BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Monday, April 30



“Aku dan dia dah putus…”

“Kenapa?”

“Aku dah tak sayangkan dia. Pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau tak kesiankan dia? Dia sayang kau…”

“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik, lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah tak mampu…”

“Buatlah apa yang kau rasa terbaik….”




selepas seminggu.

“Aku geram. Dia tipu aku. Lepas seminggu baru aku tahu…”

“Kenapa? Apa yang dah jadi…?”

“Dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih…”

“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku dah longlai. Separuh mati aku terluka. Rabak. Koyak. Patah….”

“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…Tidurlah dah lewat…”

“Aku tak boleh stop. Mata aku tak boleh nak lelap. Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….”


beberapa minggu kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“Kau ada jawapan?”

…senyum “Ada…Mudah.”

“Apa dia?”

“Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan. Kau nak tahu?”

“Kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang tak hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah seminggu. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“Maksud kau?”

“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa, duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”

“Teruskan aku dengar…”

“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah, tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…Rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…Sebab tu, lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“So sekarang?”

“Aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“Lelaki? Cinta?”

“Hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”

“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”

“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah. Aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Aku khilaf sebab aku tahu Allah sentiasa ada. Cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar dan faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur ”




MANUSIA BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain

MANUSIA PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain

MANUSIA BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….




footnote: Semoga Bermanfaat






Masuk hari Isnin/Monday je mesti mood nak kerja tuh tak berapa nak menyerlah. [Monday Blues] Mungkin sebab hari pertama kerja kot plus esok pulak cuti umum. Yeyehhh. Esok cuti lagi. Baru masuk kerja esok dah cuti balikk. Semangat sikit bila sebut cuti tuh.



Cuti sehari esok apa plan korang? Ekceli aku dah plan dengan kawan-kawan aku nak naik Bukit Broga [BB]. Tawan untuk kali kedua. First time naik masa tahun lepas 20/11/2011. Esok akan jadi kali kedua.



Lepas habis kerja nanti aku akan gerak ke Senawang dulu. Stay sana kejap sebab pepagi subuh esok dah nak gerak. Kalau first time naik tak dapat engok matahari naik sebab cuaca mendung. Hopefully esok dapat tengok matahari naik dari puncak BB. 



Korang tahu tak BB terletak dekat mana? Cantik ke idak tempatnya tuh? 
Kalau nak tahu sendiri, korang gunakanlah hikmat Mr Google yang sentiasa membantu. Dr Sheikh Muzaffar buat pre-Wedding dia dekat sini la dulu. Buaian yang Dr Halina naik tuh pun ada lagi dekat situ taw. [Masa aku naik dulu ada lagi. sekarang tak sure] Eh. Yang dakian pertama dulu aku ad buat entri la. Korang baca entri BB-Aku-Jatuh-Hati-Part1 dan entri BB-Aku-Jatuh-Hati-Part2. Sebelum tuh korang layan la gambar lama aku naik BB dulu tuh

















Kalau korang berminat nak naik jomlah. Nanti jumpa atas puncak bukit sana ye :)

Thursday, April 26






Aku Hanya Wanita Biasa,
Tampak Sempurna Di Luarannya,
Namun Hakikat Masih Memerlukan Seseorang,
Untuk Menyempurnakan Kehidupanku..



Dan Buat Adamyang Bakal Menjadi Pendampingku Kelak,
Ketahuilah Bahawasanya,
Aku Takkan Selamanya Nampak Muda Dan Menarik,
Kerana Waktu Bakal Memamah Usia,
Tua Itu Pasti Menjangkau Tiba..
 


Buat Dia Bakal Menjadi Raja Di Hati,
Aku Hanya Wanita Biasa,
Kadangkala Ada Waktu,
Saat Kerja Menghambat Waktu,
Aku Mungkin Terlalaiseketika,
Maafkanlah Aku,
Apabila Aku Alpa Dengan Duniawi,
Maka Tegur Dan Bimbinglah Aku..
 


Buat Dia Bakal Imamku,
Aku Hanya Wanita Biasa,
Aku Mohon Sokongan Dan Bimbingan,
Aku Mohon Pemahaman Dan Pengertian,
Aku Mohon Kasih Sayang Tidak Berpenghujung,
Aku Mohon Kekuatan Meneruskan Liku-Liku Kehidupan,
Bimbinglah Aku, Ajarlah Aku..
 


Fahamkan Aku Supaya Aku Tahu,
Redhakanlah Hatimu Menerima Segala Kekuranganku,
Kerana Aku Hanya Wanita Biasa...




