BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Tuesday, February 15

entry ak skg ni byk plak pasal cinta² & jodoh² ni. alaaaaa, lumrah kehidupan seorang manusia yang ingin dirinya dicintai & mencintai. begitu juga dengan diri ak. ingin melalui saat² seperti itu. tp ap kan daya ak, masih belum bpeluang untuk melalui semua itu lg buat masa ini. xpe. ak redha. mungkin ada hikmah semua ni. lg pon ak rasa 'single is simple & couple is trouble'. tp kalau boley ak nk bcinta lepas kawen la. boley xxxx???? s

so, ak nk share sedikit info yang ak dpt dr bloger.com ni...renung²kan & selamat beramal....
 
Tertanya-tanya siapakah pasangan atau jodoh anda? Sudah sekian lama anda berkawan dengan seseorang, malah hubungan anda dengannya dirasakan sangat rapat. Namun, anda tidak pasti adakah dia benar-benar. JODOH anda? Atau dia sekadar ‘teman tapi mesra’? Adakah dia jodoh yang ditakdirkan untukku? Adakah dia jodoh yang ditakdirkan untukku?
Adakah dia jodoh yang ditakdirkan untuk aku?
Berikut ini saya kongsikan bagaimana mungkin anda mengenal jodoh anda yang sebenarnya.
  • Dia seorang yang menarik perhatian anda. Kali pertama anda berjumpa dengannya, memang anda telah terasa begitu tertarik dengan dirinya, samaada fizikal luarannya, sikapnya, perangainya atau tingkahlakunya. Pendek kata, dia sentiasa membayangi hidup anda. Anda berasa begitu serasi dengannya. Anda dan dia mempunyai chemistry.
  • Anda berasa bahagia bila bersama dengannya. Entah mengapa, hati anda akan berasa begitu senang dan tenang bila dia ada bersama dengan anda. Anda berasa dia adalah pelindung anda.
  • Dia suka apa saja yang anda miliki. Dia boleh terima pendapat anda, dan bersikap sangat terbuka dengan anda. Pendek kata, dia boleh menerima anda seadanya.
  • Anda tidak berasa letih atau tertekan bila berada disampingnya. Tidak kira masa anda keluar dengannya, atau duduk bersembang saja-saja, anda tidak jemu berbicara dengannya.
  • Anda boleh berkomunikasi dengannya secara bersahaja tanpa ada rasa janggal. Dia boleh terima pendapat anda, dan anda suka mendengar pendapan dan pandangannya.
  • Anda tahu apa yang dia suka, dan apa yang dia benci. Walaupun mungkin anda masih belum kenal dia sepenuhnya, namun anda sudah boleh mengagak apa minat dan kesukaannya. Anda faham kehendak dan kecenderungan hatinya. Anda tahu apa yang penting dalam bagi dirinya.
  • Dia sanggup bersusah dan berkorban demi anda. Tatkala anda ditimpa masalah, anda dilanda kemurungan, dia datang memberi bantuan. Dan dia tidak pernah mengungkit atau meminta apa-apa atas pertolongan yang dia berikan.
  • Dia meminta untuk datang berziarah ke rumah keluarga anda. Dia suka bertanya latar belakang diri dan keluarga anda.
  • Dia begitu caring atau ambil tahu tentang anda.

Begitulah beberapa perkara yang mungkin anda boleh tanya pada diri sendiri. Adakah semua perkara-perkara yang disebutkan itu ada dalam perhubungan anda dengan dia?

Kalau ya, Alhamdulillah, bincanglah dengan keluarga untuk buat apa yang patut. Kalau anda lelaki, berkira-kira lah untuk hantar rombongan merisik. Dan kalau perempuan, nyatakanlah pada pasangan anda bahawa, keluarga anda sudah ‘buka pintu’ dan bersedia menerima rombongan pada bila-bila masa saja. InsyaAllah, itulah jodoh anda.

Menemui cinta sejati adalah paling membahagiakan dalam kehidupan seseorang. Ramai orang tertanya-tertanya dan tidak pasti, “Siapakah jodoh dirinya?”. “Bila lagi dirinya akan bertemu jodoh?”.

Sebenarnya tidak kira siapa diri anda, berapa umur anda, dari mana dan bagaimana rupa anda, hakikatnya JODOH anda sudah ditakdirkan. Anda pasti akan menemui pasangan hidup anda nanti. Di mana pun si dia berada, akan datang satu masa nanti, anda pasti akan bertemu dengan si dia, jodoh anda itu.

Bersabar dan teruskan berusaha mencari. InsyaAllah anda pasti bertemu jodoh yang terbaik buat anda.

*sumber dari bloger.com

2 Comments:

  1. CIK BIRU in da house! said...
    wahhhhh...
    Mizs Nrsyikin said...
    hehe.gud information ni.pasni cer try tgk kt partner pea.kot2 ad sume ciri2 tu.pastu da boley suruh partner pea masuk mminang la...huhu

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...