BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Monday, April 16

Asslamualaikum semua. Again aku update entri. Tengah syok BW plus IW, tup-tup terbaca artikel menyedihkan pasal Bob Kuman. Rasa simpati pulak dekat Abang Bob bila dalam keadaan macam tuh. Nak tolong cara lain rasa tak mampu, dengan cara macam ni jela yang mampu. Kot-kot ada insan yang prihatin dan mampu yang terkebetulan terbaca entri nih sudi menghulurkan bantuan sedaya mampu kepada Abang Bob. Kepada sesiapa yang nak tahu pasal Abang Bob, boleh la baca entri nih sampai habis :))



Pelakon dan pelawak popular, Bob Kuman kini dilaporkan terlantar dan mengalami kesukaran untuk bergerak di kediaman beliau di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.



Berita ini dikongsikan oleh wartawan, Mazidul Akmak Sidik dalam artikel yang ditulisnya dalam blog beliau [klik di sini].



Bob juga sempat berkongsi cerita tentang tahap kesihatannya yang menurun sejak terjatuh di set penggambaran drama ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’ di Hulu Langat sekitar tahun 2011 lalu.






Pelakon ini juga menjelaskan, dengan kos rawatan mencecah RM7000, pihak penerbitan drama tersebut tidak tampil menghulurkan bantuan. Sehingga kini, beliau hanya mampu melunaskan separuh daripada kos rawatannya itu.


Lebih mengharukan, Bob juga berkongsi cerita bahawa dia hanya mempunyai RM36 sahaja dalam akaun banknya.


Kepada yang ingin menghulurkan bantuan, di sini MH Online sertakan nombor akaun bank Bob Kuman (HUSNI MOHD RAWI – Maybank – 112371007047).


Kami mendoakan agar kesihatan Bob bertambah baik dan dapat mewarnai kembali industri seni negara.



sumber:https://www.facebook.com/harianmetro




footnote: ada tak group blogger yang ada buat amal jariah. sikit2 lama2 jadi bukit :))

1 Comment:

  1. Mizs Nrsyikin said...
    testing2 :))

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...