Footnote: Mengapa mengharapkan teman setampan Yusuf, jika kasih tak setulus Zulaikha 



Realitinya...[bukan untuk simpati tetapi untuk luahkan rasa hati]


Bila kau dah ada perhubungan serius dengan seseorang tuh hargailah dia seadanya dia. Bak kata Stacy ‘cintai aku dengan seadanya, sanggup menerima insan tak sempurna’… 



Aku peliks la. Sebelum kau dapat pehh beriya kemain kau merayu kengkonon serius nak jalinkan hubungan dengan dia. Siap kau keluarkan airmata jantan kau lagi. Hebat lakonan kau kan? Tapi bila orang tuh dah setuju kau pulaks yang memainkan orang tuh. Camna tuh? 



Kau abaikan dia. Dia bukan mintak kau bagi perhatian dekat dia 25hr. Cukup la sekadar kau bertanya kabar berita fasal dia. Ini tak, kau biarkan dia sensorang seolah-olah dia tak ada orang yang punya. Kau kena fikir perempuan perlukan perhatian dan kasih sayang. Kalau kau fikir perempuan boleh dibeli dengan limpahan wang ringgit Malaysia itu aku tak nafikan. Memang ada. Tapi kau kena ingat tak semua perempuan tergolong dalam kelompok itu. Kalau kau fikir wang ringgit Malaysia adalah segalanya kau silap. Kau kena seimbangkan antara kasih sayang, perhatian dengan wang ringgit Malaysia. Kau kena fikir kalau duit ringgit Malaysia banyak tapi tandus kasihsayang dan perhatian macam mana kau nak bahagia? Cuba kalau kau utamakan dulu kasih sayang dan perhatian then bila kau dah tanamkan perasaan tuh, secara logiknya kau akan berusaha untuk membahagiakan dia. So, kau akan berusaha untuk memberikan kesenangan dekat dia. Kau akan berusaha untuk kumpul duit ringgit Malaysia. Tidak ke dengan cara sebegitu korang akan bahagia? [Aku terEmo disini ye!!! ]



Bila orang tuh dah cukup bersabar untuk satu tempoh yang aku rasa agak lama then dah decide untuk tamatkan semua, boleh pulak kau nak melenting bagai. Sebelum kau nak melenting tuh ada ke kau fikir kenapa orang tuh nak mintak clash/putus. Ada fikir? Tak ada kan?



Tetiba aku dah tak boleh nak aturkan ayat yang lebih berbisa. 



berakhirnya hubungan antara aku dan kau


Jauh disudut hati aku seriously aku sangat terkilan dengan tindak tanduk kau. Lebih-lebih lagi bila aku dapat tahu kebenaran yang kau dah buat dibelakang aku. Tapi tak apa. Kau nak ubah fakta pun kebenaran hanya orang yang benar je tahu. Sampai bila kau nak hidup dalam penipuan? Aku tak terkilan sangat sebab kata putus tuh datang dari aku. So, before tuh aku dah betul-betul preparekan diri aku dengan kekuatan luar dan dalam. Kalau dulu aku akan mudah alirkan airmata bila aku luahkan dekat kawan aku, sekarang aku dah boleh senyum walaupun aku tengah berborak isu ini. Ketenangan yang aku rasa lepas aku putuskan semua nih. Bukan itu je, diri dia yang sebenar pun makin hari makin terbongkar. Hikmah disebalik perpisahan ni. Syukur padamu Ya Allah.






Kenapa tidak menerima seseorang itu seadanya dia?


Kenapa tidak jujur dalam perhubungan?


Kenapa perlu bermuka-muka?


Kenapa kenapa dan kenapa?




footnote: pelikss bila dengar cerita yang berbeza pasal perihal ni. apakah??

Wednesday, April 25



Baru naikk balikk dari lunch. Takat turun bawah carikk makan dekat café jela. Aku nih ada sindrom  malas nak keluar. Paling dekat dengan aku itulah tempat aku menempekkk. Senang cepat dan dekat serta menjimatkan [slogan untuk cari tempat makan]



Tengah syokk makan ngupngap- ngupngap terdengar la pulak satu lagu nih. Kemain aku seminggu dua nih, asal dengar lagu je semua nak kaitkan dengan tragedi yang menimpa diri. HiHi. Kira aku dan lagu tak dapat dipisahkan la sekarang nih. Asal dengar je lirik tuh menyentuh hati. Ntah-ntah lepas nih ada je lagi entri pasal lagu dan aku kan? HeHeHe



Nak tahu lagu apa?





x





x






x





x





Tadaaaaaaaaa. Nih kak keen tengah download lagu nih untuk cuci telinga time dalam opis cenggini.






Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan





footnote: doakan yang baik-baik aje...




Breaksloww je :) baru lepas habiskan 4keping biskit tiger..ngaummmm, 3 ekor biskut eskrim dan sekeping kepingan kekacang tuh. 



Korang dah baca ke belum novel nih? Aku? Belom rasanya!!!





Erkkk. Entri kali ni tak ada kaitan pun dengan novel nih. Sesaja menyemakkan entri dengan gambar ni. Sebenarnyakan, lirik dekat bawah nih yang aku nak share. SEMALAM, ESOK dan SEKARANG aku rasa lirik nih sangat menyentuh hati sanubari aku T__T. Kalau dulu aku dah suka lirik nih sekarang ni aku dah jatuh cinta terus. Mungkin kerana perpisahan ni. Apa-apa pun hidup mesti enjoy! Siapa lagi yang nak bahagiakan diri kita kalau bukan diri kita sendiri. Ye dakk??






Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati




Aku yakin setiap orang inginkan pasangan mereka menerima segala kekurangan dan kelebihan diri tanpa rugutan dan bebelan. Kalau kata nak berubah untuk kepuasan pasangan tuh pun depa akan buat dengan relahati. Tanpa ada sebarang paksaan. Aku ulangi tanpa  ada secubis PAKSAAN. Baru perubahan tuh akan membawa kebaikkan. Kalau berubah kerana tepaksa aku rasa hidup orang tuh akan terus berada dalam kepura-puraan. Tak sanggup aku nak hidup dalam kepura-puraan. Baikk jadi diri sendiri dari terus berpura-pura dan terseksa...


Itu je bebelan aku. Jom sambung Kerja. K Baiiiiii





footnote: dah nama pun terima seadanya, jangan mintak ubah ituini sampai tuan badan tak selesa sudehhh laaa

Tuesday, April 24





Sementara tunggu kawan aku sampai [nak keluar makan  =,=] sempat la aku jengah ke HMetro online. Tup-tup mata aku dihidangkan dengan gambar menarikk. Kalau tengok nampak macam kejam kan? Pengsan sensorang dekat situ tak ada kawan pun yang datang tolong! 



Erkkk. Memang peraturan depa macam tuh agaknya ye. Apa jadi sekeliling buat tak tahu je kot. Kang kalau depa kecoh-kecoh tolong kang dah tak cantik perbarisan tuh. Tapikan, terfikir jugak aku, buatnya orang tuh kena heart attack mati kering je kan? Kot-kot ada peluang diselamatkan terus tak dapat diselamatkannn…



Mungkin depa ada alasan lebih kukuh untuk tak tolong kawan yang jatuh tuh. Erkkk. Ada sesapa yang boleh terangkan tak kenapa dan mengapa depa nih tak tolong dia. Keciannn!


Dahulu, aku pernah berharap seseorang yang memiliki tulang rusukku adalah orang yang rupawan, romantis, datang padaku dengan menyanyikan lagu-lagu cinta nan syahdu diiringi rintik gitar dan derai hujan yang bergerimis. Dahulu, aku pernah berharap seseorang itu tersenyum manis padaku sambil memintaku menjadi pendampingnya. Dahulu, aku hanya berharap sesuatu yang indah. Kemudian…



Kemudian aku tersadar, bukan itu yang harus kujadikan cerminan. Harapanku berubah perlahan. Aku berharap engkau yang tulang rusuknya dipilih Allah untuk menciptakanku adalah seorang yang teguh agamanya, baik budinya, penyayang kepada istrinya, lemah lembut tetapi tegar dan gagah, pandai mengambil keputusan, menerimaku apa adanya, juga seorang pemimpin yang bijaksana. Terlalu sempurnakah? Aku berharap dia dengan kegagahannya datang pada orang tuaku dan memintaku untuk menjadi pendamping juga calon ibu bagi anaknya. Kemudian kita mengarungi bahtera kehidupan dengan saling mendukung. Tak perlu menyanyikan lagu indah untukku, tetapi mempersembahkan ayat-ayat Allah untuk menjadi pegangan hidupku. Cintanya romantis, seromantis cinta Nabi dan Aisyah. Cintanya sejati, sesejati cinta Nabi pada Khadijah. Subhanallah, betapa indahnya.



