BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Monday, May 7




Semalam hari lahir abah aku yang ke 53 tahun. So, aku just toupkan untuk abah aku je sebagai hadiah. Kira toup tuh hadiah sampingan je sebab akak aku dah plan nak hadiahkan Al-Quran Digital untuk abah aku. Aku kira itu hadiah terbaikk kot. Yelah, abah aku tak pandai membaca. Boleh abah aku belajar dari Al-Quran Digital tuh je. Abah aku tahu kira-kira je. Korang bagilah darab ke bahagi ke semua abah aku boleh setelkan. Congak pon abah aku pandai [dulu abah aku berniaga] tapi masukk bab ABC nih memang abah aku tak pandai. Abah aku tahu tulis nama dia je TAHIR. Hehe. 


kepada sesiapa yang menyambut hari lahir selamat diucapkan :)


Aku suka tengok abah aku tulis nama dia sebab tuh je yang abah aku pandai tulis. Walaupun abah aku tak pandai membaca dan menulis tapi dialah HERO kami sekeluarga. Disebabkan kekurangan yang ada pada abah aku dia agak tegas mendidik anak-anak dia. Dia tak nak anak dia jadi macam dia. Alhamdulillah, berkat didikan abah dan mak aku akhirnya kami enam beradik berjaya dalam hidup. Aminnnn. Mesti abah aku hepii dan rasa berbaloi-baloi dengan usaha dia selamanya. Tak rugi dia tegas dan garang-garang dulu. Sampai aku terikut tegas cam abah aku. HeHeHe



Kalau korang nak tahu, abah aku kongsi birthday dia dengan cucu yang ke 4 dia. Anak sulong akak kedua aku. Kira dekat family aku semalam ada dua orang sambut bday dihari yang sama. 



Kalau 6/5 abah aku share bday dengan cucu dia. Sehari sebelum tuh 5/5 adik lelaki aku pulak yang sambut bday dia. Tapi sensorang dia jela. HiHiHi. Tersusun je.



Dalam family aku ada 3 pasang yang share hari lahir yang sama.



Abah, Mimi [anakbuah] = 6hb 5
Mastura [adik], Adib [anakbuah] = 27hb 10
Adam [anakbuah], Aydil [anakbuah] = 1hb 4



Untuk pengetahuan korang jugak, dalam family aku AKU lah orang yang paling last sambut bday sebab aku lahir hujung tahun [bulan 11]….



notatampal: Semoga Abah dilanjutkan umur lagi, dikurniakan kesihatan yang baik-baik & sihat-sihat selalu

1 Comment:

  1. IeRa said...
    HB pakcik Tahir..hihi
    smoga pjg umo murah rezeki ;)

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...