BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Wednesday, April 18


FORMAT SOALAN 1
Soalan 1: Siapakah Juara Akademi Fantasia musim pertama?

Soalan 2: Siapakah artis perempuan Hollywood yang menyanyikan lagu “Beautiful Liar”?

Soalan 3: Siapakah Juara MAHARAJA LAWAK MEGA?


Soalan 4: Berikan satu judul lagu terbaru Anuar Zain?


Soalan 5: Siapakah hos untuk rancangan Melodi terbitan TV3 pada 2011?


Soalan 6: Apakah nama kumpulan RAP yang terdiri dari 3 orang adik beradik yang terkenal di Malaysia ?


Soalan 7: Siapakah pelakon yang memegang watak ‘Harris’ dalam filem Ombak Rindu?


Soalan 8: Siapakah nama isteri Beckham?


Soalan 9: Siapakah nama suami Siti Nurhaliza?


Soalan 10: Siapakah nama penyanyi (kakak Siti Nurhaliza) yang bertanding dalam AF6?

Berapa banyak kawan-kawan boleh jawab? Hampir semua soalan di atas??








TAHNIAH YE KAWAN-KAWAN sebab berjaya jawab dengan betul kesemuanya! [erkkk. tak ada hadiah taw]





karakter logo simbol pakar cinta



Bagaimana pula dengan soalan di bawah ini..



FORMAT SOALAN 2
Soalan 1: Nama nabi manakah yang lebih sering disebutkan di dalam Al-Qur’an?
Jawapan: Nabi Musa as.

Soalan 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan “jantung” Al-Qur’an?
Jawapan: Surah Yasin.

Soalan 3: Surah apakah yang pertama kali diturunkan?
Jawapan: Surah al-’Alaq.

Soalan 4: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur’an?
Jawapan: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.

Soalan 5: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?
Jawapan: Surah al-Baqarah ayat 283.

Soalan 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran?
Jawapan: Surah an-Nur.

Soalan 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?
Jawapan: Lima surah (al-Fatihah, al-An’am, al-Kahfi, Saba ‘ dan Fathir).

Soalan 8: Surah Al-Qur’an manakah yang memiliki sepuluh nama?
Jawapan: Surah al-Fatihah.

Soalan 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?
Jawapan: Abu ‘Ubaid Qasim bin Salam.

Soalan 10: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur’an?
Jawapan: Isteri Nabi Luth as dan isteri Nabi Nuh as.

Soalan 11: Berapakah kalikah nama Rasulullah saw disebutkan di dalam Al-Qur’an?
Jawapan: 5 kali; 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad.

Soalan 12: Apakah minuman terbaik yang disebutkan oleh Al-Qur’an?
Jawapan: Air susu.

Soalan 13: Apakah zikir terbaik?
Jawapan: Membaca Al-Qur’an.

Soalan 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?
Jawapan: Surah al-Isra’ ayat 78.

Soalan 15: Apakah musim semi Al-Qur’an?
Jawapan: Bulan Ramadhan.





Adakah anda berjaya menjawab kesemua soalan di bahagian 2 ini dengan betul kesemuanya? Sepertimana anda menjawab dengan tepat di bahagian 1 tadi?



soalan cinta

“Wahai tuhan ku, aku tak layak ke Syurga-Mu. Namun aku tak pula sanggup ke Neraka-Mu.. Kamilah hamba-hamba yang mengharapkan belas dari-Mu.. Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang bertaqwa. Ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, dosa kesemua umat ISLAM yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia..”

1 Comment:

  1. Romeo Laut said...
    Hahahah...

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...