dosa. Tak tahan tuh ada yang siap cium tangan masa nak berpisah. Pehhh. Mithali la sangat. Menyampah aku tengokk. Belum apa-apa lagi nak cium bagai. Belum sahh dia jadi imam kau la nak kena cium tangan bagai tuhhh!!!


10) Boleh fokus dalam matlamat (pelajaran dan sebagainya). Boleh belajar rajin-rajin, boleh dapat pointer tinggi-tinggi, boleh belajar ilmu agama tanpa had, kesimpulannya kehidupan lebih terfokus.
Ada yang lebih fokus bila ada supporter disebelah. Itu terpulang kepada diri masing-masing. Aku? Memana pun bolehh. Tapi selesa lagi bila single. For me Single is Simple, Couple is Trouble...


Ini dari pandangan diri sendiri la kenapa single dulu before akad tu lebih indah.





Orang kata bercinta berpada-pada, kalau terputus tak de lah merana sangat. Lagi-lagi usia muda yang memang tak tahu nak kawen bila kan. Maka wajarlah kita menumpahkan seluruh rasa cinta kita buat Allah. Bukan tak boleh, bukan salah. Okay.


Cinta itu FITRAH. Fitrah yang Allah bagi kepada semua hamba-Nya. Tak kan lah berdosa pulak jika kita rasa cinta tu kan. Tapi, FITRAH tu boleh bertukar jadi FITNAH bila dalam sesuatu hubungan tu korang ada buat apa yang Allah tegah. Tak semestinya niat nat kawen dengan dia tapi 24 hours kau berdua-duaan dengan dia. Niat tak menghalalkan cara. :) Ingatlah, even manusia tak boleh nak nilai niat kita apa tapi Allah tahu. Takpe, don't worry, masih punya masa untuk kita bertaubat dan menangisi dosa-dosa lalu. Better kita buru dulu keredhaan Allah.


SUMBER

Saturday, June 23



Tentang Wanita...

Silapnya seorang wanita ialah,
Bila dia percaya, maka dia terlalu percaya.
Bila dia menyayangi, maka dia menyayangi sepenuh hati.
Bila dia memberi, maka dia berikan segala-galanya.

Kerana itulah,
Bila berhadapan dengan seorang lelaki,
Wanita perlu lebih berhati-hati.

Janji manis dibibir itu,
Mungkin menjadi sembilu yang akan menghiris hati bertahun lamanya.
Impian dan harapan indah itu,
Mungkin menjadi selumbar yang melukakan.

Makanya,
Selagi belum pasti, jangan memberi sepenuh hati.
Selagi belum memiliki dan dimiliki secara halal dan sah,
Jangan memberi segala-galanya.

Bila kita terlalu mudah memberi,
Maka kelak nanti kita akan sangat sukar melepas pergi.” 

Friday, June 22




Detik dan tika ini aku menemani kakak aku di PPUM. Akak aku baru lepas operation petang tadikk. Masukk bilikk bedah pukul 9 pagi keluar pukul dekat pukul 5 petang. Kemainn lama lagii doktor mengoperate akak aku tuh ye! Mak aku dekatt kampung kemain risauu lagii. Pukul 2 tipon aku dok mengadu risau akak aku tak keluar-keluar lagii. Mak aku cakap kalau dekat Ipohh mak aku dahh datangg dahh. Tapi mak aku dekat kampunggg. Susahh nak tinggal sebabb abahh aku sekarang nihh tak sihatt. Demam siapp package dengan muntahh sekalii :( *risau dengar abah demam*


So, aku selitkan sekeping gambar akak aku. Tang bahagian operate jelah. Korang doakan moga sel tuh bukan sel kanser taw. Jauhi la akak aku dari sebarang penyakitt. Doakan moga dia cepat sembuhhh...







*pause*


Lepas belek-belekk fb. Terpandang satu status ni...


