BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Tuesday, July 10


Semalam balikk kerja dalam hujan yang romantika gitu. Pertengahan jalan hujan dah tak romantikk dah. Bertukar ganas dan kejam. Siapp pakej kilat lagi. Aku ni kalau merempit dalam hujan romantika tuh tak apa lagi. Tapi kalau ada selingan kilat takk pun hujan dengan angin kuat memang tak sanggup aku nak meredah hujan tuhh. Sanggup aku berhenti dekat memana bustop dulu. 

Tapi kes semalam lain. Perjalanan yang kusangkakan tenang rupanya keruh di tengah highway. Erkkk! Kalau dekat highway LKSA tuh camno den nak stop kan? Tetengah highway tuhh mano ado bustop kekdahnya. Nak tak nak kau kena redah jugakk la. So, masa merempit tuh selingan dekat pancaran kilat yang menakutkan aku dah nak menangis dah sambil memecut. Dekat mulut dah macam-macam doa ayat yang aku hafal aku luahkan. 

Time-time macam tuh terasa pulak nak carikk kekasihh hati yang boleh pinjamkan bumbung kereta dia untuk lindungi aku time hujan macam tuh. Muehehe. Sempat lagi aku bermonolog dalam hujan semalam. Sampai je dekat rumah aku dah menggigil dah. Lenjun. Rasa nak demam pun ada jugak. 



Kesan daripada berhujan semalam tidur malam aku semalam di temani oleh bersin yang berpanjangan dan pagi nih hidung aku dah perit. Terasa macam akan selesema [kepala pun dah berat nihh!]. Ohh tidak! Jangan kau deman atau selesema ye Kak Keen. Nanti tak boleh join Family Day D9 pulak weekend ni!  Sepanjang 21 minggu aku kerja nih tuh lah kali pertama aku meredahh hujan yang romantic pada mulanya dan kejam pada akhirnya. 

4 Comments:

  1. MizzTina said...
    kite sm la..merempit.. klu kena hujan tu, pasrah je..
    CINTA UNTUK KITA said...
    heheh dilema si penunggang motor cm kita2 ni..:)
    Mizs Nrsyikin said...
    @mizz tina

    kan? kcian kita y merempit nihh. redah hujan dgn pasrah je..
    Mizs Nrsyikin said...
    @cinta untuk kita

    itulah dilema penunggang macam kita ni. hujan la y nak dielakkan sgt. ap2 pun hati2 masa mrempit tuh ye! :P

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...