Sekarang, aku justru tak berani banyak berharap, karena diriku yang menjadi cerminanku. Bukankah Allah sudah berjanji, lelaki baik untuk wanita baik, begitu juga sebaliknya, sesuai dengan kalam-Nya pada surat An-Nuur ayat 26. Pantaskah aku berharap besar? Siapa diri ini? Aku hanya seorang wanita, bahkan untuk disebut wanita biasa saja rasanya masih dibawah itu. Aku bahkan malu berharap sebesar itu. T.T



Aku teringat Mario Teguh pernah berkata, jika kamu menginginkan seorang pendamping yang istimewa, maka pantaskanlah dulu dirimu untuk menjadi pribadi yang istimewa. Ya Allah, tuntunlah akhlakku, lindungi imanku, kuatkanlah hatiku, agar aku tidak mengecewakan seseorang yang Kau pilihkan untukku.



Wahai seseorang yang namanya sudah tertulis untukku, aku taktahu siapa engkau, aku tak tahu kapan engkau datang, mungkin esok, sekarang, atau kita sudah dipertemukan di masa yang lalu. Aku bahkan taktahu jika seseorang yang kutemui beberapa waktu lalu adalah dirimu, sang pemilik tulang rusuk itu. Aku juga taktahu jika seseorang itu adalah engkau yang begitu dekat atau jauh. Aku takmengerti. Tapi siapapun dan kapanpun engkau datang, izinkanlah sekarang aku minta maaf. Semoga Allah menyampaikan melalui anginnya yang Dia hembuskan. Aku minta maaf jika aku hanya begini. Aku bukan pribadi yang istimewa tapi insyaAllah selalu mencoba untuk menjadi pribadi yang istimewa.



Kudoakan engkau menjadi pribadi yang dilindungi Allah, sehingga imanmu semakin bertambah. Kudoakan engkau selalu dijaga kesalehanmu. Kudoakan engkau teguh dalam jalanmu.



Aku mengerti Allah akan mempertemukan kita ketika keadaan kita sama-sama siap, insyaAllah.




Rabb, tuntun aku dalam kesabaran.. Tuntun aku Rabb.. T.T



Teguhkanlah hamba dalam mempersiapkan diri.. :’)





footnote: belum ketemu pemilik tulang rusuk yang sebenar


dari SUMBER ini



Saya Tengah Merajukk Nih :(


"Pada saya,
biar dia salah sangka,
biar dia salah anggap,
biar dia salah menduga,
biar dia tahu yang buruk,
sebelum mengharap yang baik-baik.


Kalau dia ikhlas,
dia akan sedia menerima kekurangan yang ada,
dari hanya mengharap yang baik dan sempurna.


Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan
bila dia tak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?


Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini.
Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu.
Biar dia tahu, saya pernah punya masa lalu, namun saya masih punya masa hadapan.
Biar dia tahu. Biar dia buat keputusan.
Supaya dia tak rasa tertipu, supaya dia tak menyesal kelak.”





"Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya dan Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa." -Trust Him as He knows the best for us"





SUMBER

Monday, April 23






Baru lepas siapkan kerja terakhir untuk hari nih. Pehhhh focus tahap gaban laparrr kot smpai perut berbunyi pun di abaikan kengkonon nak siapkan kerja tuh hari nih. Alhamdulillah. Target dicapai. Ada masa setengah jam untuk blogwalking.  



Sebut pasal blogwalking nih tadi aku beru tersesat dengan blog inikisahtia. Dia ada buat segmen ‘jom blogwalking ramai-ramai’. Dari segmen ni. Apa yang aku nampak dia akan tolong blogger suam-suam kukukaki [macam aku] untuk tambah bilangan follower.



Untuk join segmen nih ada syarat yang dikenakan. Antaranya ialah  blogger yang join segmen tu, disyaratkan untuk buat special entri yang menyenaraikan peserta-peserta segmen tuh. [Lepas semua peserta segmen dah join segmen tu]



Kira macam nilah [contoh] Link blog aku ada tersenarai dalam blog inikisahtia, link blog inikisahtia pun akan tersenarai dalam list peserta-peserta yang lain dan dalam entri special dalam blog aku nanti [sebab tu syarat kena ada give and take]. Korang bayangkanlah kalau penyertaan lebih dari seratus peserta paling cipukkk pun 2-3 orang blogger lain akan sangkut dengan blog kita. Bertambah la jugak follower kita. Ye dakkk? Kira ok la kan? Membantu jugak la join segmen nih. Follower aku sekarang 84 orang jekk. [lepas join segmen nih tak tahu makin meningkat atau menurun nanti]



Kelebihan join segmen nih jugak senang nak BW blog lain. Just klik je link blog tuh nanti. Ohhh. Senang bukan. Kira boleh BW sampai mata tuh jadi mata panda pun boleh :) Choiii je..



panda penat BW agaknya!!!