‎"Bila kita terlalu mudah memberi, Maka kelak nanti kita akan sangat sukar melepas pergi.” oleh: Dato' Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar









Duhai calon ibu mertuaku,
Perkenalkanlah, saya adalah wanita biasa dengan keperibadian yang teramat biasa
dan dari kalangan keluarga yang biasa sahaja
Saya bukanlah Khadijah ra,
Seorang wanita yang luar biasa dalam Sejarah wanita Islam…dan teramat Mulia

Saya bukanlah Aisyah ra, Seorang yang baik dalam ketakwaannya
Bukan pula Fatimah Az Zahra yang sangat terkenal dalam Ketabahannya
Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat cantiknya
Apalagi al Khansa yang sangat pandai mendidik mujahid – mujahid kecilnya

Tetapi, seperti yang saya katakan, saya hanya wanita biasa,
Dengan ketakwaan yang biasa
Ketabahan yang tak seberapa,
Dan kecantikkan saya pun tak layak di perhitungkan

Namun ibu,
Saya adalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita – cita, menjadi wanita Solehah
Yang akan berusaha mengabdi pada calon Suamiku
dan juga padamu….. 


Calon Ibu mertuaku
Saya bukanlah musuh mu yang hendak merebut perhatian dan kasih sayang anakmu 
Tetapi saya akan menjadi rakan mu untuk memberikan kasih sayang pada anak mu 
Dan kelak pada mujahid – mujahidaku, calon cucu mu duhai ibu, 

Engkau tak perlu khuatir ibu,
Saya tak akan memonopoli perhatian anak mu
Justeru saya akan menjadikannya lebih taat padamu

Kerana akan saya katakan padanya bahawa
engkau lah yang utama patut mendapat perhatiannya barulah saya
Saya pun tak akan marah jika engkau membantu mengatur rumah tangga ku
Kerana sebagai wanita yang baru menikah patutlah saya belajar darimu yang berlimpah pengalaman
Dan engkau yang lebih tahu keinginan anakmu 


Duhai Calon ibu mertuaku
Saya harap kita dapat menjadi rakan yang baik,
Kerana pernikahan adalah membuka tabir rahsia antara aku dan anakmu
Memerlukan banyak kesabaran untuk menghadapi banyaknya kejutan – kejutan dari perbezaan antara kami,
Saya berharap engkau dapat menjadi penasihat jika ku sedang dalam ke alpaan
Menjadi pendengar yang setia saat saya ingin mengadu
Kerana sekali lagi saya bukanlah siti hajar yang sabar dalam penderitaan


SHARE FROM

Thursday, June 21



Seawall pagi tadi akak aku bertolak ke PPUM untuk operation tiroid dia. Ekceli, operation tuhh esokk pagi tapi dia dah kena masukk ward pepagi nih. Untuk apa? Itu aku belum pasti. So, anak-anak dia seramai tiga orang tuh diamanahkan kepada aku untuk dijaga. Yess! Boleh buli bebudakk tuh. Hahaha.




Tak susah pun nak jaga bebudakk tuh sebab memasing dah besarr. Yang kecikk tuh jela agakk buas dan sedikit menjawab. Biasalahkan, bebudakk hingusan nak membesar cenggitulah. Kekadang tuh hilang jugak sabar dengan karenah depa tuh. Adoiiii. Naikk pening kepala taw!

Untukk arini, masak makan minum depa atas aku la [untuk malam jela]. So, balikk kerja nanti mula tugas aku sebagai pengasuhh separuhh masa! Nak masak apa eh untuk depa tuh? Erkkk. Kena balikk tengokk barang-barang dalam fridge dulu baru bolehh decide nak masakk apa. 

