BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Monday, June 25






Dalam pukul tiga lebih tadi ‘smartphone’ aku memdendangkan lagu dari cerita Sarang Ee Shim Shim Hae Suh. Naikkk pulakk nombor yang aku tak kenal. Aku kesan tuh panggilan dari ofis tuh. Glurppp. Dengan melunakkan suara aku yang sedia lunak tuh [sambil muntah hijau] aku pun cakap jawab stended la. Cakap hello jekk. Pahtu dia pun says hello jugak then terus speaking London dengan aku. Dalam hati aku Company apa la yang tipon aku pulakk nih...


Lepas dia buat confirmation dengan aku baru dia bagitahu dia call dari mana bla bla bla.... Pastuh terus dia bagitahu sebab dan akibat dia call aku tuh. Ok. Aku dengar dengan teliti dia cakap tuh. Maklum lah speaking London. Aku nih pulak terror sangat  bab speaking London nihkan, haruslah dengar betul-betul dia bebel apa. Then, bila dia dah potpet-potpet tuh, bagi butir-butir fasal intebiu tuh aku pun bagi persetujuan nak attend. Then, aku bagi date yang aku nak attend...Kemain semangat aku bagi persetujuan tanpa fikir panjang. Fikir 1 minit je aku rasa. Tu pun sambil belek-belek kalender kengkonon nak pilih date mana yang aku nak pilih...siap boleh pilih nak intebiu bila. Hehehe
 

Peluang aku nak tukar kerja. Manalah tahu rezeki aku sebenarnya dekat situ. Berapa lama aku nak stay keja jadi RA nih kan? Gaji pulak cukup-cukup makan. Nak enjoy sangat pun kena pikir bebanyakk kali. Takut sesak tengah-tengah bulan. 

So, by 6th July aku akan attend interview dekat Wangsa Maju. Alamakkk, aku tak tahu nak ke sana macam mana. Gasakk jela. Aci redahh je nanti. Paling tidakk pun sesat area KL je. Masihh dalam Mesia lagiii kan? Kalau rejeki aku dekat situ agak-agak kemanakah tempat aku akan dicampakkan. Adakah ke Penang or Johor? Seperti yang aku harapkan sekarang nih. Motif aku nak kesana? Erkkk. Gerakk hati kuat sangat nak berada di 2 negeri tuh :P

4 Comments:

  1. nora saniey said...
    gud luck sister!
    Kumbang Jingga said...
    semoga berjaya dlm interview tu
    Mizs Nrsyikin said...
    @nora

    thanks nora...
    Mizs Nrsyikin said...
    @kumbang jingga

    terima kasihhh. mintak2 la bjaya intbiu tuh nti...

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...