Cara-cara join segmen ni :
Buat satu entri dengan tajuk "Jom Blogwalking Ramai-Ramai" 
Letak header inikisahtia dalam entri tu. [macam aku buat tuh.]
Berapa jumlah FOLLOWER korang masa join segmen ni. 
Dah siap entri tu, bolehlah tinggalkan LINK entri tu dekat ruangan komen bawah entri inikisahtia tuh. 
Tarikh tutup 24 APRIL 2012 jam 5 petang. 



Kepada yang berminat tu jom join. Dapat kenal dengan blogger lain nanti. Mana lah tahu kot-kot ada pulak kisah cinta antara blogger. Agak-agak Najwa Latiff tuh akan buat lagu untuk cinta antara blogger tak? HeHeHeHe



Dekat pukul lima dah nih. K baiiiiii




footnote: asikk pulak aku join segmen macam ni. gerrrr



Orang lain mesti dah sibukk mempersiapkan diri dengan persiapan perkahwinan bilamana usia pertunangan mereka sudah menginjak tiga bulan ke atas. Bahagia rasanya bilamana rasa cinta dan sayang yang telah tersemai bersama pasangan sekian lama akan menemui titik akhirnya yakni diakhiri dengan sebuah ikatan pernikahan. Setiap pasangan yang menjejakkan kaki ke alam pertunangan menginginkan pengakhiran dengan ikatan pernikahan. Tetapi haruslah diingat setiap perancangan ang dilakukan akan ditentukan oleh Maha Pencipta. Lumrah kehidupan ‘Kita hanya merancang, Allah yang menentukan’



Mengapa memaksa diri untuk teruskan hubungan dengan orang yang tidak menginginkan diri kita. Lebih baikk mengundurkan diri untuk mengelak diri dari terus terseksa. Sakit! Itu tidak dinafikan tapi bagi aku biarlah kita sakit hari ini jangan sakit dikemudian hari.  Jangan mencipta alasan lagi untuk teruskan perhubungan yang membuatkan hati dan perasaaan kita sendiri terluka. "Tiada orang lain yang dapat membahagiakan diri kita melainkan diri sendiri". Yakinilah tindakan kita dengan melakukan solat isthikarah. InsyaAllah   mudahan Allah akan memberikan kita ketenangan dan kebahagian.



Bilamana ikatan pertunangan yang diharapkan berakhir dengan perpisahan, jangan di tangisi atau diratapi. Ada sebab kenapa Allah menemukan kita dengan orang yang salah sebelum menemukan kta dengan orang yang selayakknya untuk kita. Teruskan usaha dan jangan berputus asa!



Setiap perpisahan yang berlaku jangan dikesali. Jangan menunding jari. Harus diakui kadangkala bilamana perpisahan terjadi seringkali kita seringkali menunding jari kearah orang lain. Menyenaraikan salah silap dan kekurangan pasangan. Owhh! Banyak kekurangan dan kelemahan diri diungkit. Kenapa masa terjadinya perpisahan itu baru berani nak mengomen itu dan ini. Sungguh anda tidak berani! Sedangkan sebelum ini pelbagai janji yang telah anda hujani. Tapi sebaikknya berlaku perpisahan kemana perginya segala janji yang kononnya ingin dipenuhi??? 





Perpisahan yang terjadi ini aku syukuri kerana ketenangan dan ketabahan yang kurasai harini. Yakini setiap percaturan yang berlaku kini memberikan diriku seribu erti...






footnote: banyak duit tak guna kalau kurang perhatian dan kasih sayang. hepi bila dia jumpa orang yan lebih memahami..




Kepada sesiapa yang tersilap terjah anakabah86, korang memang untung sebab aku akan tolong orang yang tersesat tuh tambah follower. Kalau rasa follower dah banyak then korang dah tak nak tambah kenalan baru tak payah baca pun tak apa kot! 



Kepada korang korang dan korang yang nak tambah follower tuh korang kena buat entri macam aku buat nih then korang kena post link entri korang tuh dekat PENGANJUR



Kalau dah buat dah siap la tuh. tunggu follower korang bertambah la. Tapi korang kena la support balik follower korang tuh. Support macam mana? Korang bagi duit. HeHeHe. Tipu je! Korang follow la depa balikkk. Senang je kan?