Dijangkakan aku kena tengokkan bebudakk tuh sehingga ahad nih. Harap-harap akak aku dah bolehh keluar ward lah ahad tuh. So, doakanlah akak aku selamat menjalani pembedahan tuh. Aminnnnn




*Pause*



Sepatutnya mak aku datang umah akak aku petang nihh tapi kemarinn makk aku tiponn gitau abah aku demam. Ohmaiii. Naikk lemahh aku dengar abahh aku demam. Huhu. Terus rasa nak ambikk cuti seminggu balikk kampong tolong abahh aku dekatt bukit durian. Yang kesiannya, mak aku gitau adikk perempuan aku si Mastura tuh lah sekarang yang dok menolong abahh aku dekat bukit durian tuhhh. Seawall jam 7 pagi dah keluar dan balikk pulak 6 lebihh cenggitu. Ohmaiii. Kesian adikk aku. Lagi sebakk bila makk aku cakap anak perempuan dah serupa gaya anak jantan dahh. Asikk dokk menolong abahh dekat bukit. Dapat aku bayangkan!


Mak aku pun pernahh cakap macam tuh jugakk dekat aku suatu masa dulu. Mungkin disebabkan kami dah diajar dengan kerja-kerja berat kot. Al-maklum lah, dalam keluarga aku kurenggg kaum adam nih. Abah aku dan adikk lelaki aku sorang tuh je. Adikk lelaki aku sekarang pulakk kerja dekat nunnnn di Johor. So, macam mana? Nak tak nak anak yang ada dekat umah tuhh la kena tolong abahh dia. 


Nak biarkan abahh buat sorang-sorang? Erkkk. Memang tak tergamakkk aku wehhh. So, tak mustahil lahh time aku study dulu [waktu cuti sem lahh] aku pernah tolong abahh aku menorehh getahh. Satu pegalaman yang mendewasakan dan mematangkan aku. Baru tahu penat lelah makabah aku keluar mencari rezeki. Dari awal menorehh sehingga kutip getahh ketul tuhh semua aku dah pernahh buat. Bau dia? Korang jangan cakaplah. Melekat dekat tangan dua-tiga hari baru akan hilang. Walaupun penat tapi seriuss aku enjoy sebab aku hargai pengorbanan makabah aku besarkan aku dan bagi pendidikan dekat aku sampai aku Berjaya gengam segulung ijazah. Itu hadiah untukk family aku setakat ni...


Bila renung-renung balikk keadaan keluarga aku, terlintas nak pilihh calon suami yang bolehh terjerumus dengan aktiviti macam tuhh. Tak nak yang 'bandar'. Nanti komen sana komen sini. Biar sama-sama asal dari keluarga yang susah. So, baru tahu hargai apa yang dialami. Aminnn. Kalau dahh jumpa nanti nak buat acara lawan panjat pokokk la. Tengok siapa lagi cepat! KihKihKih


kawasan kebun yang biasanya dikelilingi hutan dan nyamukk yang banyak dan degilll



Sumber Google


Sumber Google





Kami sulit menahan pandangan mata kami ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah kecantikan dan postur yang ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerena itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian..
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan
kerudung yang membentang.

 [pendekk kata jangan pakai baju sempit-sempit dan berhijablah so, tutuplah aurat]


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah suara yang merdu
dengan irama yang mendayu…
karena itu tegaskanlah suara kalian!
tatkala berbicara berhadapan dengan kami..
dan berbicaralah seperlunya sahaja.
Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi tempat
untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala..
akan sering terisi oleh bayangan-bayangan kalian,
karena itu janganlah kalian membiarkan
kami menjadi curahan hati bagi kalian..

[bila berborak tuh jangan la tergedik-gedik kalahkan jeli yang lembikk lembikk tuh] euuwww


Kami tahu kami insan lemah,
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah
bisa luluh hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar ketika mendengar
dan melihat kalian menangis...

[jangan murahkan airmata anda depan lelaki. takk tahan jugak korang larikk masukk toilet meraungg la dalam tuh dulu. dah tenang baru tunjukk muka cool depan depa. Ehhh! Boleh ke?]
 


