BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Monday, July 30

Hari ni hari ke 10 kita berpuasa. Sepanjang kita berpuasa baru 3 kali aku jejakkan kaki ke bazaar Ramadan. Tempat pilihan aku dekat seksyen7 dan seksyen 32 shah alam. Dekat dengan tempat kerja dan rumah aku. 


Kuat betul dugaan dan godaan makanan dekat bazaar tuh. Menari-nari makanan tuh. Pehhh. Sabar jela. Okey! Hari pertama aku pergi sekyen 7. Aku teringin nak makan laksa, so aku bungkus [takkan nak makan situ kot] 3 bungkus laksa untuk family akak aku sekali.  Lepas tuh beli tau fu fa. [Nampak macam sedap]. Seingat aku itu jela aku beli. Hehe. Yang lain akak aku cakap dia dah beli. Tak apa la. Ak beli yang mana kau teringin nak mamam jela..


Dalam perjalanan balikk tuh tetiba teringat megi goreng dekat bazaar tadi. Nekad next day nak dapatkan megi tuh pulak :P


Untuk kali kedua aku pergi dekat seksyen 7 tuh jugak. Senang. Lepas balikk kerja terus merempit ke situ. Malas nak transit memana dah. Dah seiring sejalan kesitu terus jela singgah kejap. Untuk kali ke dua ni nafsu makan tuh memang tak boleh nak bendung. Hambikk kau, macam-macam aku beli. Air soya [kongsi dengan kawan aku], ayam percik, megi goreng, roti pita dan buger Malaysia. Habis soploh hinggit hari tuh. Makan sampai lebam la aku malam tuh..


Untuk kali ke tiga aku pergi dekat seksyen 32. Dekat dengan umah aku [umah akak aku ekceli]. Memandangkan akak aku berbuka dekat dataran dan kemalasan aku untuk keluar memyebabkan aku terpaksa jugak keluar ke bazaar yang terdekat. Semalam. Yes! Semalam aku pergi aku beli air tebu, kuih buah Melaka, sagu merah, jeli kelapa dan kuew teaw sup. Banyakkan? Sikit je tuh. Kalau ikutkan aku banyak lagi yang aku teringin tapi aku tahan je…


Dalam banyak-banyak makanan untuk berbuka aku paling suka


Laksa



Kuih Sagu Merah



Kuih Lopeh



Tau Fu Fah



Dalam banyak-banyak minuman pulak aku lebih suka

Air Tebu


Kesemua gambar di atas aku ambikk dari Google


Wajib untuk aku minum air panas lepas minum ais. Tak kisah la air apa pun. Teh panas boleh, kopi boleh Nescafe pun boleh. Aku ni semua bedal tolak batu kayu je kecuali batang buruk [nak buat lawakk kononya tuh]

Makanan dan minuman lain bukan aku tak makan dan minum. Aku balun je. Tapi yang di atas nih lebih diberi keutamaan kononya laa....:P

2 Comments:

  1. IeRa said...
    Sedapnya laksa! nyumm2!
    badaway.. bila ramadhan menjelang..
    sgt addict dgn nasi kerabu..
    ho3 dok KL dulu selalu la ley dapat..
    skunk dok Ipoh susah dah nak cari nasi kerabu nie..ngeh3!

    selamat berpuasa kak keen! :))
    Mizs Nrsyikin said...
    @eira

    nasi kerabu? sedapp gak tuh. nak pulak lebihkan sayor. sedappp :Pmasa dduk melaka dulu slalu jgk makan nasi kerabu sbb housemate rmai org kelate. tpgaruh skejap.

    SELAMAT BERPUASA EIRA!!!!

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...