BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Wednesday, July 4



AMARAN:ENTRI INI PANJANG DAN PENUH DENGAN GAMBAR. JANGAN BAZIRKAN MASA ANDA. CEPAT-CEPATLAH BACA. MUEHEHE


Hari pertama untuk sesi pagi naikk bukit durian kejap jela. Tolong abah aku kutip durian sikit pastuh teringin nak makan buah dokong. Panjat kejap sambil berperang dengan semut hitam. Tapi dan lagi aku snap gambar buah dokong tuh. Hehe. Dah lepas ambikk buah dokong terus balikk umah sebab tengahari tuh kena jadi pengapit kawan. Lepas baikk dari kenduri kawan tuh petang dalam pukul 5 naikk bukit lagi untuk sesi kedua. Hahaha. 








































Untuk sesi petang tuh aktiviti dia sama jugak. Kutip durian jugak. Tapi yang paling best masa sesi mandi lata. Air bukit memang sejukk la wehhh. Walaupun dah petang kesejukkan dia tuh masih terasa. Lepas mandi tuh naikk balikk bukit durian sambung kutip durian lagi. Lebih kurang 6 lebih baru balikk umahh. Malam tuh dah belah bahagi darab semua sebab sebahagian besar hati dan perasaan nak lepaking dekat bukit durian lagi. Belum bersedia nak balikk shah alam. Lepas dah buat keputusan terus aku inform akak opis aku.[tipu! Aku tak inform sesapa pun yang Isnin tuh aku tak masukk opis] pandai-pandai la kan. Dah aku tak ada dekat meja aku tuh paham-pahamkan jela. Lagi pun aku bukan pernah ponteng pun without inform sesapa.





















*pause*


Ahad pagi mak aku kejut awal ajak pergi bukit durian. Aku mood nak berangan atas tilam terbantut dek terdengar arahan mak aku tuh. Cecepat aku cakap dekat mak aku aku menyusul kemudian dengan adik-adik aku nanti. Lepas tuh mak aku bagi arahan baru. Nanti beli ikan bawak pergi bukit durian. Kita berkelah sana. Dengar je mak aku cakap macam tuh cecepat aku bangun panggil adik aku suruh pergi kedai *suka suruh orang lain keluar g kedai o memana* sebab aku malas nak keluar dari rumah. Hehe. Tapi adik aku tak layan arahan aku. So, terpaksa la aku ambikk tudung ekspress sarung then terus beli barang untuk dimasak nanti. Aku beli ikan kembung je. Untuk bakar dan untuk rebus campur bersama buah dan bunga kantan. Pehhhh. Sedap!


Dah beli ikan balikk umah [kedai depan umah seberang jalan jek pun >,<’] terus kemas rumah sikit-sikit sebelum meninggalkan rumah. Bila adik aku dah bangun dah siap bagi makan dekat tok aku dalam bilik tuh. Terus ke destinasi iaitu bukit durian abah aku. Terbaikk! Dalam pukul 8.30 macam tuh kot gerakk. Aku pun dah tak ingat. Separuh jalan jumpa abah aku. Dia suruh ambikk jantung pisang untuk di buat ulam. Berhenti di lokasi terlibat. Dapat 2 bijik jantung pisang. Sudah cukup untuk kami sekeluarga.


Rempitan masih di teruskan sehingga sampai ke destinasi. Sesudah sampai terus je aku hidupkan api dapur kayu. Pehhh. Dah lama tak masak guna api dapur kayu. Nasib ikan aku dah siang masa dekat rumah sementara tunggu adik aku setelkan kerja dia. Lepas api dah menyala aku rebus jantung pisang. Ulam pucuk paku dan pucuk salang pun ada jugak. Lepas  rebus ulam-ulaman, aku masakk nasi pulakk. Mak aku tugas dia belah durian busuk or durian dah pecah tuh untuk di buat tempoyakk. Abah aku macam biasa kutip durian dengan anak sepupu aku yang seorang tuh. Adik aku yang dua orang tuh sibukkk bakar udang dan sotong. Yang sebenar-benarnya sorang tuh je mambakarnya oun. Yang seorang lagi tuh tukang menyibukk. Semua tempat dia nak menyibukk. Hehehe.








Lepas nasi dah masak aku bakar pulakk ikan kembung dan ikan masin. Bab bakar nih senang je, asalkan ada bara api letakk je tinggalkan jela ikan tuh, cukup masa kalih-kalihkan je ikan tuh. Dalam pukul 12 lebih cenggitu semua dah siap. Lepas hiding semua tuh tibalah masa untuk santapan sekeluarga. Makanan yang simple je. Tapi sedap. Sebab bagi aku kalau masukk hutan or kebun durian dan seangkatan dengannya tak perlulah nak masak kari gulai bagai. Kalau nak makan sedap-sedap masa dekat tempat macam tuh baikk korang masak dekat rumah je. Makan je dekat meja dapur tuh. Kan?










Dah lepas makan rehat kejapp sambil mandi dekat lata tuh sekali lagi. Lepas rehat semua terus rasa nak lelap. Perut kenyang apa lagi. Terus bentangkan guni tepi pondok sambil baring-baring. Pehhh feeling macam bersantai dekat tepi pantai pulakk. Padahal tepi curam. Hahaha





Dalam tengah berehat tuh durian bukkk sana bukkk sini. Memang happening duduk dekat bukit durian seharian. Kalau tadi dengar durian jatuh debukkk debukkk kini tiba masa untuk kutip pulakk. Bab nih yang malas. Nak mngutippp tuh. Bab makan tuh pantang. Pantang ada durian. Muehehe. Merajinkan diri kutip durian. Dalam 3 trip jugak aku kandar durian dalam guni. 1day tuh aku isi penuh. Masa nak menangkat tuh azab wehhh. Duri durian cucuk belakang. Tapi relakan jela. Ada kejadian tuh kasut aku licin tgelincir jugak aku. Guni belakang aku apa lagi sedap menghempap belakang aku. Pehhh. Terasa duri durian mencucuk belakang aku. Kaki jangan cakap calar balar. Tahu kaki dan tangan calar balar bila nak cuci tangan. Peritt kena air. Bila telekkk betul-betul natu perasan ada  ‘seni lorekkan dekat kakitangan’.


Sabtu dua sesi naikk bukit durian. Ahad seharian dekat sana. Isnin dah lemahh terbaring dekat rumah. Lenguh badan baru terasa. Nak-nak pulak aku panjat pokok. Bila dah lama tak panjat otot-otot nih jakun sikit. Until now, sengal-sengal badan masihh terasa. Walaupun penat dan letih aku dapat tapi tak mematahkan semangat aku untuk balikk lagi semata-mata nak naikk bukit durian lagi. Hehe. Kali nih nak ajakk kengkawan pulak…

6 Comments:

  1. IeRa said...
    BESTNYA K.KEEN.. :)
    Nieyna Sharina said...
    perghhhh..bestnyaa keen! hanya mampu membayangkan..heeee..
    Nieyna Sharina said...
    perghhhh..bestnyaa keen! hanya mampu membayangkan..heeee..
    Nieyna Sharina said...
    perghhhh.. bestnya keen! saya hanya mampu membayangkan alangkah bestnya kalu saya ditempat keen..heeee
    Mizs Nrsyikin said...
    @iera

    best. balikk la kampung. excercise dkt bukit durian. bpeluhhh :P
    Mizs Nrsyikin said...
    @nieyna

    mmg best. ikut la sharil balikk kmpung dia. boleh la feel naik bukit durian.hehehe

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...