Sungguh ALLAH telah memberikan amanah
terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu jangan
sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.
Maha Besar dan Maha Suci Allah
yang tahu akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.
“LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..
YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,
 

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikat silih berganti
menemani kami siang dan malam agar iman kami dapat dijaga…

Wednesday, June 20






Hairan bin pelikk la. Apa pasal facebook arini eh? Dari pagi tadi sampai sekarang aku tak boleh nak view fb secara normal yakni tak boleh nak view macam biasa. Tiap kali aku log in fb akan jadi macam gambarr di bawahh. 





Erkkk. Ke jadi dekat aku seorang je? Korang jadi macam aku jugak ke? Puas aku klikk. Tak ubah apa-apa pon :(




Tengah membelek purse merah [sebab nak turun cafe kejapp lagi] dengan tujuan nak tengok apa la yang banyak sangat sampah dalam purse aku tuh sampai saiz dia besar kemain lagi. Besar dan tebal sebab duit tak apa jugakk. Ni besar dan tebal sebab resit dan kertas tak guna. Ekceli, purse aku ni pun dah dilahirkan besar secara semulajadi dah pun..


Gambar Hiasan

Tengah membelek-belek purse tadi tetiba teringat satu hal nih. Tak silap aku hujung bulan empat aritu time aku balikk kampong. Tak pernah seumur hidup aku [dah 26tahun] mak aku selongkar purse aku, tetiba arituh, mak aku tanya “Dalam purse tuh ada surat saman sapa tuh?”. Terkejut kemain aku. Mak aku selongkar purse aku ke? Mak aiii. Kemain mak aku ni ehh. Nak korekk rahsia aku lettewww. Mungkin mak aku pikir dalam purse aku tuh ada gambar jejaka idaman hati aku kot. Mungkin gambar seseorang yang mempengaruhi aku dengan membuat keputusan sebegitu rupa. Keputusan apa? Jeng jeng jeng! Biar la rahsia.


Aku gitau makk aku. "Tuh bukan saman orang pun. Tuh samann kawan orang nak si polan [merujuk kepada nama bapak kawan aku]". Mak aku kenali dia. Rata-rata kengkawan aku semua makk aku kenal sebab depa selalu datang umah aku. Datang lepakk-lepakk tiap kali balikk kampung dan tiap kali hari raya. Lepas tuh aku cakap dekat mak aku. "Amboi makk, sejak bila pandai selongkar purse orang nih. Nih mesti nak cari bukti kan dalam purse orang tuh. Mak jangan risau la makk. Orang belum terpikir lagii nak simpan gambar lelaki dalam purse orang tuh. Keputusan yang orang buat tuh pun bukan sebab lelaki lain".


Lepas aku cakap macam tuh mak aku pun tak cakap apa-apa dahh. Diam sudahhh. Aku tahu, mak aku mungkin ingat pasal lelaki lain aku berubah. Oh no! tidak sama sekali ye :P


Sekarang mak aku dahh dapat terima kenyataan atass keputusan yang aku telah buat. Mintakk maap makkabahh sebab terpaksa buat keputusan macam tuh. Orang nak cari kebahagian hidup untuk tempoh yang lama bukan untuk setahun dua...

Tuesday, June 19




Hujung bulan ni balikk kampong. Motif utama nak balikk attend majlis kawin BFF aku. Sepatutnya aku jadi pengapit dia aritu. Hope dia dah jumpa orang lain yang relahati jadi pengapit. HeHe. Kalau tak ada orang terpaksa la aku jadi pengapit dia. Choyyyy! Aku tak gemar sangat jadi pengapit. Segan kottt orang kemain ramai usharr pengantin time tuh, nak tak nak pengapit pun tumpang glemerrr sama. Owhh. Itu bukan diri aku nak tumpang-tumpang glemerr ni. Tumpang kereta tuh baru diriku. Ekeke. Almaklum la belum ada kereta sendiri. Jangan kata kereta, lessen kereta pun belum ada. Jangan kata lessen kereta nak bawak kereta pun aku belum pandai. Hahaha. So, selayaknya aku jadi penumpang kereta kengkawan jela. :p