Ekceli aku tersesat ke blog penganjur tuh berpunca dari blog Abang Amani [sesuka hati ubah nama orang] Baca entri dia terus join segmen tuh terus follow penganjur tuh! Korang pun boleh tolong depa tambah follower :)



Selamat Bekerja kepada mereka yang bekerja dan Selamat Belajar kepada yang masih belajar. 




footnote: Mood Monday Blues Double Cheese Burger

Friday, April 20




HeHeHe. Update lagiii. Sementara tunggu pukul 6 [sebab dah janji dengan kawan] sempat lagi aku BW dekat owhmylovely plus update entri last untuk mingggu ni. [esok dan lusa cuti. Internet aku pun cuti]




Bila sebut pasal minggu belajar [study week] nih aku nak wish selamat bercuti minggu belajar kepada seluruh pelajar Uitm. Kira Uitm Semalaysia lah. Minggu depan depa dah start study week. Lepas tuh exam! Exam! Gerrr





kecik-kecik dah bukak buku untuk tengok gambar kaler-kaler





Korang yang terlibat dengan study week tuh silalah study betul-betul. Minggu study week korang jangan pulak berfacebooking, walking-walking, watching-watching, dating-dating, sleeping-sleeping tak hingat dunia lakk.  









Aku tahu ada kalangan korang yang suka buat 'ing-ing' semua tuh time study week [merujuk diri sendiri]




Betul tak? 




Korang jangan kencing la. 




Aku pun pernah jadi student jugak la. Kira aku pun pernah buat macam tuh. Erkkk. Tengok sekejap-sekejap tak apa. Jangan sampai korang terbabas dari study sebab 'ing-ing' semua tuh sudah. Erkk. Dulu aku suka jugak layan korea sampai awal pagi. Siang tido malam berjaga. Choiii la kak keen!




Kebiasaan masa aku belajar dulu time study week tuh la time aku balas dendam. Balas dendam layan movie, balas dendam khatam novel dan balas dendam tido. HeHeHe. Aku tahu korang pun macam aku jugakkan? Ecece




Kepada adik-adik yang nak berjaya silalah janganlah ikutlah perangai Kak Keen nih ye. Kak Keen memang tak boleh pakai! Time Management memang choiiiiii habisssss!!!






footnote: time study week wajib balikk kampung untuk sehari dua :)



Lunch hour tadi keluar sekejap dekat Sekyen 7 komersial tuh. Masa turun kereta tuh terus terpandang susuk tubuh jejaka yang sedang bercakap di telefon. [terpandang sebab hensem] Jeling punya jeling sambil terfikir ‘macam ku kenal je dengan mamat nih’… ermmm. Betul ke dia? Terpikirkan seseorang! Takkan lah kot! Arghhh. Terus abaikan. 



Jalan makin maju ke depan [tak maju kebelakang. choii la ang nih kak keen!] then masa dia angkat muka [sambil bercakap di telefon] sambil pandang rombongan kami tuh dalam hati aku cakap ‘sah. Dia Fizo  Omar [FO]’ terus jantung berdengup kencaannnggggg!!! Macam tuh gamaknya jumpa dengan orang yang kita suka! =,= Excited dia lebih sikit bila jumpa FO. Tapi sayang sikit je sebab tak sempat nak bertegur dan bergambar dengan dia. Sebab dia terus masukk dalam Butik Tudung D’Haja. Errkkk. 



Terpikir pulak apa kes mamat aku nih buat dekat kedai tudung! Dia dating dengan ehem-ehem dia kah? Dia teman mak dia dating beli tudung kah? Semua persoalan silih berganti dalam kepala. Erkkkk



Terus abaikan je FO tuh sekejap walhal dalam hati terkinja-kinja nak bergambar dengan FO. Dengggg!!! Dah masukk kedai yang hendak dituju tuh terus aku ke tingkap cermin kengkonon nak tengok FO lagi. Gerrrr. Yes!!! FO dah keluar dari butik then dia tengah berborak tepi jalan. [peluang aku cuci dan servis mata]. Gerrr. Sebab nak jugak gambar dia terus je aku snap guna kamera dari handfone cap ayam berkaki ayam.  [dapat ambikk gambar dari jauh pun jadi la] Klik. Gambar berjaya disnapkan



Mesti korang nak tengok gambar FO kan? Dah bosan baca apa yang aku merepek nih. [sengih sambil tunjuk gigi]








x









x








x










Suspek yang berada dalam square merah! Gossip lettewww!





