BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Tuesday, April 30


Berikut senarai pantang dan larang bagi bakal pengantin di luar sana… n___n"


 

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelak tohmahan masyarakat. Selain tu ia bertujuan utk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Ini akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jangan tidur di rumah orang takut terkena ilmu hitam. ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3.Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.

4. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yang berbau busuk spt petai dan jering.

6. Jangan bercermin terutama lepas maghrib bagi mengelak diri terkena sihir.

7. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

8. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yagn tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

9. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

10. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi sendi.

11. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (sesetengah adat).

12. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.

13. Elakkan terlalu bnyk makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

14. 3 bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin lebih bertenaga.

15. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.

16. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin.

17. Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtanggan aman dan damai.

18. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

19. Cukupkan waktu tidur 7 – 8 jam sehari.

20. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

21. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

22. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.

23. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

24. Banyakkan baca surah2 bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

25. Jangan makan sebebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

26. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

27. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

28. Jangan bercelak atau berlanggir serta memotong rambut seminggu sebelum ijab kabul.

29. Jika nikah gantung tidak boleh bersama.

30. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.

31. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari khianat orang.

32. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penah dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
 
33. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

34. Elakkan makan dan minum spt sayur bersifat sejuk spt kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agak muka nampak segar.

35. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

36. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

37. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketiak majlis berlangsung.

38. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

39. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

40. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

41. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

42. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

43. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.


Orang2 tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supanya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...