Untuk meraikan hari bahagia kawan aku tuh, aku telah  mengsponsorkan bunga pahar untuk dia. Bunga-bunga tuh aku DIY taw. Tak main la order-order bagai nih. Buat sendiri lebih jimat dan puashati. Puas hati ke? Sikit tak puas hati sebab ada senet benget. Muahaha. Ala, kemaafan akan diberikan untuk orang yang baru belajar buat sendiri macam aku. Nak tengok hasil? Aku masukk sikit je taw. Karang kawan aku dah rasmi guna baru aku show off lagi. Kira kawan aku tuh nak surprise la bunga telur dia tuh…



 Aku sesaja BW kan bunga ni. Elemen surprise la kononnya. HeHe


Design bunga tuh lebih kurang macam yang aku buatkan untuk kazen aku dulu. Yang berbeza adalah warna dan saiz riben. Aku memuji bunga untuk kawan aku nih lebih kemas sebab aku buat awal berbanding yang kazen aku tuh. Pukul 3 pagi baru siap sebab pukul  1 tuh baru sampai rumah. Pukul 10 dah nak kena antar ke rumah kenduri. Yang kawan aku nih aku da siapkan semua. Enampuluhempat batang. Janji dengan kawan nak bagi limapuluh jekk. Siap awal lebih kemas sebab ada masa yang panjang untuk perkemaskan apa yang patut dikemaskan. 


Entah bila kawan aku nak datang ambikk nih. Jangan dia suruh aku bawak balikk sudah. Kepulangan aku tak dijangka bila dan bagaimana. Ekeke. ikut perancangan kawan aku nak ikut balikk sama hujung bulan nih. Dia cakap nak pergi makan durian. Betul ke motiff dia nak makan durian ke ada motiff lain. Haipppp! Kak Keen jangan fikir bukan-bukan taw! Jumaat ni akan dapat kata putus samada dia jadi ikut ke tak. Kalau dia tak jadi weekend ni kena turun carikk tiket balikk. Phewww. Malas pulakk nak balikk naikk bas :'(


*mintak-mintak dia jadi ikut balik8




Bunga pahar kawin kazen aku bulan lepas. HeHe. Sila komen ye pasal bunga tuh. Jangan komen pasal penggunaan bahasa dalam entri nih pulak :)



Motif sampingan balikk kampong hujung bulan ni adalah kerana nak balikk makan durian plus nak pergi bukit durian abahh aku. Huhu. Last pergi masa musim durian tahun lepas. Kira setahun sekali la lawatan aku ke bukit durian abah aku tuh :P. Lawatan tahun lepas korang boleh baca ENTRI ni... 

Monday, June 18











Haiii. Memandangkan sekarang musim durian dekat kampong aku, so, minggu lepas ada kiriman buah durian dari kampong untuk anak-anak di perantauan. Terbaaikkkan makk aku? Sayang maksu. Ekeke. Kiriman melalui Pak Ndak aku. Bukan buah durian je mak aku kirim siap dengan buah manggis lagi. Tuh nasib buah dokong belum masakk. Kalau dah masak aku yakin mak aku akan kirimkan sekali buah tuh. Buah rambutan? Tahun nih tak ada rezeki gamaknya kot nak makan rambutan. Pokok abah aku tak menjadi...