FO dalam kereta ni. Meluncur pergi meninggalkan kepok-kepok asap dekat pengusha tegar dia. [termasuk aku! choiiii la] 




Kalau korang tak yakin jugak tuh FO sebab gambar dia blurr sebab guna kamera cabukk je kan? Apa kata korang tengok gambar bawah nih. Aku dapat dari sumber nih. So, memang entri nih aku tak tipu dan tak reka! HeHeHe







x








x








x







x










Lepas tengokk tweet FO baru tahu kenapa dan mengapa dia berada disitu bersama Irma Hasmi yang jelita tu. Korang nak tahu jugak? Baca la tweet FO dulu. Choiii la kalau aku yang bagitahu semua. Ye dak?? Salam Jumaat semua :))




footnote: suka FO sebab badan dia ketak-ketak. ngaummmmm. dia persis seorang kawan saya. tetiba rindu !erkkk



Tajuk kemain hebat lagi kan? Haipppphaipppp. Sebelum buat andaian sila baca sampai habis dulu. Antara hidup dan mati tiada kaitan pun okey! Kalau ada tu pun mungkin secara kebetulan jek! [Layan je] 




Korang mesti pernah/ada sukakan seseorang kan? Dia pun suka dekat korang jugak ke macam korang suka dekat dia? Korang tahu? Kalau tak tahu dan korang nak tahu korang kena habiskan baca entri nih sampai habis taw!


 

Macam pakar je dalam bab macam ini. Padahal experience pun tak banyak. Tapi tak pelah aku saja nak kongsi dengan korang semua. Ini semua based on my little experience and my friends experience dan melalui bahan pembacaan. Aku ni kan seorang pendengar yang baik dan pembaca yang tegar. So, ramai gak member aku yang meluahkan perasaan diorang dengan aku pasal kisah cintan cintun diorang. Macam-macam hal. Seronok gak dengar. Aku ni dah macam doktor cinta plak..[perasan je]. Doktor tak bertauliah bolehlah..





Berbalik kepada tajuk di atas, macam mana nak tau si dia [yang kita suka] suka juga kat kita.



1. Yang terang dan nyata lagi bersuluh, si dia akan selalu contact kita tak kira pagi, petang, siang atau malam. Kalau korang je terhegeh-hegeh contct dia, itu may be ada something wrong. Lagi satu kalau dia selalu bagi alasan busy 24jam smpai tak sempat nak contact, itu maknanya dia tak berapa suka nak layan kita. Kalau si dia memang suka kat kita, walau sesibuk mana pun, dia pasti akan menghubungi kita walaupun sebentar.





2. Si dia sanggup berkorban demi kita. Cuba korang try pinjam duit atau harta benda dia. Tak pun try minta tolong apa-apa kat dia. Kalau dia bagi pinjam dan tolong korang means dia memang rela melakukan apa saja demi korang. Ini bermakna dia memang suka atau sayang kat korang. Dia tak sanggup tengok korang dalam kesusahan.





3. Kalau si dia cemburu korang bercerita pasal lelaki/perempuan lain, itu tanda yang bagus. Ini bermakna dia tak nak ada orang lain dalam hidup korang selain dia. Kalau tak percaya, try la buat kat pasangan korang. Kalau takde respon, may be dia ada yang lain. So dia pun tak kisah korang ada yang lain. Parah tu.





4. Si dia akan memperkenalkan korang pada kawan-kawan dan famili diorang. Si dia tak malu nak kenalkan korang dengan member-member dia. Kalau dah bawa jumpa famili lagi bgus. Itu tanda nak hubungan lagi serius. So, korang jgn malu kalau dia nak bawa jumpa famili diorang. Event korang pun mesti bawa gak dia jumpa famili korang. Biar dua-dua famili kenal. Nanti kalau jadi apa-apa senang nak cari.he3 (bukan minta yang bukan-bukan tapi at least biar parents tau dengan sapa kita berkawan)





5. Si dia mengambil tahu tentang famili dan diri korang. Tau asal usul korang, tau dan ingat besday korang. Kira nampakla yang dia berminat nak tau pasal diri korang. Kalau asik terlupa je besday korang, nampak sgt yang dia tak ambil berat pun pasal korang. So better tinggalkan je orang cmtu dan cari je orang lain.





Setakat itu je yang aku boleh kongsikan. Ini semua hanya pandangan peribadi aku. Kalau ada yang tak betul tu betulkan lah. Kepada semua, jangan risau kalau korang masih tiada pasangan kerana jodoh untuk korang telah pun tertulis sejak azali. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Lelaki yang baik nescaya akan mendapat wanita dan baik dan sebaliknya.




Beruntunglah kalau orang yang korang suka tuh pun sukakan korang jugak! Kira tak bertepukk sebelah tangan la korang tuh :) [ayat nak sedih]







footnote: "Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya dan Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa."

