BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Thursday, January 5


"kalau ada rezeki tak kemana" pepatah tuh sangat tidak sesuai dengan situasi aku sekarang nih. sebab tadi aku GAGAL untuk ujian pemeriksaan fizikal & kecergasan. okey. aku story kisah interview aku dekat balai bomba ipoh tadi dari awal sampai habis taw! jangan baca separuh pulak ye :)

aku sampai depan balai tuh tepat 8.00am. sampai je terus aku cuak. mak aiii awat depa semua pakai baju sukan siap. aku je kot yang sopan ayu dengan baju kurung..wuaawuaaa T__T **segan siotttt**

dengan buat muka cool & comel aku daftar diri dulu. apa-apahal belakang kira. gagaga. dah siap daftar aku tukar baju sukan pulak. dah siap semua aku dengan budak-budak lain dengar penerangan dari penguasa bomba tuh. **boleh tahan kehenseman dia**. tettttttt. dah dengar tuh aku kena isi borang & check maklumat semua betul ke tidak. semua dah setel. 

budak-budak lelaki kena check BMI semua dulu. dalam 30 orang je budak lelaki yang interview tadi. pempuan pulak 3 orang je termasuk aku. first, timbang berat (48kg). nasib baik lepas. sebab berat minimum 46kg. lepas tuh ukur tinggi (154cm) nasib cukup-cukup makan. minimum tinggi 153cm. bila berat+tinggi lepas paras minimum BIM otomatik akan ok. hehe. **part nih pon dah ramai yang tak lepas**

sapa-sapa yang lepas BMI tuh kena beratur untuk check mata. sorang-sorang kena tengok atas sambil depa suluh mata dengan torchlight kicik. dah lepas tuh tunggu pulak giliran untuk baca huruf-huruf yang secoet je dok tertampal dekat dinding tuh. nasib lepas.





dah setel bab tuh depa check pulak kot-kot kita nih ada juling itik ke juling ayam ke. depa gerakkan pen sebatang mata kita je yang kena ikut arah pen tuh gerak. yang tuh pun aku lepas. kira aku nih tak juling la ye!

dah lepas tuh kena baca tulisan dalam buku. ala macam kita nak ambik ujian komputer masa ambik lesen je. motif ujian tuh nak tengok kita nih buta warna ke tak. itu pon aku lepas. pehhhh. lega. masa stage ni budak lelaki tinggal 8 orang je dari 30 orang tadi. pempuan maintain 3 orang jugak :)




untuk ujian seterusnya yang pempuan masuk dalam bilik. lelaki depan-depan padang kawad tuh jugak depa check. FINE. masuk bilik sorang-sorang. nasib aku orang last. sempat jugak aku tanya dekat budak yang 1st tuh. terkejut jugak aku dengar. kena bukak baju wehhh. mak aiii. malu sioooot. tak pe. be profesional. lepas depa dah check dari kepala turun ke bawah tuh. tup-tup ada ayat yang buat aku give-up. wuaaawuaaa. depa cakap tulang bahu aku panjang! tak lepas untuk masuk bomba :( dengar je ayat tuh aku pon cakap "saya tak berpeluang untuk ujian seterusnya la nih ye?". depa cakap YE!. cooolllll syikin cooolllll. thinks positive. maybe bomba nih bukan rezeki aku. tak pela. bila aku fail kat situ otomatik depa pon stop situ jugak. **mungkin tulang tuh timbul sebab aku kurus kot**

aku keluar dengan muka mungkin muka lima sen kot. depa tak dan nak tanya apa-apa pon aku dah cakap awal-awal "saya tak lepas sebab tulang bahu panjang" :( **macam mana rupa tulang bahu panjang tuh?**

lepas say gud luck kat depa dua orang tuh aku pon balikkkk. tipu kalo aku cakap aku tak sedih. sedikit sebanyak aku sedih jugak sebab tak sempat nak buat ujian panjat tali semua tuh. apa yang aku training dekat bomba taiping tuh tak sempat aku nak apply tadi :(





untuk diri sendiri: mungkin rezeki aku dekat tempat lain :) kena makan banyak2 bagi tenggelam tulang bahu. hahaha

1 Comment:

  1. Che Ridzuan Wan said...
    dorang test mata sampai huruf paling kecik skali tu ke sampai line kedua tu je

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...