Memandangkan dalam lima biji buah durian yang dikirim tuh besar. So, dalam 2 bijik jugak la aku buah bubur aka serawa durian. Ekceli, aku buat bubur nih petang semalam. Dalam kul enam lebih bangun dari tido terus capai periuk belanga masukkan segala bahan untuk buat bubur. Dah siap masakk lepass isyak cenggitu aku hulurkan sikit untuk jiran kiri dan kanan, pengasuh anak buah aku dan sorang lagi jiran. Pulangkan balikkk bekas kosong yang depa bagi, kang pulangkan bekas kosong jekk tak manis pulakk kan? Alang-alang aku buat bubur tuh aku sedekahkan lah untuk depa sama. Sama-sama merasa. Kalau sedap boleh aku buat lagi nanti :P


Memandankan lebihan bubur semalam ada lagi, so  aku bawak la datang opis sikit tadi. Siap bawak roti nak cicah. Sesampai jekk opis terus aku offer bebudak dalam nih. Time depa makan nasib depa puji. Harap pujian ikhlas la tuh. Depa kata sedappp. Lepas depa cakap macam tuh terus spontan aku cakap ‘dah boleh kawen la kan?’ hehe. Tup-tup baru terfikir. Ada hati nak kawin ye. tak sedar ke diri tuh baru putus tunang? Glurppp. Kekadang tuh terlupa kejap status diri nih. 


Kepada hantu durian tuh, cepat-cepatlah dapatkan durian di pasaran dan cepat-cepatlah buat bubur aka serawa durian. Jangan lupa cicah roti sekali. Tak nak roti pon okey korang gantikan dengan pulut. Tapi nak guna pulut leceh sikitt la. Nak kena kukus lagi pulut tuh. Nak tunggu pulut tuh lembut kemain lama. Baikk beli roti jekk. Senang, cepat dan lazat. kekeke  







Inilah bekalan aku pagi tadi. Akibat makan durian banyak sabtu aritu badan aku sejuk panas je sekarang ni. Semalam pulak makan bubur durian. Panas jekkk kepala...HuHuHu. Minum banyakk air insyaAllah tak akan demam. HeHe 




*pause*



Aku nak share macam mana nak buat bubur durian versi Kak Keen buat


bahan-bahan yang aku guna....


Isi durian secukupnya
Gula sehabis tawar
Garam secubit masin
Daun pandan untuk mewangikan jekkk
Santan secukup lelemakk


Korang campur jekk semua bahan-bahan tuh kemudian kacau perlahan-lahan sehingga mendidih. Dah mendidih tuh agak-agak dah naikk bau tuh, ada rasa lelemak sikit pastuh korang masukkan pati santan sikit.  Kacau-kacau tutup api dapur hidangkan bubur tuh.

Itu je resepi rahsia aku. Kalau ada bahan lain yang korang biasa guna untuk masak bubur durian ni boleh la share sama ye. Tak salah aku, aku pernah makan bubur durian yang depa guna gula merah. Itu bubur versi negeri apa eh? Korang tahu tak??

Friday, June 15


China – Beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang ibu muda terbaring di katil hospital bersama bayinya yang berlumuran darah selepas wanita itu dipaksa melakukan pengguguran ketika mengandung tujuh bulan, telah mencetuskan kemarahan penduduk di negara yang mengamalkan dasar satu anak satu keluarga itu.

Gugur Kandungan

Wanita itu, Feng Jianmei memberitahu media tempatan bahawa dia telah disuntik dengan bahan kimia untuk memaksa kandungan itu digugurkan, namun selepas 36 jam, bayi berkenaan masih belum dapat dikeluarkan.

Keadaan itu berlaku selepas Feng, yang telah mempunyai seorang anak, didenda membayar sebanyak £4,000 oleh pihak berkuasa tempatan kerana mengandung kali kedua.

Memandangkan dia tidak mempunyai wang untuk membayar denda itu, maka satu pasukan daripada unit perancang keluarga telah membawa wanita itu ke hospital untuk membolehkan pengguguran dilakukan.

Feng Jianmei

“Saya memaklumkan bahawa saya tidak mempunyai wang kerana ibu mertua saya memerlukan duit untuk rawatan kansernya, dan selepas itu 20 orang kakitangan unit berkenaan telah datang ke rumah saya untuk dibawa ke hospital.