Thursday, April 19






 Tiada kriteria istimewa diperlukan. Tidak kira anda blogger baru atau lamapopular atau tidak, blog comey atau biasa2, blog seriusatau santai



 aku blogger baru, tidak popular, blog biasa, blog cacamerba, so, LULUS untuk jadiawekdia join segmen nih. Hehehe



So, menaip entri nih sambil goyang kaki pastuh cuci telinga dengar hotfm. Sambil tuh godekk dalam-dalam blog abang hensem nih =,=. Hehe. Lagi 30minit sebelum balikk dan lagi aku nak mengupdate entri nih. Nak join contest kena la cepat & pantas. Tak boleh nak tunggu last minute. Kang tak ada peluang nak menang pulak ! Sapa yang rugi ? Akuuuu jugakkk ! 



Ye! ada pemenang. Pemenang akan di’iklankan’ oleh penganjur segmen tuh. So, nih nak rebut peluang la untuk diiklankan oleh zamani84. Hehe. 



Nak tahu macammana diiklankan tuh korang terjah la dulu blog abang hensem tuh :) Dia dah gtaw semua. Aku je yang malas nak menaip balikk



ERkkk. Tadi view comments dari entri tuh Dah ramai yang join. Macam tak ada harapan je nak menang nih T__T. Pastuh konpius lakk tengokk date entri !  [sorry Zamani84. saya blurr sikit]






footnote: kali pertama join segmen anjuran blogger lain...hikhikhik

Wednesday, April 18


FORMAT SOALAN 1
Soalan 1: Siapakah Juara Akademi Fantasia musim pertama?

Soalan 2: Siapakah artis perempuan Hollywood yang menyanyikan lagu “Beautiful Liar”?

Soalan 3: Siapakah Juara MAHARAJA LAWAK MEGA?


Soalan 4: Berikan satu judul lagu terbaru Anuar Zain?


Soalan 5: Siapakah hos untuk rancangan Melodi terbitan TV3 pada 2011?


Soalan 6: Apakah nama kumpulan RAP yang terdiri dari 3 orang adik beradik yang terkenal di Malaysia ?


Soalan 7: Siapakah pelakon yang memegang watak ‘Harris’ dalam filem Ombak Rindu?


Soalan 8: Siapakah nama isteri Beckham?


Soalan 9: Siapakah nama suami Siti Nurhaliza?


Soalan 10: Siapakah nama penyanyi (kakak Siti Nurhaliza) yang bertanding dalam AF6?

Berapa banyak kawan-kawan boleh jawab? Hampir semua soalan di atas??








TAHNIAH YE KAWAN-KAWAN sebab berjaya jawab dengan betul kesemuanya! [erkkk. tak ada hadiah taw]





karakter logo simbol pakar cinta



Bagaimana pula dengan soalan di bawah ini..



FORMAT SOALAN 2
Soalan 1: Nama nabi manakah yang lebih sering disebutkan di dalam Al-Qur’an?
Jawapan: Nabi Musa as.

Soalan 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan “jantung” Al-Qur’an?
Jawapan: Surah Yasin.

Soalan 3: Surah apakah yang pertama kali diturunkan?
Jawapan: Surah al-’Alaq.

Soalan 4: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur’an?
Jawapan: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.

Soalan 5: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?
Jawapan: Surah al-Baqarah ayat 283.

Soalan 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran?
Jawapan: Surah an-Nur.

Soalan 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?
Jawapan: Lima surah (al-Fatihah, al-An’am, al-Kahfi, Saba ‘ dan Fathir).

Soalan 8: Surah Al-Qur’an manakah yang memiliki sepuluh nama?
Jawapan: Surah al-Fatihah.

Soalan 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?
Jawapan: Abu ‘Ubaid Qasim bin Salam.

Soalan 10: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur’an?
Jawapan: Isteri Nabi Luth as dan isteri Nabi Nuh as.

Soalan 11: Berapakah kalikah nama Rasulullah saw disebutkan di dalam Al-Qur’an?
Jawapan: 5 kali; 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad.

Soalan 12: Apakah minuman terbaik yang disebutkan oleh Al-Qur’an?
Jawapan: Air susu.

Soalan 13: Apakah zikir terbaik?
Jawapan: Membaca Al-Qur’an.

Soalan 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?
Jawapan: Surah al-Isra’ ayat 78.

Soalan 15: Apakah musim semi Al-Qur’an?
Jawapan: Bulan Ramadhan.





Adakah anda berjaya menjawab kesemua soalan di bahagian 2 ini dengan betul kesemuanya? Sepertimana anda menjawab dengan tepat di bahagian 1 tadi?



soalan cinta

“Wahai tuhan ku, aku tak layak ke Syurga-Mu. Namun aku tak pula sanggup ke Neraka-Mu.. Kamilah hamba-hamba yang mengharapkan belas dari-Mu.. Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang bertaqwa. Ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, dosa kesemua umat ISLAM yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia..”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...