BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Wednesday, October 19



kepala berdenyut denyut. sakit kepala tahap nak tarik rambut konon untuk kurangkan sakit tu. tapi berkesan ke cara tu? kang tarik rambut bagai ni, sakit kepala tak hilang tapi rambut pulak yang hilang. itu dah jadi kes lain. 


sakit kepala aku dah dua hari menyerang. semalam okey lagi. tapi hari makin terasa sangat. kepala sebelah kanan yang buat hal sekarang nih. kadang kadang sakit tu diam je tapi kadang kadang dia 'tangkap' urat dekat kepala nih. time tu sabor jela. aku pon tak tahu apa kes dengan kepala aku ni. sapa yang pernah sakit kepala macam aku ni depa tahu la apa rasa dia..


untuk menghilangkan tandatanya tu aku pon google la tadi. banyak info yang aku dapat dari hasil google aku nih. tapi aku nak share yang satu ni. silalah baca ye !


Rasa sakit kepala boleh dialami oleh sesiapa saja tanpa mengira usia ataupun waktu. Kadangkala, anda sendiri tak pasti apakah punca sebenarnya. Alih-alih jer kepala ni terasa pening. Nak kata lapar, tak jugak. Baru jer lepas menjamu selera tadi. :)

gambar penghidap sakit kepala
Gambar penghidap sakit kepala - www.healthplusclinics.com


Menurut apa yang saya faham, sakit kepala ni berpunca dari sel-sel saraf dalam badan anda. Kepala anda terasa sakit apabila sel saraf ini dibangkitkan dan berlaku kerosakan pada tisu. Rasa sakit akan bertambah teruk jika semakin banyak tisu yang rosak.

Sehubungan itu, bagi mengelakkan sakit kepala anda perlulah menghindari 7 punca utamanya seperti berikut:

1. Fikiran yang bercelaru atau tak menentu.

2. Duduk bertentangan dengan cahaya terang.

3. Memakai cermin mata yang tak sesuai dari segi "power" sama ada di sebelah mata kanan atau kiri atau kedua-dua belah.

4. Merenung atau melihat sesuatu benda dengan keadaan mata yang kabur atau kelabu.

5. Menghidap migrain, kencing manis, barah dan denggi.

6. Memakai pakaian yang kurang sesuai. Terutamanya yang agak ketat pada bahagian pinggang.

7. Memakai pewangi atau bau-bauan yang berlebihan.

Akhir sekali, sekiranya terlalu kerap mengalami sakit kepala kemungkinan besar ia adalah tanda anda mengalami barah otak. Pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut sebelum terlambat.


sumber: petuasejagat.blogspot.com



dari info di atas aku merumuskan sakit kepala aku ni mungkin berpunca dari nombor tiga tu. ini adalah kerana minggu lepas aku ada check mata then power yang terbaru tu tinggi dari power spec aku sekarang nih. yang menguatkan lagi firasat aku adalah kerana sedang elok aku pakai spec ada tika dan masanya penglihatan aku kabur. haha. so, dari situ wujud relationship yang menguatkan lagi hujah aku nih. hehe. betul x?


erm..ni mesti nak suruh aku buat cermin baru ler teww kan ! awal bulan sembilan aritu aku baru je tukar cermin taw. takkan nak tukar lagi. rabak la duit aku nih. waaaa :(


apa apa pon aku dah nekad maybe next week aku nak check up. yela. takut jugak asik sangat sakit kepala nih. aku ni pon mengikut saranan sumber petuasejagat tu. jumpa doktor sebelum terlambat. hope everything will be okey. please pray for me ya..






notakaki: ataupon sakit kepala yang disebabkan terlebih tido.muahahaha

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...