“Saya cuba melawan namun dipukul. Di hospital, saya telah disuntik dengan dos untuk membunuh bayi dalam kandungan. Ketika itu tiada seorang pun anggota keluarga saya yang dibenarkan berada di situ,” katanya.

Dalam pada itu, seorang aktivis yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Chai Ling berkata, kejadian yang menimpa Feng menunjukkan bagaimana polisi satu anak satu keluarga telah menyebabkan keganasan menimpa wanita setiap hari di negara itu.

Aktivis All Girls Allowed itu turut memaklumkan, mereka telah bercakap dengan Feng dan suaminya, Deng Jiyuan selepas kejadian itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Perancang Keluarga, Li Yuongjou, menafikan insiden berkenaan sebaliknya memberitahu ‘Feng sendiri yang bersetuju untuk menggugurkan kandungan itu selepas beberapa pihaknya memberikan kesedaran kepada wanita berkenaan mengenai polisi terbabit.

Setakat ini tidak diketahui bagaimana Feng berjaya merakamkan gambar berkenaan namun aktivis percaya gambar itu adalah tulen.

Thursday, June 14





Kalau di kampung-kampung, kita biasa akan melihat buah kelapa akan bertunaskan pokoknya sendiri. Tetapi perkara ini tidak berlaku kepada penduduk di Kampung Peracak, Ogan Komering Ulu (OKU) Timur di Sumatera Selatan. Ini kerana mereka semua terkejut apabila menemui sebiji buah kelapa ditumbuhi pokok pisang. Pokok pisang setinggi kira-kira 80 sentimeter yang tumbuh pada buah kelapa itu ditemui oleh Muhamad Edi, 52, warga RT 02, kampung Peracak, mukim Bungamayang.

Dia menemui buah kelapa pelik itu ketika sedang menanam jagung di ladang rakannya, Komar, dua minggu lalu. Menurut Edi, sebelum dia menemui buah kelapa itu, dia terhidu bau bunga melati.

“Ekoran bau bunga itu sangat kuat, saya dan Komar berusaha mencarinya tetapi sebaliknya menemui buah kelapa ini,” katanya kepada Sripoku.com. Edi berkata, buah kelapa bertunas pokok pisang itu ditemui di atas timbunan kulit kelapa di tempat pengupasan kelapa.

Kejadian seperti ini sememangnya amat jarang sekali kita dengar. Akan tetapi kisah-kisah pelik yang berkaitan dengan pokok pisang banyak juga yang ktia dengar. Semua ini adalah tanda-tanda kekuasaan Allah SWT.


SUMBER


Nak kongsi satu cerita nih. Semalam masa balik dari kerja macam biasa aku akan lalu highway LKSA untuk balikk ke rumah. Highway tuh time peak hour jalan harus akann jammed. Kebiasaaanya aku akan ambikk lorong paling kiri sekali la tapii semalam aku ambikk lorong tengah tapi ikut line putih tuhhh. Kira aku tak makann jalan orang la, fair aku dok tang tengah-tengah. Jalan semalam pulak aku tengok agak jamm. Dalam pukul 6 cenggitu. Kelajuan macam biasa la 60km/j. Ni aku merempit okey! Bukan bawak kereta. Gila kauu bawak kereta 60km/j nakk kena langgar dengan basikal ke bawak slow macam tuh. Kalau basikal potong pun dia sengih jekk tengokk bawak kereta slow macam siput sedut...


sengih macam nih je kalau orang bawak basikal tengok kau bawak kereta 60km/j  atas highway

Dalam dok berhati-hati merempit dekat tengah-tengah tuh tup-tup dengar bunyikkkk brekk kecemasan dekat sangat dengan aku. Pastuh, dummm. Ayat yang keluar dari mulut aku Allahhu Akbar jekk la. Dalam hati tuh terkejut jugak la sebab bunyikk dekat jek. Tup-tup selang sebuah kereta depan aku jekk rupanya accident tuh. Nasib jalan jammed so, accident tuh tak lah terukk sangat sebab memasing bawak slow. Kalau boleh accident tuh pon sebab depa follow rapat sangat tak dannak breakkk debummm la Tapi tak teruk pun aku tengok kemekk jugak la kereta yang kena langgar tuh. Lupa pulak nak gitau, teksi cium bontot vios. Huhu. 


