BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Tuesday, May 8




"ada masa nanti pulangkan balik tanda tunang kita dulu" gerrrr


Bagi sesiapa yang sedang kecewa, telah kecewa ataupun pernah dikecewakan [macam aku] ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk mengubati kesan luka dikecewakan...



1. Ingat Allah masih ada untuk kita

Bila kita ditinggalkan, usahlah merasa dunia ini berakhir kerana dunia ini tidak akan berakhir sebelum tibanya kiamat. Allah maha mendengar rintihan orang yang teraniaya.. Allah maha mengetahui betapa hambanya dalam kesedihan. Percayalah Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan mereka. Bila kita mengadu dan menceritakan kesedihan pada yang Esa, Insyaallah Allah akan suntikkan semangat untuk kita teruskan hidup seperti biasa tanpa orang yg kita sayang. Cepat atau lambat untuk pulih dari kekecewaan, itu urusan DIA.

Perbanyakkan doa agar diceriakan hari-hari yang mendatang, perbanyakkan menyebut kalimah Allah. Ikhlaskan diri mohon pertolongan dr Allah, menangislah sekuatnya kerana Dia Maha mengetahui dan memahami rahsia hati kita. Dekatkan diri dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat dan juga membaca al-quran.InsyAllah hati akan jadi lebih tenang.

InsyaAllah, Dia mengetahui. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, Dia yang menentukan. Apabila reda, semuanya dipermudahkan Allah. InsyaAllah



2. Sibukkan diri dengan aktiviti yang digemari

Elakkan bersendirian termenung dengan melakukan perkara-perkara yang digemari atau apa saja benda yang boleh membantu kita untuk tidak memikirkan si dia yang telah meninggalkan kita. Antaranya, keluar bersama rakan-rakan perempuan, memasak, bersukan, ‘window shopping’ dan sewaktu dengannya. Ceriakan diri anda bila melakukan aktiviti dengan sahabat handai dan elakkan melakukankannya seorang diri. Kerana persekitaran yang meriah dan riuh rendah boleh membantu untuk mengurangkan rasa kecewa di dasar hati.

Macam aku buat baru-baru nih, naik Bukit Broga pepagi buta lepas subuh. Bila diri sibuk dapat lupakan sekejap segala masalah. Plus dapat kenal ramai kawan baru time buat aktiviti macam tuh. Kalau dulu aku suka baca novel tapi lepas dia mengomen dia tak berapa gemor aku baca novel aku jadi naik fobia. Asal baca novel aku teringat komplain dia pasal hobi aku. Apa celop kau nak hentikan hobi aku. APTB!



3. Menulis Blog

Menulis blog kini sudah menjadi satu ‘trend’ dikalangan belia dan penggemar internet. Ramai di antara penulis blog yang lebih telus ketika menulis entri di blog mereka. Mungkin juga kebanyakan penulis blog yang lebih suka untuk merahsiakan identiti diri yang menjadi faktor utama untuk menjadi lebih ‘transparent’ semasa menulis. Cara ini sangat berkesan untuk kita meluahkan perasaan kita kepada orang lain secara tidak langsung. Mungkin sesetengah orang berasa malu atau lebih suka untuk memendam rasa daripada bercerita pada rakan terdekat mereka. Jika perasaan itu ada, menulis blog adalah cara yang paling baik untuk anda mengurangkan perasaan yang terpendam di dalam hati. Percayalah..perasaan akan menjadi lega bila kita meluahkan apa yang di rasa.


Ada sekali dua jugak aku luahkan dalam blog. Tapi tak ada lah terang benderang aku maksudkan. Hanya korang yang faham ayat tunggang langgang aku nih je yang akan faham apa yang aku tulis. Karang aku tulis bebanyak kang, depa cakap aku nak raih simpati pulak. Oh No! Bukan nak raih simpati ataupun undi tapi sekadar nak luahkan rasa hati. Kira satu terapi gitu :)



4. Hentikan sebarang hubungan dengan si dia

Kenapa perlu berhubung lagi setelah dikecewakan??Jadi hentikan dari terus menghubungi dia. Mungkin agak berat tapi itulah yang terbaik untuk mengembalikan semangat kita yang telah ditinggalkan. Jangan sesekali rendahkan maruah kita dengan menghubungi dia..so please kuatkan hati dan kawal perasaan.

Bila part nih, awal-awal aku dah block segala bagai connection yang ada antara aku dengan dia. FB, Phone number semua aku da remove and block. Enough antara aku dengan dia. Malas dan tak nak ambikk tahu apa  semua pasal dia. Lebih tenang macam nih. Tak caya? Korang try la...



5. Berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan jantina

Cara ini mungkin agak negative bagi sesetengah orang, tapi secara tidak langsung ia akan membantu kita untuk tidak terus mengingati si dia yang telah mengecewakan kita. Siapa tahu jika ada antara mereka itu jodoh yang dijanjikan Allah. Namun, haruslah menjaga batasan hubungan yer.


Dimaklumkan. Kawan-kawan aku yang berada disekeliling aku nih semua jenis yang memahami [kawan pempuan kawan lelaki]. Diakui, ada seorang dua jugak yang tak memahami tapi pejam sebelah mata je. Kalau nak pikir pasal sorang dua yang tak memahami tuh memang naikk gandaaa serabut kepala nak kena pikir. Buat apa nak serabutkan hanya kerana seorang dua tuh? Ye dak?




Ingatlah bahawa Allah sentiasa menjanjikan yang terbaik untuk umatnya yang sentiasa mengingatinya di kala suka mahupun duka.





notatampal: mengadu pada ibubapa kekadang melegakan kita :) thanks for my family

6 Comments:

  1. ~AmyLiana86~ said...
    pernah ptus cinta dulu..kat 2 tahun jugak la tuk lupakan dia..sampailah jmpa incik tunang skrg..alhamdulillah..
    Kak Keen said...
    @amy liana

    pernah jgk putus cinta 6 tahun sudah. lepas tuh lama myndiri. tup2 btunang tahun lepas tapi jodoh bukan dengan bekas tunang tuh :(
    IeRa said...
    insyaallah..
    mesti jumpe yg terbaek suatu hari nant.. chaiyOk2 kak keen :P
    Kak Keen said...
    @iera

    pikir mcm tuh jgk. moga y datang nti akan dpt mnerima kkurangan diri y ad. thanks iera...
    IeRa said...
    almost welcome~
    yup sometimes kita rasa sakit skunk sebab
    tuhan nak bagi kita rasa tenang n happy suatu hari nnt.. so just chillex.. hehe
    everything w'll be ok..
    bercakap atas dasar pngalaman jugak nie k.keen.. hoho~
    Kak Keen said...
    @iera

    betul2. kekadang tuh, pegalaman nih lg beerti. mgajar kita utk lenih tabah dan bhati2...

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...