Tuh jela nak gitau pun. Balikk rumah aku sambung siapkan bunga telur kawan aku tuh. Kemain semangat sampai jari aku tecucuk dawai. Sedappppp oooo tercucuk dawai. Nanti dah siap semua bunga telur tuh aku buat entri. Kawan aku tak kasi aku upload awal-awal selagi dia belum sanding. Nak surprise lettew kononya ye ;)

Wednesday, June 13







Tuesday, June 12



Kebersihan kuku adalah sangat penting. Melalui kuku juga kita dapat gambarkan perwatakan seseorang itu. Penjagaan kuku adalah sama nilainya seperti menjaga kecantikkan kulit,rambut dan anggota badan lain juga. Akan tettapi masih ramai tidak ketahui bagaimana ingin menjaga kuku supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cantik.

Banyak keburukan yang bakal timbul sekiranya kita tidak menjaga kuku dengan baik. Antara penyakit yang boleh terken apada kuku kita seperti kuku mudah patah, cagu, berwarna kekuningan dan mudah merekah. Ini akan menjejaskan penampilan kita. Sebaliknya mula kan lah dari sekarang menjaga kuku anda. Antara tips tradisional yang dapat membantu anda ialah seperti berikut.


LIMAU NIPIS


Gunakan limau nipis sebagai merawat kuku anda. Gosokkan limau pada kuku dan biarkan selama beberapa minit kemudian cuci dan hasilnya kuku anda akan kelihatan cantik.


BELIMBING BULUH


Bersihkan kotoran dicelah-celahkku anda, kemudian ambil belimbing buluh gosokkan dikuku anda. Pastikan kulit luar belimbing juga digunakan sekali gus untuk menguatkan kuku.


KUNYIT HIDUP


Kunyit hidup dapat membantu menghilangkan bau kurang enak pada kuku. Campur parutan kunyit dengan minyak kelapa dan titiskan pada tempat yang diinginkan kemudian lap dengan tuala yang agak panas. Akhir sekali lap dengan kering dan lihatlah hasilnya.


BAWANG PUTIH


Bawang putih sangat baik untuk kuku yang mudah patah. Caranya gosokkan bawang pada kuku yang rapuh sekerap mungkin. Ia dapat membantu menguatkan struktur kuku anda. Bawang putih juga boleh menggilatkan lagi kuku anda.


GETAH BUAH BETIK


Getah buah betik baik untuk membersihkan kulit di luar kuku agar tidak mudah pecah dan menjadi tidak mudah kering. Ia dapat melindungi kuku anda dengan baik jika dilakukan dengan kerap.

Monday, June 11


Epal yang kurang berkualiti amat mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?


Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan dirinya menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan martabatnya begitu tinggi sehingga tiada sesiapa yang berani memetiknya.


Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan di dunia, tapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia, asalkan cinta Ilahi mengiringi…


Pengajarannya, janganlah dikau wahai wanita merendahkan darjatmu hanya semata ingin berteman. Setiap dari kita sudah tetap akan jodohnya, tetaplah berada pada darjat istimewamu, pastinya lelaki yang terbaik sahaja berjaya ke tempat kedudukanmu.


Jangan pula terlalu bangga diri, keras hati, dan merasakan dirimu terbaik kerana tiada lelaki ingin wanita sebegini. Biarlah malumu menjadi perhiasan, akhlakmu menjadi perlindungan, dan kelembutanmu sebagai kelebihan.




Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.


1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?



2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)



3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)



4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)



5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.



6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...